Go Ara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Go Ara
Kelahiran (1990-02-11) 11 Februari 1990 (umur 34)
PendidikanUniversiti Chung-Ang
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2003–sekarang
EjenArtist Company
Ketinggian1.70 m (5 ka ​6 78 in)
Nama Korea
Hangul고아라
Perumian SemakanGo A-ra
McCune–ReischauerKo Ara

Go Ara (lahir 11 Februari 1990) ialah seorang pelakon dan model wanita Korea Selatan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Go lahir di Jinju, Gyeongsang Selatan, Korea Selatan. Pada usia muda, beliau kerap berpindah di sekitar Korea kerana bapa beliau merupakan seorang askar. Ketika belajar di sekolah tinggi junior, beliau telah disyorkan oleh seorang rakan untuk menjalani ujibakat bersama agensi hiburan, SM Entertainment. Pada tahun 2003, beliau memenangi Pertandingan Model Remaja SM Entertainment.[1] Selepas menyertai SM Entertainment, beliau mula berlatih bersama pelatih lain di syarikat tersebut dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2003–2007[sunting | sunting sumber]

Go dipilih untuk melakonkan watak wanita utama, Lee Ok-rim di dalam drama KBS tahun 2003, Sharp #1. Beliau menyambung wataknya di dalam sekuel tahun 2005, Sharp #2. Go kemudiannya membintangi drama SBS tahun 2006, Snow Flower bersama-sama Kim Hee-ae.[2] Persembahan lakonannya sebagai Yoo Da-mi membolehkan beliau untuk memenangi beberapa anugerah pada tahun berikutnya.

Filem pertama Go merupakan filem Jepun berbajet besar, Genghis Khan: To the Ends of the Earth and Sea yang juga ditayangkan di Jepun dan Hong Kong. Beliau melakonkan watak Khulan selepas dipilih daripada lebih 40,000 peserta ujibakat. Filem ini ditayangkan di pelbagai festival filem termasuk Festival Filem Cannes, Festival Filem Antarabangsa Moscow, Festival Filem Golden Orange Antalya 2007 dan Festival Filem Dunia Bangkok ke–5. Go kemudiannya dipilih untuk berlakon di dalam sebuah lagi filem Jepun, Dance Subaru oleh kerana kefasihannya di dalam bahasa ini.[3]

2008–2012[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, beliau telah dipilih untuk berlakon di dalam drama MBC, Who Are You? dimana beliau berlakon bersama-sama Yoon Kye-sang.[4] Walaupun rating tontonan yang rendah di Korea, drama ini menarik pehatian peminat antarabangsa sekaligus meningkatkan status Gelombang Korea beliau. Beliau kemudiannya membuat penampilan di dalam drama bersiri Jepun, Karei naru Spy.[5]

Pada tahun 2009, beliau telah dipilih untuk berlakon di dalam drama MBC, Heading to the Ground yang juga dibintangi penyanyi, Jung Yunho dari DBSK. Pada tahun 2011, Go membuat penampilan pertamanya di dalam filem tempatan, Pacemaker dimana beliau menaikkan berat sebanyak 5kg untuk melakonkan watak seorang atlet lompat bergalah yang mewakili Korea Selatan.[6] Beliau kemudiannya menunjukkan bakat nyanyiannya di dalam filem tahun 2012, Papa.[7]

2013–sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, populariti Go terus meningkat selepas muncul di dalam drama nostalgik, Reply 1994. Untuk melakonkan watak Sung Na-jung, beliau memotong rambutnya dan meningkatkan berat badan sebanyak 18 paun.[8] Ketika ramai yang ragu-ragu terhadap pemilihan beliau ketika kali pertama diumumkan, penonton kemudiannya memuji persembahan lakonan Go dalam drama ini.[9] Drama ini mencapai rating tontonan yang tinggi dan membantu melonjakkan kerjaya Go. Beliau menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Seni Baeksang dan Anugerah Bintang APAN.

Beliau kemudiannya melakonkan watak detektif di dalam drama polis tahun 2014, You're All Surrounded bersama-sama Lee Seung-gi.[10] Pada tahun 2015, Go membintangi bersama Yoo Seung-ho di dalam filem romantik era Joseon, The Magician.[11] Ia disusuli dengan watak utama di dalam filem neo-noir, Phantom Detective yang juga dibintangi Lee Je-hoon sebagai Hong Gil-dong.[12]

Pada tahun 2016, Go membintangi sebagai watak utama bersama Park Seo-joon di dalam drama Hwarang: The Poet Warrior Youth.[13] Pada tahun yang sama, beliau meninggalkan SM Entertainment selepas 13 tahun dan menyertai Artist Company pada bulan Januari 2017.[14] Pada tahun 2017, Go telah dipilih untuk berlakon di dalam drama fantasi thriller, Black bersama-sama Song Seung-heon.[15]

Pada tahun 2018, Go membintangi drama Ms. Hammurabi bersama Kim Myung-soo.[16]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2007 Genghis Khan: To the Ends of the Earth and Sea Khulan
2009 Dance, Subaru! Liz Park
2011 Pacemaker Yoo Ji-won
2012 Papa June
2015 Joseon Magician Puteri Cheongmyeong
2016 Phantom Detective Presiden Hwang

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2003 Sharp 1 Lee Ok-rim KBS2
2005 Sharp 2
2006 Snow Flower Yoo Da-mi SBS
2008 Who Are You? Son Young-in MBC
2009 Karei naru Spy Shin Yoon-ah (kameo, episod 3) NTV
Heading to the Ground Kang Hae-bin MBC
2013 Reply 1994 Sung Na-jung tvN
2014 You're All Surrounded Eo Soo-sun SBS
2015 The Producers Diri sendiri (kameo, episod 8) KBS2
2016 Hwarang: The Poet Warrior Youth Aro
2017 Black Kang Ha-ram OCN
2018 Ms. Hammurabi Parkcha Oh-reum JTBC

