God Save the King
"God Save the King" ("Tuhan Selamatkanlah Raja") atau God Save the Queen" (Bahasa Melayu: "Tuhan Selamatkanlah Ratu") adalah sebuah lagu kebangsaan yang digunakan dalam beberapa negara dalam Alam Komanwel.
Ia merupakan lagu kebangsaan United Kingdom termasuk wilayah-wilayah dalam tanggungannya, Pulau Norfolk, salah satu lagu kebangsaan Kepulauan Cayman dan New Zealand (sejak 1977) serta lagu diraja Kanada (sejak 1980), Australia (sejak 1984), Isle of Man, Belize, Jamaika dan Tuvalu. Dalam negara-negara yang bukan tedahulunya sebahagian dari Empayar British, irama lagu ini masih digunakan sebagai asas untuk lagu patriotik berlainan, walaupun masih secara umum berhubung dengan majlis diraja.
Penulis lagu ini tidak dapat dikenal pasti. Lagu ini mempunyai pelbagai versi yang dihasilkan mengikut masa-masa tertentu dalam sejarah, namun versi-versi tersebut mempunyai persamaan pada rangkap pertamanya. Sepanjang hayat terbitannya, lagu ini telah banyak kali diolah dengan penambahan atau pembuangan bait-bait yang berkenaan pada tempat-tempat tertentu.[1] Pada umumnya hanya satu, atau kadangkala dua rangkap dinyanyikan, namun terdapat juga kes jarang di mana kesemua tiga rangkap lagu tersebut yang dinyanyikan.[2]
Protokol kegunaannya[sunting | sunting sumber]
Di Britain, Ratu (atau Raja) diberikan hormat dengan keseluruhan lagu kebangsaan, sementara ahli-ahli kerabat lain yang berhak (seperti Putera Wales) hanya menerima enam bar yang pertama. Enam bar yang pertama juga dibentukkan sebahagian dari Vice Regal Salute di sesetengah alam Komanwel di luar United Kingdom (contohnya, di Kanada, gabenor jendral dan leftenan gabenor disalutkan dengan enam bar pertama pada "God Save the Queen", diikuti dengan bar empat dan bar empat terakhir "O Canada"). Kata-kata lagu itu, seperti tajuk ini, dan sebagainya, apabila seorang raja bertakhta. Di United Kingdom, barisan akhir pada ayat tiga juga diubah (lihat di bawah).
Seni kata lagu[sunting | sunting sumber]
Versi British "Piawai"[sunting | sunting sumber]
Tiada versi sebenar tentang liriknya. Walau bagaimanapun, versi yang mempunyai tiga perenggan berikut merupakan yang terbaik yang sering didakwa sebagai versi British 'piawai', bukan sahaja muncul dalam Gentleman's Magazine 1745, juga dalam penerbitan seperti The Book of English Songs: From the Sixteenth to the Ninteenth Century (Buku Lagu England: Dari Abad ke-16 hingga Abad ke-19) 1851, [3] National Hymns: How They are Written and how They are Not Written (Lagu Kebangsaan: Bagaimana Ia Ditulis dan Bagaimana Ia Tidak Ditulis) 1861,[4] Household Book of Poetry (Buku Puisi Seisi Rumah) 1882,[5] dan Hymns Ancient and Modern, revised version (Nyanyian Kuno dan Moden, versi ulangan) 1982.[6] Versi yang sama dengan dua rangkap tidak dimasukkan muncul dalam penerbitan termasuklah Scouting for boys (1908),[7] dan laman web Kerajaan U.K. "Monarchy Today".[8] Pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas dalam konsert Istana, Putera Charles merujuknya dalam ucapan baginda kepada "perenggan kedua yang silap dari segi politik" bagi Lagu Kebangsaan itu.
Versi piawai God Save the Queen | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ cf. versi-versi dalam buku hymn English Hymnal, Hymns Ancient and Modern dan Songs of Praise dan versinya di laman web royalty.gov.uk.
- ^ "Monarchy Today pages at royal.gov.uk website" (HTML). Dicapai pada 2007-04-01.
- ^ Mackay, Charles (1851). The Book of English Songs: From the Sixteenth to the Ninteenth Century. m/s. p.203.
|pages=
has extra text (bantuan) - ^ White, Richard Grant (1861). National Hymns: How They are Written and how They are Not Written. Rudd & Carleton. m/s. p.42.
|pages=
has extra text (bantuan) - ^ Dana, Charles
Anderson (1882). Household Book of Poetry. m/s. p.384. line feed character in
|first=
at position 8 (bantuan);|pages=
has extra text (bantuan) - ^ Hymns Ancient and Modern, Revised Version. SCM-Canterbury Press Ltd. 1982. m/s. p.504. ISBN 0907547060.
|pages=
has extra text (bantuan) - ^ Baden-Powell, Robert (1908). Scouting for Boys. m/s. p.341.
|pages=
has extra text (bantuan) - ^ "Monarchy Today website" (HTML). Dicapai pada 2007-04-01.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- God Save the Queen (instrumental) dalam format MP3 (Sumber: [1] Diarkibkan 2004-04-18 di Wayback Machine)
- (Inggeris) Laman rasmi diraja berkenaan lagu
- (Inggeris) Jabatan Warisan Kanada - Laman lagu diraja
Media berkenaan God Save the King di Wikimedia Commons