Google Images
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
![]() | |
Jenis laman web | Enjin carian |
---|---|
Terdapat dalam bahasa | Pelbagaui bahasa (~100) |
Pemilik | Google Inc. (anak syarikat Alphabet Inc.) |
URL | images.google.com |
Komersial | Ya |
Pendaftaran | Pilihan |
Google Images adalah perkhidmatan carian yang dimiliki oleh Google yang membolehkan pengguna mencari Web untuk kandungan imej.[1] Pada tahun 2011, fungsi carian imej terbalik telah ditambah kepadanya.
Apabila mencari imej, lakaran kecil bagi setiap imej yang sepadan dipaparkan. Apabila pengguna mengklik pada imej kecil, imej dipaparkan dalam saiz yang lebih besar, dan pengguna boleh melawat halaman di mana imej itu digunakan.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Ia diperkenalkan pada 12 Julai 2001 untuk memenuhi permintaan pencarian berasaskan gambar berikutan perhatian yang diberikan terhadap gambar Jennifer Lopez memakai suatu pakaian sutera hijau Versace semasa acara Anugerah Grammy ke-42 yang tidak dapat dikendalikan oleh carian Google biasa.[2][3]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Zipern, Andrew. "A Quick Way to Search For Images on the Web." New York Times. 12 July 2001. Retrieved 13 September 2009.
- ^ "Google It! Jennifer Lopez Wears That Grammys Dress—The One That Broke the Internet—20 Years Later at Versace". Vogue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-21.
- ^ "J. Lo Shuts the Versace Runway Down in the Iconic Green Dress That Inspired Google Images". Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-21.