Genting Highlands

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gohtong Jaya)
Jump to navigation Jump to search

Koordinat: 3°25′25″N 101°47′36″E / 3.42368°N 101.79335°E / 3.42368; 101.79335

Genting Highlands
Genting Skyway Valley.JPG
Genting Highlands yang terletak di Semenanjung Malaysia
Genting Highlands
Genting Highlands
Lokasi Genting Highlands di Semenanjung Malaysia
Genting Highlands yang terletak di Malaysia
Genting Highlands
Genting Highlands
Lokasi Genting Highlands di Malaysia
Koordinat: 3°25′25″N 101°47′36″E / 3.42361°N 101.79333°E / 3.42361; 101.79333
Negara Malaysia
Negeri Pahang dan  Selangor
DaerahBentong dan Hulu Selangor
Penubuhan1965
Ketinggian
1,865 m (6,118 ft)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)Tidak dipakai
Poskod
44300, 48200 dan 69000

Genting Highlands, juga dikenali sebagai Tanah Tinggi Genting, merupakan sebuah stesen bukit di puncak Gunung Ulu Kali dengan ketinggian 1,800 meter. Sebahagian besar kawasan tersebut terletak di negeri Pahang dan satu lagi bahagian kecil terletak di negeri Selangor. Ia ditubuhkan oleh mendiang peniaga etnik Cina Lim Goh Tong pada tahun 1965. Tempat tarikan pelancong utama kawasan tersebut ialah tempat peranginan bukit Resorts World Genting. Di sana terletaknya kasino dan taman tema dan aktiviti-aktiviti perjudian adalah dibenarkan oleh pihak pengurusan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Idea untuk membina sebuah tapak peranginan bukit datang daripada mendiang peniaga Malaysia etnik Cina Lim Goh Tong yang diilhamkan oleh udara segar di Cameron Highlands semasa cuti perniagaannya ke sana pada tahun 1963 untuk sebuah projek kuasa hidroelektrik. Rasional beliau adalah bahawa Cameron Highlands terlalu jauh dari ibu negara Kuala Lumpur dan oleh itu pembinaan sebuah tapak peranginan gunung yang lebih dekat dengan Kuala Lumpur akan mempunyai potensi perniagaan yang hebat. Selepas melakukan penyelidikan, Lim menemui Gunung Ulu Kali di Genting Sempah yang jaraknya hanya 58 km jauh dari Kuala Lumpur sebagai lokasi yang sesuai untuk rancangannya. Beliau menubuhkan sebuah syarikat swasta yang bernama Genting Highlands Berhad (kini Kumpulan Genting) pada 27 April 1965 bersama ahli politik allahyarham Mohamed Noah Omar dan berjaya mendapatkan kebenaran untuk pengasingan tanah sebanyak 12,000 ekar (4,900 he) dan 2,800 ekar (1,100 he) masing-masing dari kerajaan negeri Pahang dan Selangor antara tahun 1965 dan 1970.

  • Pada 18 Ogos 1965, sebuah pasukan teknikal dan pembinaan mula membina jalan akses dari Genting Sempah ke puncak Gunung Ulu Kali.
  • Pada 31 Mac 1969, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama Malaysia meletakkan batu asas untuk hotel pelopor syarikat tersebut, menandakan kesiapan jalan akses ke Genting Highlands Resort.
  • Pada tahun 1971, hotel pertama di Genting Highlands siap dibina dan dinamakan Genting Hotel (kini dinamakan semula sebagai Hotel Theme Park). Sejak tahun itu, tapak peranginan tersebut terus berkembang dengan enam buah hotel lagi dibina dalamnya. Hotel-hotel tersebut ialah Hotel Genting (kini Genting Grand, 1981), Awana (1984), Hotel Resort (1992), Hotel Highands (1997), Hotel First World (2001) dan Crockfords (2017).
  • Dua buah sistem kereta kabel telah dibina untuk menyediakan pengangkutan ke atas bukit: Awana Skyway dibina pada tahun 1977 dengan panjang 2.8 kilometer (1.7 bt) dan Genting Skyway dibina pada tahun 1997 dengan panjang 3.38 kilometer (2.10 bt).
  • Genting Highlands resort mula terlibat dalam industri taman hiburan dan hiburan dengan pelancaran Taman Tema Dalam pada tahun 1992, Taman Tema Luar pada tahun 1994 dan Arena of Stars pada tahun 1998.

