Gopal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gopal A.R. Kumar
Watak BoBoiBoy
Kemunculan pertama BoBoiBoy Musim 1, Episod 1 (2011)
Kemunculan terakhir Akan diumumkan...
Disuarakan oleh Dzubir Mohammed Zakaria (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Disney Channel)
Ryan Lee Bhaskaran (Bahasa Inggeris YouTube dan Disney Channel)
M. Irfan B.S. (Bahasa Indonesia)
Informasi
Nama panggilanGopal
Pizza Boy (Adu Du)
Arumugam (BoBoiBoy)
Gopalji, Gopalroka (Gopal)
Mama (Anak Raksasa Gurunda)
GelaranGopal Kumar
SpesiesManusia
JantinaLelaki
PekerjaanWira
Pelajar di Sekolah Rendah Pulau Rintis
Kadet dalam TAPOPS
KeluargaPakcik Kumar (Bapa)
AgamaHindu
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

Gopal (lahir di Penang, 20 Jun 2000; umur 19 tahun) adalah kawan baik BoBoiBoy yang sentiasa menyokong kawan-kawannya. Gopal sangat suka pada makanan, terutamanya koko khas Tok Aba. Oleh disebabkan itu, Gopal mempunyai kuasa manipulasi molekul, yang membolehkan dia untuk menukarkan objek menjadi makanan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Tidak banyak yang diketahui mengenai kehidupan awal Gopal. Diasumsikan bahawa dia tinggal bersama ibu bapanya. Dia juga mengunjunginya kedai koko Tok Aba, sebagai salah satu tempat kegemaran kedai, sering meminta minuman percuma.

Rupa-rupanya, apabila dia didaftarkan di sekolah, bapanya, Pakcik Kumar, memberikan tarikh lahirnya Gopal yang salah dan akibatnya, dia dimasukkan ke dalam kelas BoBoiBoy.

BoBoiBoy[sunting | sunting sumber]

Musim 1[sunting | sunting sumber]

Gopal adalah rakan karib kepada BoBoiBoy yang berkenalan setelah berjumpa di Tok Aba's Kokotiam. Semenjak hari itu, mereka mula menjadi erat dan sering menghabiskan masa lapang mereka dengan bermain bersama-sama, sama ada di dalam ataupun luar rumah. Semenjak Gopal berkawan dengan BoBoiBoy juga, dia sering meminta Tok Aba memberikan minuman percuma dan disebabkan oleh itu, Gopal banyak berhutang dengan Tok Aba.

Selepas Gopal diberikan Jam Kuasa oleh Ochobot, dia mendapat kuasa menukar benda menjadi makanan. Dengan kuasanya, Gopal boleh menukarkan apa-apa sahaja objek menjadi apa-apa sahaja maanan yang terlintas di fikirannya. Walaupun begitu, Gopal sering menyalahgunakan kuasanya dengan menukarkan objek menjadi makanan yang tidak sihat dan setelah Gopal mendapat nasihat daripada Yaya, Gopal mula berlatih untuk menukarkan objek menjadi makanan yang lebih sihat.

Musim 2[sunting | sunting sumber]

Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, Gopal merupakan Penolong Ketua Kelas dalam kelas 5 Jujur. Akan tetapi, Gopal sebenarnya adalah tua setahun daripada rakan-rakan sedarjahnya. Gopal pernah menceritakan, sewaktu dia didaftarkan di sekolah dahulu, bapanya, Pakcik Kumar telah memberikan tarikh lahir Gopal yang salah dan disebabkan oleh itu, dia dimasukkan ke dalam kelas yang sama dengan BoBoiBoy.

BoBoiBoy: The Movie[sunting | sunting sumber]

Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. Gopal bersama kawan-kawannya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Sfera Kuasa.

BoBoiBoy Galaxy[sunting | sunting sumber]

Tiga tahun telah berlalu sejak peristiwa yang telah berlaku dalam filem, Gopal dan BoBoiBoy berasa bosan apabila tidak dapat menggunakan kuasa mereka kerana alien jahat tidak lagi datang ke Bumi dan membuat kacau. Pada suatu hari, Ochobot tiba-tiba dihubungi oleh Cici Ko dan meminta tolong daripada mereka. Setelah bersetuju untuk membantunya mencari dan melindungi Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi sebagai ahli dalam, Gopal dan yang lain mengembara di galaksi dan tidak dibenarkan untuk berada di Bumi buat sementara waktu.

