Girlfriend Kontrak
Girlfriend Kontrak | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Virgina Kennedy |
Dihasilkan oleh | Tengku Iesta Tengku Alaudin |
Dibintangi | Risteena Munim Keith Foo |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Durasi tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Girlfirend Kontrak[1][2] ialah sebuah filem romantik komedi Malaysia 2015 arahan Virginia Kennedy terbitan Grand Brilliance. Ia dibintangi oleh Risteena Munim dan Keith Foo sebagai pelakon utamanya, filem ini ditayangkan pada 24 September 2015.[3]
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Mengisahkan tentang Alisa seorang gadis kampung yang meminati kelip-kelip. Alisa ingin menyelamatkan kelip – kelip yang ada daripada di musnahkan oleh syarikat milik seorang jutawan playboy, Umar. Monaki Development Corp Bhd telah mengambil Alisa berkerja dengannya untuk menangani kontroversi projek pembangunan milik Umar.Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar.[4]
Alisa harus mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran termasuk gangguan dari Farrah (Fara Fauzana) yang mahu menjatuhkannya. Rancangan jahat Farrah turut disertai oleh Zain, bakal abang tiri Umar (Bront Palarae) yang juga berniat untuk merampas kedudukan Umar dalam syarikat. Harith (Azad Jasmin), seorang lelaki metroseksual yang berkerja dengan Umar dan ditugaskan untuk mengubah imej Alisa, daripada gadis kampung, kepada wanita moden dengan personaliti menarik.[5]
Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Risteena Munim sebagai Alisa [6]
- Keith Foo sebagai Umar
- Nas Ahmad
- Razak Ahmad
- Along Eyzendy
- Farah Fauzana
- Mohd Ezzat Hakimi
- Mohammad Haqim
- Azad Jasmin
- Mustapha Kamal
- Rahhim Omar
- Bront Palarae
- Zuan Bikin Panas
- Daiyan Trisha
Penerbitan[sunting | sunting sumber]
Gilfriend Kontrak diarahkan oleh Virginia Kennedy, pengarah kelahiran Australia yang sudah menetap di Malaysia selama dua dekad. Filem ini pada mulanya menggunakan tajuk Kelip-Kelip Cinta namun ditukar kepada Gilfriend Kontrak.
Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]
Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 24 September 2014. Malam Gala filem Girlfriend Kontrak diadakan di Cathay Cineleisure eCurve, Mutiara Damansara dan dihadiri oleh barisan pelakon dan pengarahnya.
Muzik[sunting | sunting sumber]
"Ku Bersedia" | |
---|---|
Single oleh Yuka Kharisma | |
Dikeluarkan pada | 23 September 2015 (Persembahan secara langsung) 16 Oktober 2015 (Digital) |
Format | Muat turun digital |
Dirakam pada | 2015 |
Genre | Pop |
Panjang | 3:51 minit |
Syarikat | Mentari Management |
Penulis | Dewiq |
Penerbit | Grand Brilliance |
Girlfriend Kontrak mempertaruhkan lagu "Ku Bersedia" sebagai lagu tema filem ini. Lagu nyanyian Yuka Kharisma, seorang penyanyi baharu kelahiran Indonesia, telah digubah oleh komposer Pay Burman serta tulisan lirik oleh Dewiq.
Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]
Muat turun digital | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Penulis | Penyanyi | Masa | |||||
1. | "Ku Bersedia" | Dewiq | Yuka Kharisma | 3:51 |
Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]
Negara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 16 Oktober 2015 | Muat turun digital Penstriman digital |
Mentari Managemet |
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Anugerah | Kategori | Penerima | Hasil |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-28 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Azad Jasmin | Tercalon |
Pelakon Baru Lelaki Terbaik | Keith Foo | Tercalon | |
Pelakon Baru Wanita Terbaik | Nur Risteena | Tercalon |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "'Girlfriend Kontrak': Malaysia's own version of 'Fifty Shades of Grey'". The Malay Mail Online. 27 Ogos 2015. Dicapai pada 27 Jun 2016.
- ^ Othman, Kemalia (25 September 2015). "'Girlfriend Kontrak' Tiada Babak Intim Seperti 'Fifty Shades Of Grey'". mStar. Dicapai pada 27 Jun 2016.
- ^ Ab Rahman, Farhana (24 September 2015). "Gandingan Keith Foo-Risteena Munim tarikan Girlfriend Kontrak". Berita Harian. Dicapai pada 27 Jun 2016.
- ^ http://www.notainfo.com/2015/09/sinopsis-filem-girlfriend-kontrak/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-22. Dicapai pada 2016-06-27.
- ^ Suara.TV (27 September 2015). "Kerana 'Girlfriend Kontrak' Nur Risteena Sanggup Jatuh Atas Tahi Lembu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-09. Dicapai pada 27 Jun 2016.