Gonatopus (tumbuhan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gonatopus
Gonatopus boivinii dalam penanaman.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Subkeluarga: Zamioculcadoideae
Genus: Gonatopus
Hook.f. ex Engl.
Spesies

Lihat teks

Gonatopus ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Araceae yang terdiri daripada kira-kira lima spesies. Genus ini datang dari timur dan tenggara Afrika dan berkait rapat dengan Zamioculcas. Tumbuhan ini selalunya mengeluarkan hanya satu daun dari umbinya ketika dalam pertumbuhan. Untuk G. boivinii, daunnya tiga lelipan (tripinnate), dengan tangkai mampu mencapai lebih daripada 1 m ketinggian dan 40 cm lebar; anak daun berasingannya melebihi 10 cm panjang dan 3.5 cm lebar. Untuk G. angustus pula daunnya boleh mencapai 1.5 m tinggi. Seludang muncul dari umbi pada lewat musim bunga.[1]

Penanaman dan kegunaan[sunting | sunting sumber]

Gonatopus yang paling kerap ditemukan dalam himpunan dan penanaman persendirian ialah Gonatopus boivinii, yang sering disebut "lutut zirafah" (giraffe knee). Nama ini muncul dari penampilan keratan membengkak tangkai daun yang disebut buku daun. 

Memandangkan Gonatopus boivinii bersusur galur tropika, di kawasan beriklim sedang, ia harus ditanam menjadi tumbuhan rumah. Ia ditanam selaku tanaman hiasan untuk daun berbelaknya yang menarik. Tanah pasu yang dicampurkan sedikit sabut agak baik untuk tumbuhan ini. Tumbuhan ini harus tersimpan lembap dan subur setiap dua minggu sekali dengan baja ringan semasa musim pertumbuhan.

Tumbuhan ini harus tersimpan hangat, dalam sinaran terang atau sedikit teduh. Selepas musim pertumbuhan, umbinya boleh digali dan disimpan menyamai bunga sarang tebuan. Tumbuhan ini boleh dibiakkan melalui keratan ataupun benih.

Spesies terpilih[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gonatopus Engl". Plants of the World Online (dalam bahasa Inggeris). Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 21 Februari 2022.