Going in Style (filem 2017)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Going in Style
PengarahZach Braff
PenerbitDonald De Line
Lakon layar olehTheodore Melfi
BerdasarkanGoing in Style oleh
Martin Brest
Dibintangi oleh
Muzik olehRob Simonsen
SinematografiRodney Charters
Disunting olehMyron I. Kerstein
Syarikat-syarikat
penerbitan
PengedarWarner Bros. Pictures[1]
Mula ditayangkan
30 Mac 2017 (2017-03-30)(SVA Theatre)
April 7, 2017 (AS)
Tempoh tayangan
96 minit[3]
NegaraAS
BahasaInggeris
Perbelanjaan$25 juta[4]
Pecah panggung$84.9 juta[4]

Going in Style merupakan filem komedi Amerika Syarikat 2017 arahan Zach Braff dan ditulis oleh Theodore Melfi. Filem ini merupakan pembikinan semula dari filem tahun 1979 dengan judul yang sama, dan ia dibintangi oleh Morgan Freeman, Michael Caine, Alan Arkin, Joey King, Matt Dillon, Christopher Lloyd, Ann-Margret dan John Ortiz.

Filem ini telah ditayangkan di SVA Theatre pada 30 Mac 2017 dan ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat pada 7 April 2017. Ia mengutip $84 juta seluruh dunia dengan bajet $25 juta.

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Joe, Willie, dan Albert tiga sekawan dari golongan warga emas yang mendiami di sebuah pangsapuri kecil di New York City. Suatu hari, sebuah bank telah di rompak dan Joe merupakan salah seorang mangsa yang menyaksikan rompakan itu berlaku oleh tiga orang individu yang memakai topeng hitam. Semasa rompakan itu, dia melihat ketua perompak tersebut yang tertera logo tatu pahlawan Mongol di lehernya sebagai satu-satunya pendorong yang dapat membantu pihak polis mengenali penjenayah rompakan tersebut. Walau bagaimanapun, ketua perompak itu bersimpati dengan Joe apabila dia mengetahui tentang keadaan kewangan semasa yang dibangkitkan oleh pihak bank. Tetapi mereka tetap berjaya melarikan diri dengan wang tersebut dianggarkan lebih dari $ 1.6 juta dollar Amerika.

Mereka bertiga bekerjasama dengan pihak polis untuk menyiasat mengenai rompakan tersebut. Joe meramalkan ianya agak sukar dan mendapati bahawa dia, anak perempuan, Rachel, dan cucu lelakinya, Brooklyn, akan kehilangan tempat tinggal dalam masa kurang dari 30 hari kerana rumahnya bakal disita. Manakala Willie pula mendapati dia disahkan menghidap penyakit kegagalan buah pinggang dan memerlukan pemindahan dan lebih mengecewakan lagi kerana situasi kewangannya. Putus asa, tiga sahabat memutuskan untuk merompak bank dengan tersusun agar dana pencen mereka kembali stabil dan mengambil kembali apa yang mereka mahukan selama ini.

Diilhamkan dari pengalamannya memerhatikan terhadap rompakan kelmarin, Joe memulakan idea itu , pada mulanya Albert dan Willie tidak bersetuju, tetapi akhirnya mereka bersetuju dengan niat untuk mengambil semula dana pencen yang berada di dalam bank tersebut. Joe, Willie, dan Albert menyamar sebagai The Pack Rat dengan nama samarannya seperti (Frank Sinatra, Dean Martin, dan Sammy Davis, Jr) bahawa tiada siapa yang akan tercedera. Rompakan itu nyaris menemui kegagalan apabila Willie terjatuh dan seorang saksi kanak-kanak melihatnya ketika dia memperbetulakan topeng muka bagi membolehkannya dia bernafas dengan lebih baik. Saksi tersebut juga dapat mengecam seutas jam tangan di pergelangan tangan kanannya. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga mereka berjaya melarikan diri dengan anggaran lebih daripada $ 2.3 juta dollar Amerika. Mereka kemudiannya ditangkap kerana disyaki oleh FBI kerana terlibat dengan rompakan di sebuah kedai runcit dan sebuah bank dalam hari yang sama melalui Detektif Hamer selepas pengurus dari kedai runcit dapat mengecam tindak tanduk Al berjalan dari rakaman kamera CCTV di kedai tersebut.

Detektif Hamer juga menyakinkan pihak polis bahawa mereka bertiga terlibat dengan rompakan bank tersebut. Dengan menggunakan seorang saksi kanak-kanak untuk membuat pengecaman terhadap Willie. Dia enggan mengenal Willie. Dan Hamer mengesahkan kes ditutup kerana kekurangan bukti kes. Dalam masa yang sama, Willie mengalami masalah kegagalan buah pinggang dan hampir meninggal dunia. Willie memerlukan sebiji buah pinggang dari penderma yang sesuai. Ini membuatkan Al bersetuju untuk mendermakan ssbelah buah pinggangnya kepada Willie. Kos pembedahan tersebut digunakan sepenuhnya sehingga kedua-dua mereka pulih. Selebihnya bahagian wang tersebut juga digunakan untuk membantu selebihnya kepada keluarga, sahabat handai, kawan, bekas rakan sekerja dan rakan-rakan di perjiranan tersebut.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Film releases". Variety Insight. Dicapai 2016-12-27. 
  2. ^ http://www.the-numbers.com/movie/Going-in-Style-(remake)
  3. ^ "Going in Style (2017)". AMC Theatres. Dicapai March 9, 2017. 
  4. ^ a b "Going in Style (2017)". Box Office Mojo. Dicapai August 3, 2017. 
  5. ^ "Morgan Freeman, Michael Caine, Alan Arkin star in 'Going in Style'". The Philippine Star. 13 August 2015. Dicapai 15 November 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]