Penampilan video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi Album
2004 "Hug" TVXQ Tri-Angle
2006 "La'Tale"
2008 "Innocent Blue" Mink
2011 "Before U Go" TVXQ Keep Your Head Down
"Juliette" (versi Jepun) SHINee The First
2015 "A Million Pieces" Cho Kyuhyun Again, When Fall Comes

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album
2012 "Now" OST Papa
"Little Girl Dreams"
2013 "Start" OST Reply 1994

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan
2003 Pertandingan Model Remaja SM Entertainment ke–5 Menang
2004 Anugerah Drama KBS Pelakon Muda Wanita Terbaik Sharp #1 Menang
2006 Anugerah Drama SBS Anugerah Bintang Baru Snow Flower Menang
2007 Anugerah Seni Baeksang ke–43 Pelakon Baru Wanita Terbaik (TV) Menang
Anugerah Pilihan 20 Mnet Gadis Barbie Menang
Anugerah Bintang Terbaik André Kim Anugerah Bintang Baru Menang
2008 Anugerah Drama MBC Pelakon Baru Wanita Terbaik Who Are You? Tercalon
2010 Anugerah Seni Baeksang ke–46 Pelakon Wanita Paling Popular (TV) Heading to the Ground Tercalon
2012 Anugerah Seni Baeksang ke–48 Pelakon Baru Wanita Terbaik (Filem) Papa Tercalon
Anugerah Filem Buil ke–21 Pelakon Baru Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Grand Bell ke–49 Pelakon Baru Wanita Terbaik Pacemaker Tercalon
Anugerah Filem Blue Dragon ke–33 Pelakon Baru Wanita Terbaik Papa Tercalon
2014 Anugerah Seni Baeksang ke–50 Pelakon Wanita Terbaik (TV) Reply 1994 Tercalon
Pelakon Wanita Paling Popular (TV) Tercalon
Anugerah Style Icon ke–7 10 Teratas Style Icon Menang
Anugerah Bintang APAN ke–3 Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Minisiri Reply 1994 Tercalon
Anugerah Drama SBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Istimewa You're All Surrounded Tercalon
2016 Anugerah tvN10 Dibuat di tvN, Pelakon Wanita di dalam Drama Reply 1994 Tercalon
Anugerah Ciuman Terbaik, bersama Jung Woo Reply 1994 Tercalon
Anugerah Persatuan Pelakon Filem Korea Anugerah Populariti Phantom Detective Menang
2017 Anugerah Drama KBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Pertengahan Panjang Hwarang: The Poet Warrior Youth Tercalon
2018 Anugerah Bintang APAN ke–6 Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Minisiri Ms. Hammurabi Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "[Herald Interview] After 14 years, actress Go Ara has only just begun". The Korea Herald. 23 Februari 2017. Dicapai pada 28 September 2018.
  2. ^ "Drama "Snow Flower" to Be Shot in September". Hancinema. KBS Global. 16 Jun 2006. Dicapai pada 28 September 2018.
  3. ^ "Go Ara: 'Life Is Series of Challenges'". Hancinema. KBS Global. 20 Januari 2012. Dicapai pada 28 September 2018.
  4. ^ "Different Bodies for Different Souls in `Who Are You". The Korea Times. 4 Mac 2008. Dicapai pada 28 September 2018.
  5. ^ "고아라 日 드라마에 첫 출연". Yonhap News Agency (dalam bahasa Korea). 29 Julai 2009. Dicapai pada 28 September 2018.
  6. ^ "Actress Go Ara Becomes a Pole Vaulter in Film". Hancinema. The Seoul Times. 3 Januari 2012. Dicapai pada 28 September 2018.
  7. ^ "Actress Go A-ra Hopes to Inspire Viewers to Chase Dreams". The Chosun Ilbo. 28 Januari 2012. Dicapai pada 28 September 2018.
  8. ^ "Go A-ra happy to reveal true side". Korea JoongAng Daily. 9 Januari 2014. Dicapai pada 28 September 2018.
  9. ^ "Go A-ra Back in the Limelight After Decade in the Wilderness". The Chosun Ilbo. 11 Januari 2014. Dicapai pada 28 September 2018.
  10. ^ "Lee Seung-gi, Cha Seung-won, Go Ara Confirm New Drama". TenAsia. 26 Februari 2014. Dicapai pada 28 September 2018.
  11. ^ "YOO Seung-ho and GO A-ra to Magically Fall in Love". Korean Film Biz Zone. 30 Disember 2014. Dicapai pada 30 September 2018.
  12. ^ "Hong Gil-dong to be Made into a Film, LEE Je-hoon, Go A-ra and KIM Sung-kyun to Star". Korean Film Biz Zone. 6 Januari 2015. Dicapai pada 30 September 2018.
  13. ^ "Park Seo-joon, Park Hyung-sik and Go Ara to star in 'Hwarang'". The Korea Times. 5 Januari 2016. Dicapai pada 30 September 2018.
  14. ^ "Go Ara Joins Artist Company". BNT News. 10 Januari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 30 September 2018.
  15. ^ "Song Sung-heon, Go A-ra cast in OCN drama". Korea JoongAng Daily. 5 Ogos 2017. Dicapai pada 30 September 2018.
  16. ^ "'Miss Hammurabi' to search for warmhearted justice". Kpop Herald. 21 Mei 2018. Dicapai pada 30 September 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]