Gir Weddell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lokasi Gir Weddell di Laut Weddell.

Gir Weddell adalah salah satu daripada dua gir yang terdapat di Lautan Selatan. Gir ini dibentuk oleh interaksi antara Arus Lilitan Antartika dan Pentas Benua Antartika. Gir ini terletak di Laut Weddell, dan berputar mengikut arah jam. Selatan dari Arus Lilitan Antartika (ACC) dan merentangi timur laut dari Semenanjung Antartika,gir ini merupakan siklon yang besar. Di mana hujung timur laut, berakhir pada 30°T, yang ditandai dengan pusingan selatan ACC. Bahagian utara gir tersebar di Selatan Laut Scotia dan menuju ke utara ke Ark Sandwich Selatan. Paksi gir adalah di bahagian selatan Scotia Selatan, Amerika-Antartika, dan Permatang India Barat Daya.[1] Di bahagian selatan gir, aliran balik ke arah barat adalah kira-kira 66Sv, manakala di arus rim utara, terdapat aliran 61Sv ke arah timur.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Orsi, Alejandro H. (January 1993). "On the circulation and stratification of the Weddell Gyre". Deep Sea Research Part I: Oceanographic Research Papers (dalam bahasa Inggeris). 40 (1): 169–203. doi:10.1016/0967-0637(93)90060-G. Dicapai 2017-04-26. 
  2. ^ Schröder, Michael (January 1999). "On the structure and the transport of the eastern Weddell Gyre". Deep Sea Research Part II: Topical Studies in Oceanography (dalam bahasa Inggeris). 46 (1–2): 501–527. doi:10.1016/S0967-0645(98)00112-X. Dicapai 2017-04-26.