Kuasa[sunting | sunting sumber]

Templat:Stat

Kuasa Manipulasi Molekul[sunting | sunting sumber]

Gopal mengetahui jenis kuasanya agak lewat daripada kawan-kawannya kerana Ochobot lupa akibat dia ditendang oleh BoBoiBoy. Jadi, Gopal cuba mencari kuasanya sendiri dengan mencuba pelbagai cara, antaranya ialah menangkap benda dalam gelap, menjadi kebal, menembak laser dari mata, mengangkat sebuah lori, bernafas di dalam air, menggerakkan objek, terbang di udara dan teleport, tetapi tidak satupun berjaya. Akhirnya, kuasa Gopal terserlah dalam Musim 1, Episod 4 iaitu menukarkan objek menjadi makanan dengan hanya menyentuh objek itu. Gopal pernah cuba menukarkan BoBoiBoy menjadi coklat, tetapi terbukti bahawa kuasa ini tidak berkesan terhadap manusia. Kuasa Gopal bertambah kuat apabila dia berasa takut semasa sedang menggunakan kuasanya.

Walau bagaimanapun, kuasa Gopal telah didedahkan adalah Kuasa Manipulasi Molekul. Dengan kuasa ini, Gopal boleh menukarkan satu objek menjadi objek lain dan juga boleh menukarkannya semula menjadi objek asal. Dahulunya, sebab kenapa Gopal selalu menukarkan objek menjadi makanan adalah kerana makanan sentiasa terlintas di fikirannya.

Dalam BoBoiBoy: The Movie, Gopal telah menerima peningkatan ke tahap kedua bagi kuasanya. Peningkatan kuasa ini membolehkan dia untuk menukarkan molekul-molekul di dalam dirinya menjadi elemen-elemen seperti emas, besi, berlian, getah dan sebagainya mengikut citarasa Gopal. Dengan ini, seluruh tubuh Gopal menjadi kebal dan amat sukar untuk dihancurkan. Penukaran ini juga membolehkan Gopal untuk menyerang musuhnya dengan kekuatan daripada elemen-elemen itu.

