Gogugwon dari Goguryeo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gogugwon dari Goguryeo
Nama Korea
Hangul고국원왕, 국강상왕[1]
Hanja故國原王, 國岡上王
Perumian SemakanGogugwon-wang, Gukgangsang-wang
McCune–ReischauerKogugwŏn-wang, Kukkangsang-wang
Nama lahir
Hangul고사유, 유, or 쇠
Hanja高斯由, 劉, or 釗
Perumian SemakanGo Sayu, Yu, or Soe
McCune–ReischauerKo Sayu, Yu, or Soe

Raja Gogugwon dari Goguryeo (?–371, memerintah 331–371)[2] ialah raja ke-16 Goguryeo, yang paling utara dari Tiga Kerajaan Korea. Baginda ialah putera kepada Raja Micheon dan Puan Besar Ju.[2]

Goguryeo menghadapi kemusnahan oleh orang Murong Xianbei yang menyerang Goguryeo. Hwando telah dimusnahkan lagi oleh mereka pada tahun 341. Buyeo juga telah dimusnahkan oleh Xianbei pada 346.[3]

Pemerintahan Gogukwon mengalami kesan teruk akibat pencerobohan asing yang berterusan, bukan sahaja tentera China termasuk Xianbei tetapi juga Baekje, bahagian barat daya semenanjung Korea. Terutamanya, negeri Xianbei Yan Awal menyerang ibu kota pada tahun 342, menawan Permaisuri Ju, ibunda kepada Gogukwon dan gundik-gundiknya dan juga menggali mayat ayahandanya, Micheon. Memandangkan ibu kota itu musnah sepenuhnya, Gogukwon mula-mula membina Guknae seong sebagai kubu alternatif di lingkungan utara[4] dan memindahkan sementara ibu kota ke Pyongyang, ibu kota Korea Utara kini.[5] Walaupun baginda boleh mendapatkan semula mayat ayahandanya, baginda mengambil masa kira-kira 13 tahun untuk ibundanya kembali ke Goguryeo.[2] Pada 369, Gogukwon secara peribadi mengetuai ekspedisi lebih daripada 20,000 orang tentera.[6] Tanpa berjaya, anak lelaki Geunchogo Geungusu memintas, menyerang balas dan membunuh Gogugwon dalam pertempuran, di Istana Pyongyang, satu-satunya pemerintah Goguryeo yang mati di medan perang.[2] Baginda dikebumikan di Gogugwon.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

  • Ayahanda: Raja Micheon (미천왕, 美川王)
    • Nenenda: Putera Dolgo (돌고, 咄固)
  • Ibunda: Ratu, dari puak Ju (왕후 주씨, 王后 周氏)
  • Suri: permaisuri yang tidak dikenali

Penggambaran dalam seni dan media[sunting | sunting sumber]

  • Dilakonkan oleh Lee Jong-won dalam siri TV KBS1 2010–2011 The King of Legend.[7]
  • Dilakonkan dalam siri TV KBS Chronicles of Korea 2017.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "고국원왕" (dalam bahasa Korean). Doopedia. Dicapai pada 2016-06-08.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b c d "King Gogukwon". KBS Radio. KBS. Dicapai pada 1 February 2016.
  3. ^ Chun, Ho-tae (2007). Koguryŏ = Koguryo, the origin of Korean power & pride. Sŏul-si: Tongbuga Yŏksa Chaedan. m/s. 19–21. ISBN 9788991448834.
  4. ^ Kim, Bushik (1145). Samguk Sagi. Dicapai pada 1 February 2016.
  5. ^ Kim, Bushik (1145). Samguk Sagi. Dicapai pada 1 February 2016.
  6. ^ Yoon, Nae-hyun; Lee, Hyun-hee; Park, Sung-soo (2005). New history of Korea. Paju: Jimoondang. m/s. 150. ISBN 9788988095850.
  7. ^ "King Geunchogo". Hancinema. Dicapai pada 2016-06-13.
Gogugwon dari Goguryeo
Tarikh kemangkatan: 371
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Micheon
Raja Goguryeo
331–371
Diikuti oleh:
Sosurim