Pergi ke kandungan

God of Gamblers II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
God of Gamblers II
PengarahWong Jing
PenulisWong Jing
Dihasilkan olehJimmy Heung
DibintangiAndy Lau
Stephen Chow
Monica Chan
Ng Man-tat
Sharla Cheung
Charles Heung
SinematografiDavid Chung
Disunting olehPoon Hung
Muzik olehLowell Lo
Syarikat
penerbitan
Win's Entertainment Production
Diedarkan olehGolden Harvest
Tarikh tayangan
  • 13 Disember 1990 (1990-12-13)
Masa tayangan
99 minit
NegaraHong Kong
BahasaKantonis
Pecah panggungHK$40,342,758

God of Gamblers II ialah sebuah filem aksi komedi yang ditulis dan diarahkan oleh Wong Jing. Dibintangi oleh Andy Lau sebagai anak murid The God of Gamblers. Filem ini susulan kepada God of Gamblers, yang mana termasuk watak Lau dan All for the Winner dilakonkan oleh Chow dan Ng.

Michael Chan ialah seorang penjudi hebat. Dia merupakan murid kepada dewa judi dan didekati oleh Chow Sing Cho seorang malaikat judi. Chow Sing Cho memiliki kekuatan telekinetik yang digunakan untuk berjudi tetapi masih ingin belajar keterampilan dari Michael, dengan duit yang menang hanya untuk amal, atau dia akan dikutuk. Kedua-dua penjudi itu harus mengesampingkan perbezaan yang mereka miliki karena suatu ketika, musuh lama dari dewa judi domino, Qiu Qiu ingin menyingkirkan mereka dan berperang melawan musuh-musuhnya.

Ketika melawan musuh di atas kapal dan disiarkan oleh pers, musuh dewa judi tersebut memanipulasi kemenangannya lewat kamera pengintai sewaktu melawan Michael. Michael hampir putus asa menghadapi kegagalan ini. Dia juga dimalukan dan saat ini tidak memiliki wang sedikitpun. Chow Sing Cho meyakinkan Michael untuk tidak menyerah dalam membela Gurunya Sang Dewa Judi. Kedua-dua master judi itu berjaya mengalahkan musuh dengan kemampuan, helah, serta adegan kocak.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]