Bandar baru[sunting | sunting sumber]

Gohtong Jaya

Gohtong Jaya merupakan bandar utama di Genting Highlands yang dinamakan sempena Lim Goh Tong, pengasas Genting Group dan Genting Highlands sendiri. Ia mempunyai beberapa kemudahan seperti hotel (termasuk satu cawangan Hotel Seri Malaysia), restoran, kedai, rumah, pangsapuri dan kawasan perumahan, sebuah pusat sukan, satu cawangan Institut Aminuddin Baki,[1] dua buah sekolah - Sekolah Kebangsaan Sri Layang dan Highlands International Boarding School/Sekolah Menengah Swasta Saleha dan dua stesen hilir untuk dua buah sistem kereta kabel yang mendaki ke puncak Genting Highlands - Awana Skyway di bahagian Pahang dan Genting Skyway di bahagian Selangor.[2][3][4]

Iklim[sunting | sunting sumber]

Genting Highlands memiliki iklim tanah tinggi subtropik seperti musim bunga, dengan suhu tahunan tidak melebihi 25 °C (77 °F) dan jarang turun ke bawah 10 °C (50 °F) setiap tahun.

Data iklim untuk Genting Highlands
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata tinggi °C (°F) 20.3
(68.5)
21.1
(70)
22.0
(71.6)
22.3
(72.1)
22.3
(72.1)
22.1
(71.8)
21.7
(71.1)
21.5
(70.7)
21.4
(70.5)
21.2
(70.2)
21.0
(69.8)
20.5
(68.9)
21.45
(70.61)
Min harian °C (°F) 16.0
(60.8)
16.5
(61.7)
17.1
(62.8)
17.7
(63.9)
17.8
(64)
17.6
(63.7)
17.1
(62.8)
17.0
(62.6)
17.0
(62.6)
17.0
(62.6)
16.9
(62.4)
16.4
(61.5)
17.01
(62.62)
Purata rendah °C (°F) 11.8
(53.2)
12.0
(53.6)
12.3
(54.1)
13.1
(55.6)
13.3
(55.9)
13.1
(55.6)
12.5
(54.5)
12.6
(54.7)
12.7
(54.9)
12.9
(55.2)
12.8
(55)
12.3
(54.1)
12.62
(54.71)
Kerpasan mm (inci) 250
(9.84)
165
(6.5)
232
(9.13)
259
(10.2)
203
(7.99)
112
(4.41)
103
(4.06)
120
(4.72)
173
(6.81)
258
(10.16)
310
(12.2)
278
(10.94)
2,463
(96.97)
Sumber: Climate data.org

Tarikan pelancong[sunting | sunting sumber]

Resorts World Genting[sunting | sunting sumber]

Resorts World Genting
Casino logo
Alamat Resorts World Genting, 69000 Genting Highlands, Bentong, Pahang, Malaysia
Tarikh pembukaan 27 April 1965
Bil. bilik 10466 (7 hotel)
Jumlah ruang perjudian Lebih 200,000 ka2 (19,000 m2)
Tarikan pengenalan First World Plaza
SkyAvenue
Genting Premium Outlets
Restoran ternama The Laughing Fish by Harry Ramsden
Burger & Lobster
Cafés Richard
Coffee Terrace
La Fiesta
e18hteen
LTITUDE
Malaysian Food Street
Motorino
The Olive
Pemilik Kumpulan Genting
(Genting Malaysia Berhad)
Tahun diubah suai Pelan Pelancongan Bersepadu Genting (2013–kini)
Laman sesawang www.rwgenting.com
Hotel First World.
Hotel Genting Grand.

Resorts World Genting (Singkatan: RWG), asalnya dikenali sebagai Genting Highlands Resort merupakan sebuah tempat peranginan bukit bersepadu yang dimiliki oleh Kumpulan Genting melalui anak syarikatnya Genting Malaysia Berhad yang terdiri daripada hotel, pusat beli belah, taman tema dan kasino. Ia merupakan tarikan pelancong utama stesen bukit tersebut, terletak dalam bahagian negeri Pahang di kawasan itu.

Tempat penginapan[sunting | sunting sumber]

Resorts World Genting mempunyai tujuh buah hotel dengan salah satu hotel merupakan sebuah tempat peranginan santai. Satu daripada tujuh tempat penginapan, First World Hotel memegang gelaran Rekod Dunia Guinness sebagai hotel terbesar dari 2006 hingga 2008 dan mendapatkan semula gelaran pada tahun 2015 dengan jumlah 7,351 bilik berikutan kesiapan Menara 3.[5]

Nama Hotel Tarikh pelancaran Huraian Penilaian bintang Bil. Bilik Ruj
Hotel Theme Park 1971 Dahulunya dikenali sebagai Hotel on the Park, hotel pertama dibuka di Genting Highlands. 3 bintang 448 [6]
Hotel Genting Grand 1981 Bangunannya terkenal dengan logo "Genting" besar di atas bumbungnya, yang boleh dilihat sejauh Petaling Jaya dan Subang Jaya (lebih 70 km jauh) pada hari yang cerah. 5 bintang 422 [7]
Awana 1984 Terletak kira-kira 4 km dari Resorts World Genting, Awana merupakan sebuah hotel peranginan dengan sebuah padang Golf, kolam renang dan kemudahan sukan yang lain. 5 bintang 413 [8]
Hotel Resort 1992 3 bintang 900 [9]
Hotel Highlands 1997 Stesen hulu Genting Skyway. 5 bintang 795 [10]
Hotel First World 2001 Mempunyai dua menara berwarna-warni yang ketara. 3 bintang 7,351 [11]
Crockfords 2017 5 bintang 138 [12]

