Parti Golongan Karya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Golkar)
Jump to navigation Jump to search
Parti Golongan Karya
KetuaAirlangga Hartanto
Diasaskan1964
Warna rasmiKuning

Parti Golongan Karya (Parti Golkar) merupakan parti politik yang terbesar di Indonesia. Ia bermula dengan kebangkitan Sekber Golkar oleh angkatan darat pada akhir pemerintahan Presiden Sukarno untuk menandingi pengaruh Parti Komunis Indonesia dalam bidang politik. Dalam perkembangannya, Sekber Golkar menukarkan gelarannya kepada "Golongan Karya" dan menjadi salah satu peserta dalam pilihan raya.

Dalam Pilihan raya 1971 (pilihan raya yang pertama dalam pemerintahan Perintah Baru Presiden Suharto, Golongan Karya termuncul sebagai pemenang, dan kemenangan ini diulangi pada pilihan raya-pilihan raya yang seterusnya, yakni Pilihan raya 1977, 1982, 1987, 1992, dan 1997. Kejadian ini dapat dimungkinkan kerana pemerintahan Suharto membuat kebijakan-kebijakan yang sangat mendukung kemenangan Golkar, seperti peraturan monoloyalitas PNS dan sebagainya.

Pada penamatan pemerintahan Suharto dan semasa reformasi bergulir, Golkar menukarkan gelarannya sekali lagi menjadi "Parti Golkar", dan untuk kali pertama, mengikuti pilihan raya tanpa apa jua bantuan seperti yang terdapat pada masa pemerintahan Suharto. Pada Pilihan raya 1999 yang diselenggarakan oleh Presiden Jusuf Habibie, perolehan Parti Golkar turun menjadi peringkat kedua.

Ketidakpuasan terhadap pemerintahan Megawati menjadi salah satu sebab rakyat Indonesia mengembalikan Parti Golkar di Pilihan raya 2004. Parti Golkar sekarang dipimpin oleh Airlangga Hartanto, Ketua Umum DPP Golkar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]