Gombak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Daerah Gombak
ڬومبق
Daerah Gombak Highlighted in the State of Selangor, Malaysia.svg
Geografi
StatusDaerah
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Gombak
Keluasan65,008 Hektar

Gombak merupakan sebuah daerah di dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Daerah Gombak merupakan daerah termuda yang terbentuk di Selangor daerah ini dahulunya merupakan daerah Kuala Lumpur yang kini telah terpisah apabila sebahagian daripada daerah tersebut diberikan kepada Kerajaan Persekutuan yang membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebahagian daripada daerah Kuala Lumpur itu membentuk daerah yang baharu iaitu daerah Gombak yang terbentuk pada 1 Februari 1974.

Daerah Gombak bersempadan dengan daerah Hulu Selangor di bahagian utara,daerah Kuala Selangor di bahagian barat, daerah Petaling dan WP Kuala Lumpur di bahagian selatan, negeri Pahang Darul Makmur di bahagian timur dan daerah Hulu Langat di bahagian tenggara

Daerah Gombak merangkumi kawasan-kawasan yang disusun semula seperti berikut:

  1. Sebahagian Mukim Ampang - Peralihan daripada daerah Hulu Langat
  2. Mukim Ulu Klang - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
  3. Sebahagian Mukim Setapak - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
  4. Sebahagian Mukim Batu - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
  5. Mukim Rawang - Peralihan daripada daerah Hulu Selangor & Kuala Selangor

Daerah ini terletak di kawasan Lembah Klang dan bersempadan dengan:

Keluasan Daerah Gombak merangkumi 65,008 hektar. Keluasan ini ialah yang ketiga terkecil berbanding dengan daerah-daerah lain dalam negeri Selangor.

Muka bumi[sunting | sunting sumber]

Keadaaan rupa bumi daerah ini adalah berbukit-bukit di kawasan timur, sebahagian kawasan utara dan barat. Manakala di kawasan tengah, keadaan tanah melebihi kepada tanah pamah. Sungai-sungai utama yang mengalir daerah ini ialah Sungai Gombak, Sungai Klang, Sungai Batu dan sungai Buloh.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Penduduk daerah ini majoritinya adalah penduduk Melayu dan beragama Islam. Jumlah populasi kaum yang lain di daerah ini amatlah kurang.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran Daerah Gombak berpusat di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dan dibantu oleh dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Daerah Gombak terbahagi kepada 5 Mukim. Mukim Rawang I merupakan mukim terbesar diikuti pula oleh Mukim Rawang II, Mukim Batu, Mukim Setapak dan Mukim Hulu Kelang. Terdapat 50 buah kampung di daerah Gombak ini, ia terdiri daripada 35 buah Kampung Tradisi, 9 buah Kampung Tersusun,4 buah Kampung Baru dan 8 buah kampung orang asli.

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Rawang
  2. Mukim Batu
  3. Mukim Setapak
  4. Mukim Hulu Kelang
  5. Mukim Ampang

Pembahagian Kawasan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua Parlimen di daerah Gombak:

Dewan Undangan Negeri (DUN)[sunting | sunting sumber]

Kemudahan Awam[sunting | sunting sumber]

Balai Polis[sunting | sunting sumber]

  • Balai Polis Taman Melawati
  • Balai Polis Hulu Kelang
  • Balai Polis Ukay Perdana

Hospital[sunting | sunting sumber]

  • Hospital Ampang

Hospital Ampang terletak di bahagian timur daerah Gombak

  • Hospital Selayang

Hospital Selayang terletak di bahagian barat daerah Gombak

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

  1. Zoo Negara
  2. Batu Caves
  3. Hutan Lipur Sungai Tua
  4. Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak
  5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  6. Kem Modal Insan Kewaja Taman Seri Gombak
  7. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
  8. Sungai Rumput Batu 12 Gombak
  9. Alang Sedayu (Kawasan Perkhemahan) Batu 12 Gombak
  10. Genting Hidayat (Air Terjun) Batu 18 Gombak
  11. Hutan Lipur Templer Park
  12. Kolam air panas selayang
  13. Taman metropolitan (tempat permainan layang-layang)
  14. Melawati Mall
  15. ATV Theme Park Kemensah
  16. Bukit Tabur

Pusat Membeli-Belah[sunting | sunting sumber]

Ampang

  1. Aeon Big Ampang
  2. Tesco Ampang
  3. Giant Bukit Antarabangsa
  4. Giant Pandan Capital

Hulu Kelang

  1. Giant Taman Permata
  2. Melawati Mall

Setapak

  1. Giant Batu Caves

Batu

  1. Selayang Mall
  2. Selayang Capitol Complex
  3. Selayang City Mall

Rawang

  1. Aeon Rawang
  2. Tesco Rawang
  3. Giant Rawang

Institusi pedidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak[1]
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat (SMART)
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang (SMK Hulu Kelang)
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas
  12. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang
  13. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang
  14. Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan
  15. Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Baru
  16. Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong
  17. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan
  18. Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Height
  19. Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang
  20. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing
  21. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa
  22. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang
  23. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading
  24. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh
  25. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra
  26. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri
  27. Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman
  28. Sekolah Menengah Teknik Gombak
  29. Sekolah Menengah Teknik Selangor, Sungai Buloh
  30. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak
  31. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang
  32. Sekolah Agama Menengah Rawang
  33. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati
  34. Sekolah Menengah Lembah Keramat
  35. Sekolah Menengah Sri Keramat
  36. Sekolah Menengah Hulu Kelang
  37. Sekolah Menengah Gombak Setia

Sekolah Rendah[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Kebangsaan Taman Samudera
  2. Sekolah Kebangsaan (1) Gombak
  3. Sekolah Kebangsaan Taman Selasih
  4. Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis
  5. Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak
  6. Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2
  7. Sekolah Rendah Agama Al-Kauthar, Taman Seri Gombak
  8. Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat
  9. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang
  10. Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi (SETIABUDI)
  11. Sekolah kebangsaan Gombak Utara
  12. Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri
  13. Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2
  14. Sekolah Rendah Agama As-Siddiqin
  15. Sekolah Kebangsaan Taman Setia
  16. sekolah kebangsaan (2) taman keramat
  17. sekolah kebangsaan (1) taman keramat

Hulu Kelang

  1. Sekolah Kebangsaan Taman Melawati
  2. Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2
  3. Sekolah Kebangsaan Taman Permata
  4. Sekolah Kebangsaan Kampung Klang Gates Baharu
  5. Sekolah Kebangsaan Ulu Kelang

Maahad Tahfiz[sunting | sunting sumber]

  1. Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah
  2. Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum
  3. Maahad Tahfiz Baitul Ehsan
  4. Maahad Tahfiz Al-Wildan
  5. Maahad Tahfiz Al-Tijarah
  6. Maahad Tahfiz Al-Munawwarah
  7. Maahad Tahfiz Al-Ridhwan
  8. Maahad Tahfiz An-Nasr
  9. Maahad Tahfiz Imam As-Syafie
  10. Maahad Tahfiz Darul Muhibbin
  11. Maahad Tahfiz Al-Itqaan
  12. Akademi Darul Huffaz

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]