Gita puja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Gita puja (Mal.: him [him] daripada Bahasa Inggeris: hymn[1]; Ind.: himne [him-nĕ] daripada Bahasa Belanda: hymne[2]) adalah lagu yang dikarang atau dinyanyikan khusus untuk penggunaan bermadah atau bersembahyang dengan senikata yang ditujukan memuja tuhan atau dewa-dewi dipercayai penganut agama atau kepercayaan tertentu.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

"Gita" ialah kata bahasa Melayu lama yang bermaksud nyanyian atau lagu,[3][4] ia merupakan pinjaman Bahasa Sanskrit: गीत gīta.

Dua-dua perkataan "him" dan "himne" diserap dari akar bahasa Yunani ὕμνος hymnos "gita puja" yang berasal dari akar kata Proto-Indo-Eropah *sh2em- "menyanyi"; ia kognat dengan seberapa perkataan tertentu dalam bahasa-bahasa sekeluarga termasuk kata išḫamai "[dia] menyanyi" dalam bahasa Hitit dan perkataan sāman "nyanyian" dalam bahasa Sanskrit.[5]

Mengikut agama[sunting | sunting sumber]

Dalam agama Kristian[sunting | sunting sumber]

Agama Kristian lazim menggunakan gaya nyanyian ini untuk mempersembahkan lagu-lagu pujian mereka (juga dipanggil madah atau puji-pujian) yang menggabungkan unsur-unsur musik (pujian/nyanyian), sastera (puisi), dan teologi (misalnya bait ajaran dalam Alkitab). Penyanyian puji-pujian paling diketahui pengamalannya dalam kalangan jemaah-jemaah gereja mazhab Protestan melangsungkan acara sembahyang Ahad.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Himnologi - bidang ilmu mengkaji sejarah dan gaya unsur pengarangan gita sebegini.

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'hymn' - Mkalumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai 13 Oktober 2019. 
  2. ^ "'himne'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Jakarta: Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. Dicapai 13 Oktober 2019. 
  3. ^ "'gita' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai 12 Oktober 2019. 
  4. ^ "'gita'". Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) Daring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. Dicapai 12 Oktober 2019. 
  5. ^ Watkins, Calvert (2000). The American Heritage Dictionary of Indo-European Roots (edisi second edition). Boston: Houghton Mifflin. ISBN 0-618-08250-6. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]