Peta Google

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Google Maps)
Google Earth
Google Earth
Maklumat umum
URLwww.google.com/maps
JenisPemetaan web
Ditubuhkan8 Februari 2005 Edit the value on Wikidata
IdeologiGeografi
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikMuhammad Alif Adha Bin Samad
PenciptaGoogle Edit the value on Wikidata
PengasasJens Eilstrup Rasmussen (en) Terjemah dan Lars Rasmussen (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Kandungan dan sokongan
Sokongan IPv6IPV6
KomersialYa
PendaftaranPilihan, termasuk dengan Google Account
PenggunaMuhammad Alif Adha Bin Samad
Pelantar disokongMesin maya Java Edit the value on Wikidata
Ditulis dalamC++, JavaScript, XML dan Ajax Edit the value on Wikidata
Pembangun webGoogle Edit the value on Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatMalaysia
Negara asalMalaysia
Pautan luar berkaitan
Blog rasmi
Pautan lainFacebook: GoogleMaps Twitter: googlemaps Instagram: googlemaps Youtube: UCnIQPPwWpO_EFEqLny6TFTw Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Peta Google (bahasa Inggeris: Google Maps) ialah perkhidmatan pemetaan web yang dibangunkan oleh Google. Ia menawarkan ciri-ciri pengimejan satelit, peta jalan, pemandangan panorama jalan 360° (Google Street View), keadaan lalu lintas (Google Traffic), dan perancangan laluan untuk perjalanan dengan berjalan kaki, kereta, basikal (beta), atau pengangkutan awam. Lebih 1 bilion orang menggunakan khidmat ini serata dunia pada tahun 2021.[1]

Google Maps bermula sebagai suatu pengaturcaraan atas meja C++ dibangunkan Where 2 Technologies. Pada Oktober 2004, syarikat tersebut diperolehi oleh Google, yang mengubah produk ini menjadi suatu aplikasi web. Pengaturcaraan ini dilancarkan pada bulan Februari 2005 selepas pengambilalihan tambahan syarikat visualisasi data geospatial dan penganalisis trafik masa nyata. Bahagian depan perkhidmatan menggunakan JavaScript, XML, dan Ajax. Peta Google menawarkan API yang membolehkan peta dibenamkan pada laman web pihak ketiga,[2] dan menawarkan pencari untuk perniagaan bandar dan organisasi lain di banyak negara di seluruh dunia. Google Map Maker membenarkan pengguna mengembangkan dan mengemas kini pemetaan perkhidmatan di seluruh dunia tetapi telah dihentikan dari Mac 2017. Bagaimanapun, sumbangan yang diberikan kepada Google Maps tidak dihentikan apabila syarikat mengumumkan bahawa ciri-ciri tersebut akan dipindahkan ke program Google,,Local Guides.

Pemandangan terjana dari satelit Google Maps ialah pandangan jenis "atas ke bawah" atau "mata burung"; kebanyakan imejan lerai tinggi di bandar yang diperolehi ialah fotografi udara diambil dari pesawat yang terbang pada kelajuan 800 hingga 1,500 kaki (240 hingga 460 m) manakala kebanyakan imejan lain diperolehi dari lintasan satelit. Banyak imejan satelit yang tersedia tidak lebih daripada tiga tahun dan dikemas kini secara tetap.[3] Pemetaan Google sebelum ini didasarkan kepada unjuran Mercator yang tidak dapat menunjukkan kawasan-kawasan sekitar kutub dengan tepat; pilihan glob tiga dimensi mula disediakan pada versi desktop Google Maps dikemas kini bulan Ogos 2018.

Versi baru aplikasi desktop yang direka bentuk semula dibuat pada 2013, bersamaan dengan versi "klasik" (pra-2013). Peranti Google Maps untuk Android dan iOS dikeluarkan pada bulan September 2008 dan dilengkapi navigasi GPS demi belokan berserta dengan ciri bantuan parkir khusus. Pada bulan Ogos 2013, ia bertekad untuk menjadi aplikasi paling popular di dunia untuk telefon pintar, dengan lebih daripada 54% pemilik telefon pintar global menggunakannya sekurang-kurangnya sekali.

Pada tahun 2012, Google melaporkan mempunyai lebih daripada 7,100 pekerja dan kontraktor yang terus bekerja dalam pemetaan.

Ciri[sunting | sunting sumber]

  • Pencari laluan terancang[4] boleh ditetapkan mengikut kenderaan dipilih termasuk berjalan kaki atau pengangkutan awam[5]
  • Google Street View: pemandangan panorama jalan-jalan serata dunia dikait dalam ruang maya interaktif
  • Kebolehan mencatatkan perkembangan jalan raya termasuk halangan, kemalangan, kerja raya dan sebagainya[6]
  • Pengumpulan butiran maklumat perniagaan tercatat dalam peta[7] yang boleh dimasukkan para peniaga sendiri[8]
  • Earth Timelapse: pemerhatian perubahan muka bumi janaan lebih 15 juta imej satelit yang terkumpul sepanjang tempoh lebih 37 tahun[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Google Earth". Google Earth. Dicapai pada 1 April 1927. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ "Google Earth". Https://Google.earth.com/. External link in |website= (bantuan)
  3. ^ "How Often is Google Maps and Google Earth Updated?". Google Maps. October 18, 2011 [1400]. Diarkibkan daripada yang asal pada December 3, 2013. Dicapai pada November 24, 2013.
  4. ^ Luckerson, Victor (February 9, 2015). "10 Google Maps Tricks You Need to Know". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada February 9, 2015. Dicapai pada December 7, 2017.
  5. ^ "Get directions and show routes". Google Maps Help. Google Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada July 2, 2016. Dicapai pada December 7, 2017.
  6. ^ Tseng, Sandra (17 Oktober 2019). "New ways to report driving incidents on Google Maps". Google Blogs (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 April 2020.
  7. ^ "The Google Local map results have "merged" our listing with another in the same building – Maps Help". April 22, 2009. Dicapai pada January 13, 2010.
  8. ^ "How to Put Your Business on Google Maps". Spark SEO. Dicapai pada June 23, 2020.
  9. ^ Smith, Chris (15 April 2021). "Google Earth's new time travel feature is a gigantic bummer". Trusted Reviews (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 April 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]