Gladys Tan Yee Kim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gladys Tan Yee Kim merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 , mendapat 10A+ dan dilantik sebagai ikon Permodalan Nasional Bhd. sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2010 di Kuching, Sarawak. Beliau juga merangkul tempat pertama bagi keseluruhan calon SPM 2009. Dikhabarkan beliau telah mendapat 100% bagi 7 subjek daripada 10 subjek yang diambil dan 3 subjek adalah 95% ke atas.[perlu rujukan]

Beliau mendapat 5A bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 7A bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR). Seterusnya, Gladys mendapat pendidikan menengah di SMK Green Road, Kuching, Sarawak. Kemudian, Gladys mengikuti kursus peringkat prauniversiti American Degree Foundation Programme (ADFP) di Taylor's University College. Di Taylor's University College, Gladys memperoleh CGPA 4.00 bagi program ADFP dan telah menerima anugerah "Summa Cum Laude Honour". [perlu rujukan]

Pada awalnya, Gladys memberitahu beliau akan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan pilihan universitinya ialah Universiti Stanford atau Universiti Harvard.[1] Walau bagaimanapun, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Michigan, Ann Arbor dalam bidang psikologi.[perlu rujukan]

Gladys mendapat tawaran Biasiswa Nasional dan Biasiswa Kijang Emas, namun beliau memilih Biasiswa Kijang Emas untuk meneruskan pengajian tertiarinya.[perlu rujukan]

Ciri-ciri yang membolehkan beliau untuk menjadi pelajar terbaik ialah patuh pada ajaran agama, rajin untuk mengulang kaji pelajaran dan cuba untuk menjadi seperti mesin fotostat yang mampu mengingat segala maklumat yang diperoleh dalam masa yang singkat dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]