Glebionis coronaria
| Bunga serunai | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Eudikot |
| Klad: | Asterid |
| Order: | Asterales |
| Keluarga: | Asteraceae |
| Subkeluarga: | Asteroideae |
| Genus: | Glebionis |
| Spesies: | G. coronaria |
| Nama binomial | |
| Glebionis coronaria (L.) Cass. ex Spach | |
| Sinonim[1][2] | |
|
Senarai
| |
Glebionis coronaria (sin. Chrysanthemum roxburghii) ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Asteraceae. Ia tumbuh asal di rantau Mediterranean.[3] Ia tersebar di Asia Timur dan beberapa tempat di Amerika Utara.[4][5]
Ia secara umumnya dikenali sebagai bunga serunai (Jawi: بوڠا سروناي) dalam bahasa Melayu.[6] Daun-daun tumbuhan ini dijadikan sayur dalam masakan Asia Timur yang dikenali sebagai tung ho (Bahasa Cina: 茼蒿; pinyin: tónghāo) atau shungiku (Jepun: 春菊).[perlu rujukan]
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Nama "serunai" boleh jadi diturunkan daripada akar bahasa Proto-Melayu-Polinesia Barat *sarunay yang bermaksud spesies tumbuhan serunai laut (Wedelia biflora sin. Wollastonia biflora);[7][8] nama bunga ini tiada kaitan dengan nama alat muzik serunai yang diserap daripada kata bahasa Parsi iaitu سرنای surnāy.[9]
Botani
[sunting | sunting sumber]Spesies ini tumbuh dalam kitaran satu musim. Daun-daunnya berbentuk pelepah kembar yang bercuping dan tidak berbau. Kuntum bunganya terdiri daripada anak-anak bunga yang disusun padat menjadi sebuah kuntum lagi besar. Biji-bijinya beralur dan berkepak seperti aken (cypsela).[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Glebionis coronaria (L.) Cass. ex Spach". World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 13 November 2022.
- ↑ "Glebionis coronaria (L.) Cass. ex Spach". Plant of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. 2022. Dicapai pada 13 November 2022.
- ↑ Altervista Flora Italiana, Glebionis coronaria (L.) Spach termasuk gambar dan peta taburan Eropah
- ↑ "Glebionis coronaria (Linnaeus) Cassini ex Spach, 1841. 茼蒿 tong hao". Flora of China (dalam bahasa Inggeris). n.d. m/s. 653, 772. Dicapai pada 20 Mac 2022.
- ↑ "County distribution map". Biota of North America Program. 2014. Dicapai pada 20 Mac 2022.
- ↑ Wilkinson, Richard James (1932). "bunga". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 166 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ↑ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*sarunay — a seaside plant: Wedelia biflora". Austronesia Comparative Dictionary. Dicapai pada 20 Mac 2022.
- ↑ "serunai laut". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ↑ Petrů, Tomáš (2016). ""Lands below the Winds" as Part of the Persian Cosmopolis: An Inquiry into Linguistic and Cultural Borrowings from the Persianate societies in the Malay World". Moussons. 27: 147–161. doi:10.4000/moussons.3572. Dicapai pada 22 Mac 2022.
- ↑ "Glebionis coronaria (Linnaeus) Cassini ex Spach, 1841. Crown daisy, garland chrysanthemum". Flora of North America. eFloras. n.d. m/s. 555. Dicapai pada 13 November 2022.