Gitalis Dwi Natarina
Gitalis Dwi Natarina | |
---|---|
Kelahiran | Gitalis Dwi Natarina 10 Oktober 1985 |
Nama lain | Gita KDI |
Pekerjaan | pelakon, penyanyi |
Ibu bapa | H. Sahidin Hassan S.Pd Hj. Agis Juwiratna S.Pd |
Kerjaya muzik | |
Genre | Dangdut, nasyid |
Tahun aktif | 1993–kini |
Syarikat rakaman | Atlanta Records, Musica Studio's, Infokom |
Gitalis Dwi Natarina atau lebih dikenali sebagai Gita KDI (lahir di Garut, Jawa Barat, 10 Oktober 1985; umur 39 tahun) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Indonesia. Namanya mula dikenali selepas memenangi Kontes Dangdut TPI peringkat kedua.
Gita, yang merupakan seorang Libra, mempunyai seorang adik beradik, iaitu Gina dan 3 adik beradik iaitu: Risa, Yudit, Reynald. Gita merupakan anak kedua pasangan H. Sahidin Hassan S.Pd (Guru-Pensyarah) dengan Hj. Agis Juwiratna S.Pd.
Penampilan Gita sebagai artis KDI telah mencatatkan pencapaian sebagai pendatang baru terkenal di Anugerah Dangdut TPI 2005. Walaupun tampil berhijab, ia tidak membataskan Gita untuk mempunyai kerjaya cemerlang dalam dunia hiburan Indonesia.
Nama Gita Danaya semakin popular sejak dipilih sebagai bintang utama dalam sinetron Rindu-Rindu Asmara. Sebuah drama muzikal sinetron terbitan salah sebuah rumah terbitan di Indonesia, Rapi Films. Walaupun masih baru dalam dunia lakonan, kemajuan Gita dalam bidang lakonan adalah sesuatu yang perlu diperhitungkan.
Menyahut minat orang ramai terhadap sinetron Rindu-Rindu Asmara, pengurusan Star Media Nusantara Talent dan TPI dengan kerjasama Rapi Films serta Musica Studio's telah mengeluarkan koleksi lagu-lagu yang diambil daripada runut bunyi sinetron Rindu Rindu Asmara sebagai album solo pertama Gita. Sebanyak 9 buah lagu telah dikeluarkan kepada umum dalam bentuk kaset dan Cakera Padat (CD). Pemuzik Dwiki Dharmawan pun turut terlibat dalam pembikinan album sulung ini, dengan menyumbangkan 4 buah lagu bertajuk "Cinta Kau Tlah Datang", "Sampai Disini", "Cukuplah Sudah", dan "Doa" dan selebihnya 3 buah lagu daripada karya berhak cipta finalis Lomba Cipta Lagu Dangdut (LCLD) bertajuk "Nestapa" (Cipt. Angga Dewangga), "Kenangan Cinta" (Cipt. M. Cicilia), dan "Bersemilah Kasih" (Cipt. Suhardi S).
Bagi menambah pengetahuan akademik tentang muzik, Gita kini mendalami ilmu seni muzik di Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) di Bandung. Selain menambah ilmu dalam bidang muzik, Gita juga belajar di UIN Bandung dalam jurusan Dakwah dan Penyiaran Islam. Penggemar Mariah Carey, Elvy Sukaesih, Rita Sugiarto, dan Evie Tamala ini mengimpikan bukan sahaja pandai menyanyi tetapi juga mahir bermain beberapa alat muzik agar suatu hari nanti mereka boleh menciptakan lagu sendiri.
Gitalis Dwi Natarina secara rasmi dilantik pada hari Rabu 2 Februari 2011 sebagai anggota DPR dari Fraksi Kebangkitan Bangsa. Wanita muda kelahiran 1985 ini menggantikan Allahyarham Cecep Syafrudin yang meninggal dunia suatu ketika dahulu. Beliau menduduki Suruhanjaya XI DPR yang bertanggungjawab ke atas sektor kesihatan, pekerjaan, dan pendidikan.
Prestasi
[sunting | sunting sumber]- 1993 Juara 1 Lomba Nyanyi Solo Pekan Olahraga dan Seni - PORSENI Kabupaten Garut
- 1995 Juara 1 Lomba MTQ & Kaligrafi Kabupaten Garut
- 1996 Juara 1 Lomba Nyanyi Dangdut se-Priangan Timur
- 1997 Juara 1 Lomba Nyanyi Qasidah & Gambus Kabupaten Garut
- 1999 Juara 1 Lomba Nyanyi Lagu-lagu Arabic Musabaqoh Tilawatil Qur'an - MTQ se-Jawa Barat
- 2000 Juara 1 Lomba Nyanyi Lagu-lagu Arabic Musabaqoh Tilawatil Qur'an - MTQ se-Jawa Barat
- 2005 Juara 1 Kontes Dangdut TPI (KDI)
- 2005 Juara 1 Lomba Nyanyi Lagu-lagu Arabic Musabaqoh Tilawatil Qur'an - MTQ tingkat Nasional di Palembang, Sumatera Selatan
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album solo
[sunting | sunting sumber]- Rindu Rindu Asmara (Musica Studio)
- Kerudung Suci (Infokom)
- Ampunanmu (2016, menggunakan nama Gita Danaya)
- Do'a
- Best Sholawat (2021)
Album himpunan
[sunting | sunting sumber]- Album Kompilasi KDI 2 (Billboard Indonesia)
- Ingkar Janji (2021)
Drama lipur lara
[sunting | sunting sumber]- Pacar Dunia Akherat
- Rindu Rindu Asmara (Terbitan: Rapi Films)
- Si Entong (Terbitan: Indika Entertainment & Mega Vision)
- Fatimah (Terbitan: Kharisma Starvision Plus)
Sejarah pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Pilihanraya | Badan perundangan | Kawasan pilihan raya | Parti politik | Keuntungan undi | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2014 | Dewan Perwakilan Rakyat | Jawa Barat X | Partai Kebangkitan Bangsa | Tidak diketahui[perlu rujukan] | Tidak Terpilih |