Golongan kata (bahasa Melayu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

bungkusan Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat kelas utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.[1] Ini berdasarkan huraian bahawa kata nama, kata adjektif, dan kata kerja dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya. Manakala kelas kata yang lain (kata sendi, kata keterangan, kata hubung, kata seru dan kata sandang) pula tidak dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya, tetapi dapat bertugas untuk menentukan makna sesuatu ayat. Oleh kerana itu ia boleh dimasukkan dalam kelas kata tugas.[2]

Lalu, kata-kata dalam bahasa Melayu dapat digolongkan kepada kelas-kelas berlainan iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, kata sendi, kata keterangan, kata hubung, kata seru dan kata sandang.

Seterusnya, empat kelas utama itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata kerja dan kata adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktor sintesis dan semantik.

Kata Nama[sunting | sunting sumber]

Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.

Kata kerja[sunting | sunting sumber]

Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Kata adjektif[sunting | sunting sumber]

Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa ditulis dengan huruf condong).

Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Kata tugas[sunting | sunting sumber]

Kata keterangan[sunting | sunting sumber]

Kata keterangan ialah kata yang menyertai dan menerangkan kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan yang lain.

Kata sendi[sunting | sunting sumber]

Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.

Kata hubung[sunting | sunting sumber]

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

Kata seru[sunting | sunting sumber]

Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.

Kata sandang[sunting | sunting sumber]

Kata sandang ialah kata penyerta yang bertugas untuk membendakan dan membezakan kata atau frasa yang disertainya.

Kata tanya[sunting | sunting sumber]

Kata yang menunjukkan persoalan. Adakah, bagaimanakah, siapakah, apakah, bilakah dan lain-lain

Kata perintah[sunting | sunting sumber]

Kata perintah yang bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar. Dan juga melihatnya akan, (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. 2008. Tatabahasa Dewan ed. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. ^ Asraf. 2007. Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.