Giovanni Battista Caracciolo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Giovanni Battista Caracciolo (juga dikenali sebagai Battistello; c. 1570 - 1637), yang merupakan pelukis Itali dan dianggap salah seorang Pelukis Agung, berasal dari Napoli. Dia dikatakan pengikut gaya Caravaggio.

Pemflageluman Christ (Flagellation Of Christ) (1609), karya Caracciolo dalam koleksi peribadi

Caracciolo lahir di Napoli dan lari pulang pada 1606 selepas membunuh seorang lelaki dalam pergaduhan di Rome. Dia menetap hanya lebih kurang lapan bulan dan kembali dalam lawatan ringkas pada tahun 1609/1610. Namun begitu beliau meninggalkan kesan besar keatas kehidupan pelukis-pelukis Napoli. Battistello sekadar beberapa tahun lebih muda dari Caravaggio dan merupakan salah seorang terawal mengikut stail baru menggunakan palet muram, tenebrisme dramatik dan susuk-susuk tubuh terukir (sculptured figures) dalam satah lukisan cetek (shallow picture plane) yang didefinasikan cahaya dan bukan perspektif. Pelukis-pelukis Napoli lain yang dikatakan Caravaggisti termasuk Giuseppe Ribera, Carlo Sellitto, Artemisia Gentileschi, dan murid Caracciolo, Mattia Preti, yang ketika itu masih diperingkat awal kerjayanya.

Banyak karya Caracciolo berada dalam koleksi museum-museum antarabangsa dan juga dalam koleksi Ratu England.