Taman tema[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua taman tema di Resort World Genting: Taman Tema Luar dan Taman Tema Dalam - Skytropolis Funland. Taman Tema Luar Genting dibuka pada tahun 1994 dengan beberapa permainan termasuk sebuah perkhidmatan monorail. Ia ditutup secara sementara pada 1 September 2013.[13]

Taman Tema Dalam Skytropolis Funland, dahulunya dikenali sebagai Taman Tema Dalam Genting dan Taman Tema Dalam First World Plaza, dibuka pada tahun 1992. Ia ditutup dari Jun 2017 hingga Februari 2018 untuk pengubahsuaian.[14]

Kasino[sunting | sunting sumber]

Resorts World Genting merupakan kawasan kasino berasaskan tanah yang sah dalam negara. Terdapat dua pusat kasino utama dalam tempat peranginan tersebut, iaitu Genting Casino dan SkyCasino.

Pusat beli-belah[sunting | sunting sumber]

Kini terdapat empat pusat beli-belah di tempat peranginan tersebut. Pusat-pusat beli-belah tersebut ialah: Awana Sky Central,[15] First World Plaza,[16] Genting Highlands Premium Outlets,[17] dan Sky Avenue.[18]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Tempat peranginan tersebut mempunyai dua tempat persembahan dan sebuah panggung wayang.

  • Arena of Stars merupakan sebuah dewan konsert dengan kapasiti 5,132 tempat duduk.
  • Pentas Pertunjukan Antarabangsa Genting (Genting International Showroom) merupakan sebuah tempat hiburan multimedia dengan kapasiti 1,000 tempat duduk.
  • Bona Cinemas di Sky Avenue merupakan panggung wayang pertama francais tersebut di luar China dan terdiri daripada 6 dewan panggung wayang yang dipasang sistem bunyi Dolby Atmos dan sistem panggung wayang IMAX.[19]

Acara[sunting | sunting sumber]

Resorts World Genting pernah menganjurkan beberapa acara pada tahun yang lalu seperti upacara penyampaian anugerah, konsert dan pertandingan iaitu:

Genting Highlands menjadi garisan penamat bagi pusingan perlumbaan pertandingan lumba basikal Tour de Langkawi. Ia menjadi salah satu acara mendaki paling panjang (30 km) dalam sejarah acara lumba basikal.

Tarikan pelancong yang lain[sunting | sunting sumber]

Tarikan pelancong yang lain di Genting Highlands ialah Tokong Gua Chin Swee - tokong tunggal yang dinamakan bersempena sami China Kuno Qing Shui,[20] Masjid Yayasan Mohamed Noah - masjid tunggal yang dinamakan bersempena mendiang ahli politik dan pengasas bersama Kumpulan Genting Mohamed Noah Omar, Taman Peringatan Gohtong - tapak peringatan dan perkuburan mendiang pengasas Lim Goh Tong,[21] dua pusat pertanian Mini Cameron Highlands dan Genting Strawberry Leisure Farms dan apiari dan ladang entomologi tunggal - Happy Bee Farm.[22][23][24]

Politik[sunting | sunting sumber]

Sejak 2020, Genting Highlands juga merupakan sebuah daerah kecil autonomi dalam Daerah Bentong.[25][26]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Institut Aminuddin Baki Genting Highlands".
  2. ^ "Highlands International Boarding School".
  3. ^ "'Govt ready to partner with private sector' says PM Dahal". The Himalayan Times (dalam bahasa Inggeris). 2016-12-16. Dicapai pada 2017-01-30.
  4. ^ "Gohtong Jaya".
  5. ^ Genting's First World Recognized As World's Largest Hotel
  6. ^ Hotel Theme Park
  7. ^ Hotel Genting Grand
  8. ^ Laman sesawang Resorts World Awana
  9. ^ Hotel Resort
  10. ^ Hotel Highlands
  11. ^ Hotel First World
  12. ^ Crockfords
  13. ^ Taman Tema Luar
  14. ^ Taman Tema Dalam First World Plaza
  15. ^ Awana Sky Central
  16. ^ First World Plaza
  17. ^ Genting Highlands Premium Outlets
  18. ^ Sky Avenue
  19. ^ "China's Bona Film Group opens first overseas cineplex in Malaysia". channelnewsasia.com. February 25, 2018. Dicapai pada March 19, 2018.
  20. ^ Laman sesawang Tokong Chin Swee
  21. ^ Gohtong Memorial Park
  22. ^ Mini Cameron Highlands
  23. ^ Strawberry Farm
  24. ^ Happy Bee Farm
  25. ^ "Cukai tanah untuk industri turun". Harian Metro. Dicapai pada 28 October 2020.
  26. ^ "Pahang bentang belanjawan lebihan kali ke-17". Malaysia Dateline. Dicapai pada 28 October 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]