Ginandromorf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ginandromorfisme)
Labah-labah betina sepenuhnya (Drassodes saccatus) dengan pedipalpa jantan kiri, satu contoh ginandromorfisme mozek.
Ginandromorf Heteropteryx dilatata
Pieris rapae

Ginandromorf ialah organisma yang mengandungi kedua-dua sifat jantan dan betina. Istilah ginandromorf, yang berasal dari bahasa Yunani iaitu "gyne" betina dan "andro" jantan, digunakan terutamanya dalam bidang kajian Lepidoptera (kupu-kupu/rama-rama) atau entomologi (semua serangga). Ciri-ciri ini terdapat pada kupu-kupu, yang mana kedua-dua ciri jantan dan betina boleh dilihat secara zahir kerana dimorfisme seks. Kejadian-kejadian ginandromorfisme turut dilaporkan pada krustasia, terutamanya udang galah, sesetengah ketam dan juga burung.[1][2][3][4] Punca fenomena ini lazimnya merupakan kejadian luar biasa dalam mitosis sewaktu perkembangan awal. Sedangkan organisma itu hanya sebesar beberapa sel, salah satu sel yang berpecah gagal berpecah kepada kromosom seksnya dengan betul. Ini menyebabkan salah satu daripada dua sel mempunyai kromosom jantan dan satu lagi sel mengandungi kromosom betina. Contohnya, sel XY yang menjalani mitosis menggandakan kromosom, menjadi XXYY. Biasanya sel ini berpecah kepada dua sel XY, tetapi jarangnya sel boleh berpecah menjadi satu sel X dan satu sel XYY. Jika ini berlaku pada perkembangan awal, maka sebahagian besar sel adalah X sebahagian besar lagi XYY. Oleh sebab X dan XYY melahirkan jantina yang berbeza, organisma itu mempunyai sebahagian tisu yang betina dan sebahagian lagi yang jantan.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chen, Xuqi; Agate, Robert J.; Itoh, Yuichiro; Arnold, Arthur P. (2005). "Sexually dimorphic expression of trkB, a Z-linked gene, in early posthatch zebra finch brain". Proceedings of the National Academy of Sciences. 102 (21): 7730–5. doi:10.1073/pnas.0408350102. PMC 1140405. PMID 15894627. Unknown parameter |laysource= ignored (bantuan); Unknown parameter |laysummary= ignored (bantuan); Unknown parameter |laydate= ignored (bantuan)
  2. ^ Gouldian Finch Erythrura gouldiae Gynandromorph
  3. ^ Powderhill BandingFall 2004
  4. ^ A Gender-bender Colored Cardinal, by Tim Wall, Discovery News, 31 May 2011[1]
  5. ^ Adams, James K. "Gynandromorphs". Department of Natural Sciences, Dalton State College. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-07. Dicapai pada 2012-05-18.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]