Pergi ke kandungan

Glosari artifak Mesir purba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ini glosari artifak Mesir purba.

  • Ankh - simbol kehidupan yang dipegang oleh Ra
    • Arca - milik firaun dan bukan firaun. (Pelbagai saiz.)
    • Azimat - banyak, (dan dari zaman pradinasti).
  • Azimat - objek yang biasanya dipakai pada badan, yang dipercayai mempunyai kuasa sakti atau sihir untuk melindungi pemakainya.
  • Balang kanopi - bekas yang mengandungi organ dalaman yang dikeluarkan semasa pemumiaan, juga takar kanopi
  • Batu Benben (juga dipanggil pyramidion) - batu penutup piramid Mesir
  • Batu Rosetta - Batu dengan tiga bahasa yang telah merungkaikan bahasa Mesir
  • Berhala Imiut - objek keagamaan yang digunakan dalam upacara pengebumian; kulit haiwan tanpa kepala yang diisi, seringnya kucing atau lembu, diikat pada tiang dengan ekor, berakhir dengan kudup teratai dan dimasukkan ke tempat pendiri
  • Burung Saqqara - model burung kayu
  • Cangkuk - simbol kuasa firaun. Simbol dewa Osiris (lihat juga tongkat berkelok)
  • Faience - objek-objek, azimat, dll daripada kaca.
  • Kartonaj - papirus atau linen yang direndam dalam plaster, dibentuk mengelilingi badan dan digunakan untuk topeng mumia dan keranda
  • Kon pengebumian - kon kecil daripada tanah liat yang diletakkan di atas pintu bandarsah makam, digunakan hampir secara eksklusifnya di nekropolis Thebes (Mesopotamia ada paku/pasak tanah liat)
  • Menat - azimat yang dipakai di leher. Juga alat muzik, orok-orok logam (lihat juga: sistrum)
  • Menhed - palet jurutulis
  • Mikrolit - serpihan batu Mesir purba
  • Mumia - jenazah selepas pemumiaan
  • Naos - tempat suci keagamaan; tempat suci mudah alih untuk membawa dewa
  • Ostrakon - serpihan tembikar, serpihan batu kapur, digunakan sebagai tempat menulis
  • Palet kosmetik - papak batu, kadangkala dihiasi, digunakan untuk membancuh alat solek. Lihat: Palet Narmer;.
  • Papirus - bahan yang dibuat daripada buluh papirus, digunakan sebagai bahan untuk menulis dan melukis
  • Pektoral (Mesir purba) - pelbagai bentuk. (Sehingga 13 hieroglif penentu tambahan yang tidak tersenarai dalam Gardiner untuk "pektoral"; Lihat Senarai tanda Gardiner).
  • Penebah - simbol kuasa firaun. Simbol dewa Osiris
  • Penyandar kepala - ditemui dalam makam. Biasanya penyandar peribadi, atau peringatan
  • Peti Kanopus - peti biasa yang mengandungi empat balang Kanopus
  • Pintu palsu - representasi artistik pintu, elemen seni bina yang biasa dalam makam
  • Piramid - struktur monumen dengan tapak segi empat atau segi tiga dan sisi condong yang bertemu di satu titik di puncak, terutamanya yang dibina daripada batu sebagai makam diraja di Mesir purba
  • Pisau batu api - barang pengebumian prestij, dari zaman Kebudayaan Naqada sehingga akhir Zaman Dinasti Awal Mesir
  • Sarkofagus - bekas pengebumian untuk jenazah, biasanya diukir daripada batu
  • Senet - permainan papan
  • Sfinks
  • Skarab - azimat atau cap dalam bentuk kumbang tahi
  • Stele
    • Stele Kemenangan - firaun.
    • Stele Monumen - dipersembahkan kepada dewa, individu istimewa.
    • Stele Nazar/Semah - peribadi, pendedikasian.
    • Stele Peringatan - milik firaun atau bukan firaun.
    • Stele Sempadan - diletakkan di sempadan.
  • Syabti - patung kecil yang diletakkan dalam makam sebagai pengganti pemilik makam di alam seterusnya
  • Takar kanopi - bekas yang mengandungi organ dalaman yang dikeluarkan semasa pemumiaan (lihat juga balang kanopi)
  • Talatat - blok dinding batu kapur, kadangkala dicat.
  • Tongkat berkelok - simbol kuasa firaun. Simbol dewa Osiris (lihat juga cangkuk)
  • Tugu peringatan - makam kosong atau monumen yang didirikan untuk mengingati seseorang atau kumpulan yang jenazahnya berada di tempat lain
  • Usyabti - syabti-syabti dari Dinasti Kedua Puluh Satu Mesir dan seterusnya.
  • Reeves, Nicholas. Ancient Egypt, The Great Discoveries, a Year-by-Year Chronicle,
  • Nicholas Reeves, (Thames and Hudson Ltd. London), c.2000. Glosari: p. 242