Pergi ke kandungan

Gleneagles JPMC

Koordinat: 4°56′54.3″N 114°49′48.8″E / 4.948417°N 114.830222°E / 4.948417; 114.830222
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Jantung Gleneagles JPMC
Parkway Pantai
Map
4°56′54.3″N 114°49′48.8″E / 4.948417°N 114.830222°E / 4.948417; 114.830222
Jerudong, Brunei dan Muara
Organisasi
PembiayaanSwasta
JenisHospital pakar
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Pengkhususan/kepakaranJantung
Sejarah
Dibuka15 Julai 2002 (2002-07-15)
Perangkaan
Katil21
Pautan luar
Tapak sesawangwww.gleneaglesjpmc.com.bn
Portal perubatan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gleneagles JPMC (nama penuh Pusat Jantung Gleneagles JPMC; dari bahasa Inggeris Gleneagles JPMC Cardiac Centre) merupakan sebuah hospital pakar swasta di Brunei khusus bagi perkhidmatan klinikal tertiari berkaitan penyakit jantung.[1] Ianya merupakan salah satu pusat perubatan di bawah pengurusan Parkway Pantai, kumpulan penjagaan kesihatan swasta dari Singapura.

Gleneagles JPMC terletak di Jerudong dalam Daerah Brunei dan Muara. Bangunan pusat perubatan ini adalah bersebelahan dengan Pusat Perubatan Jerudong Park. Dalam lingkungan Gleneagles JPMC iaitu di sebelah lain Pusat Perubatan Jerudong Park ialah bangunan bagi Pusat Pakar Pantai Jerudong, satu lagi pusat perubatan yang menempatkan Pusat Kanser Brunei dan Pusat Neurosains dan Rehabilitasi Strok Brunei. Kesemua pusat-pusat perubatan tersebut terletak dalam kawasan berhampiran Pantai Jerudong dan menghadap Laut Cina Selatan.[1]

Lokasi Gleneagles JPMC juga adalah tidak jauh dari Jerudong Park, satu-satunya taman hiburan di Brunei, serta Pusat Persidangan Antarabangsa BRIDEX.

Gleneagles JPMC ditubuhkan pada 15 Julai 2002 atas usaha sama Agensi Pelaburan Brunei, dana kekayaan berdaulat negara, dan Parkway Pantai, sebuah kumpulan penjagaan kesihatan swasta dari Singapura.[2][3]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan klinikal yang disediakan oleh Gleneagles JPMC terdiri daripada kardiologi, serta pembedahan kardiotoraks dan vaskular, yang merangkumi kedua-dua perkhidmatan pesakit dalam dan luar.[2][4] Bagi perkhidmatan pesakit dalam, Gleneagles JPMC menyediakan sebanyak 21 katil.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Overview". www.gleneaglesjpmc.com.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-05. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ a b c "Brunei - Parkway Pantai". www.parkwaypantai.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-05. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "About Us in Brief". www.gleneaglesjpmc.com.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-05. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "Services". www.gleneaglesjpmc.com.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-05. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]