Glock 19

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Glock 19
G19 blk grip.jpg
Pistol Glock 19
Jenis Pistol semi-automatik
Tempat asal  Austria
Sejarah pengeluaran
Pereka Gaston Glock
Pengeluar Glock
Dihasilkan 1990
Aneka 19C
Spesifikasi
Berat 595 g / 20.99 auns (kosong)
Panjang 174 mm / 6.85 in
Barrel length 102 mm / 4.02 in
Lebar 30.0 mm / 1.18 in
Tinggi 128 mm / 5.00 in (dengan kelopak)

Aksi Tindakan selamat
Sistem suapan Kelopak (15/17/19/33 butir)
Penglihatan Tetap (depan dan belakang)

Glock 19 merupakan sebuah pistol yang telah direka dan dikeluarkan oleh syarikat Glock, Austria. Ia merupakan variasi Glock 17 yang telah dikecilkan saiznya. Muatan standard kelopak adalah 15 butir dengan spesifikasi peluru 9 x 19 mm. Glock 19 mula dibangunkan pada tahun 1988. Pada 1990, ia telah digunakan oleh Tentera Darat Sweden dan dikenali sebagai Pistol 88B.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Jabatan Polis New York menggunakan pistol Glock 19 sebagai pistol perkhidmatan standard. Glock 19 bukan sahaja digunakan secara meluas oleh agensi penguatkuasa, tetapi juga sebagai pistol untuk mempertahankan diri. Dibandingkan dengan pistol asal Glock 17, Glock 19 mempunyai gelangsar dan pegenggam 12 mm (0.5 in) lebih pendek. Kelopak peluru Glock 17 juga boleh digunakan pada Glock 19, walaupun kelopaknya sedikit terjulur keluar. Glock 19 memiliki tiga kunci selamat, seperti mana pistol Glock yang lain.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Glock 19 telah melalui 2 perubahan ketara sejak dikeluarkan. Terdapat 3 generasi yang boleh dikenal pasti:

  • Gen 1: Pemegang depan dan belakang yang bercorak licin.
  • Gen 2: Menambah "checkering" pada pemegang depan dan belakang.
  • Gen 3: Menambah bentuk acuan genggaman jari pada pemegang hadapan, membina kerangka rel bagi memasang peralatan lampu/laser.
  • Gen 4: Tiada maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat Glock berkenaan generasi ini setakat 10 Mei 2007.

Terdapat juga beberapa perubahan dalaman seperti blok kekunci, tangkai pencekah, pin peletup dan spring.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • A.E., Hartnik. Ensaiklopedia Lengkap Pistol dan Revolver. Edison: Chartwell Books, 2002

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.