Tahap 1
BoBoiBoy
  • Sentuhan Kuih Koci Mak Timah: Gopal menukarkan tangan Super Makcik Probe menjadi kuih koci Mak Timah.
  • Tukaran Biskut Yaya: Gopal menukarkan besi dan tayar menjadi biskut Yaya.
  • Tukaran Nasi Goreng Kampung: Gopal menukarkan selipar-selipar menjadi nasi goreng kampung.
  • Tukaran Cekodok Pisang: Gopal menukarkan buih-buih mimpi milik Raksasa Tidur menjadi cekodok pisang.
  • Tukaran Semula: Gopal menukarkan sesuatu makanan menjadi objeknya yang asal.
  • Tukaran Keropok: Gopal menukarkan sebuah bekas menjadi keropok.
  • Tukaran Gula Kapas: Gopal menukarkan sebiji bola sepak menjadi gula kapas.
  • Tukaran Biskut Rangup: Gopal menukarkan Tanah Pelindung yang dihasilkan oleh BoBoiBoy Gempa menjadi biskut rangup.
  • Tukaran Ikan Kering: Gopal menukarkan sehelai daun menjadi seekor ikan kering.
  • Tukaran Cekedik: Gopal menukarkan semua peluru dan tembakan yang dihasilkan oleh Robot PETAI menjadi cekedik.
  • Tukaran Jeli: Gopal ingin menukarkan pintu bilik kebal menjadi jeli, tetapi terhenti apabila diugut oleh Rob.
  • Tembakan Molekul: Gopal menukarkan Naga Bayang yang dihasilkan oleh Ejo Jo menjadi molekul, namun tidak berjaya.
  • Tukaran Sejari: Gopal menukarkan batu-batu di permukaan Bulan menjadi emas dan berlian.
  • Tukaran Jalan Majerin: Gopal menukarkan jalan raya menjadi jalan yang licin.
  • Tukaran Onion Ring: Gopal menukarkan kuasa Gegelang Bawang yang dihasilkan oleh Raksasa Bawang menjadi gegelang bawang.
  • Tukaran Ayam Goreng: Gopal membaling botol-botol lalu menukarkannya menjadi ayam goreng.
  • Tukaran Muruku: Gopal menukarkan Bonjolan Tanah yang dihasilkan oleh BoBoiBot Gempa menjadi muruku yang kemudiannya pecah dan rapuh.
  • Tukaran Pau Kacang: Gopal menukarkan penyepit perisai kepunyaan Raksasa Perisai menjadi pau kacang.
  • Tembakan Roti Perancis: Gopal menukarkan penyepit perisai Raksasa Perisai menjadi roti Perancis.
  • Tembakan Keropok Lekor: Gopal menukarkan badan perisai kepunyaan Raksasa Perisai menjadi keropok lekor.
  • Tembakan Donut Lobak Merah: Gopal menukarkan sampah-sampah menjadi dua donut lobak merah.
  • Tembakan Roti Canai: Gopal menukarkan serangan Lahap menjadi roti canai.
  • Tukaran Sayur-sayur Ulam: Gopal menukarkan besi-besi kapal angkasa Kaizo menjadi sayur ulam.
  • Tukaran Sotong Goreng Tepung: Gopal menukarkan Kurita menjadi sotong goreng tepung. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Tukaran Biskut: Gopal tidak menukarkan objek lain kepada yang lain, tetapi menutupi muka dan sebahagian tubuh badannya dengan sekeping biskut untuk mengelak dari diserang. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
BoBoiBoy Galaxy
  • Tukaran Gula-gula Pusing: Gopal menukarkan pokok yang besar menjadi gula-gula pusing yang berwarna merah jambu.
  • Tembakan Makanan: Gopal menukarkan sesuatu objek menjadi makanan. Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 9, Gopal cuba menukarkan BoBoiBoy Tanah menjadi makanan, tetapi Tanah menggunakan Tanah Pelindung dan ditukarkan menjadi makanan dan ulat busuk.
  • Tembakan Spageti Makcik Kantin: Gopal menukarkan lembing pencangkuk menjadi spageti.
  • Kenderaan - Kereta: Sebuah kenderaan istimewa yang diberikan oleh MotoBot yang menyerupai kereta.
    • Tembakan Makanan: Dengan menggunakan kenderaannya, Gopal boleh mengadaptasi kuasanya dengan kenderaan tersebut, yang membolehkan dia menggunakan kuasa tukaran makanannya dari kenderaan itu.
  • Tukaran Gula-gula Getah: Gopal menukarkan pokok-pokok kaktus di Planet Gurunda menjadi gumpalan gula-gula getah.
  • Tembakan Sniper Gula Kapas: Gopal melepaskan beberapa tembakan ke arahnya musuhnya yang akan menukar musuhnya kepada gula kapas.
  • Tukaran Cekodok Coklat: Gopal menukarkan batu-batu menjadi cekodok coklat.
  • Tukaran Makanan Kucing: Gopal menukarkan bekas-bekas di atas meja menjadi makanan-makanan kucing.
  • Tukaran Sebakul Ikan: Gopal menukarkan konco-konco lanun menjadi bakul kayu rotan yang dipenuhi dengan ikan-ikan laut.
  • Tembakan Gula Sagu: Gopal menukarkan tongkat milik Jokertu menjadi gula sagu.
  • Tembakan Sniper Makanan: Gopal menukarkan senjata-senjata dari punggung Mecha Probe menjadi biskut ketika mencuba menembak bungkusan-bungkusan dobi dengan Tembakan Lumpur.
  • Tembakan Nasi Lemak: Gopal cuba untuk menukarkan Raksasa Batu menjadi nasi lemak, tetapi tidak ada kesan kerana mereka merupakan makhluk hidup. Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 24, Gopal menukarkan objek logam menjadi nasi lemak apabila salah satu objek hampir melanda Gopal tetapi tepat pada waktunya.
  • Tembakan Katak Panggang: Gopal hampir cuba menukarkan BoBoiBoy Daun menjadi katak panggang, membuat "tuannya" Katakululu kecewa padanya.
  • Tembakan Ulat Panggang: Gopal cuba menembak BoBoiBoy Daun untuk menukarkannya menjadi ulat panggang, tapi dielakkan dan menembak kedua-dua bunga lalu ditukarkan menjadi ulat dan bintang laut busuk.
  • Tukaran Makanan: Gopal menukarkan semua makanan dari planet asing menjadi makanan normal saat ujian survival.
  • Tembakan Biskut Rapuh: Gopal menukarkan simen yang melekat keras di tubuh BoBoiBoy menjadi biskut rapuh untuk membebaskannya.
  • Tukaran Sayur-sayuran: Gopal menembak Panah Letupan milik A.B.A.M. dengan menukarkannya menjadi sayur-sayuran.
  • Tembakan Makanan Salad Sihat: Gopal cuba menembak A.B.A.M. untuk menukarkannya menjadi salad sihat, tetapi sempat dielakkan dan semua objek-objek di kampung Cattus ditukarkan menjadi sayur-sayuran.
  • Tukaran Pisang Goreng: Gopal menukarkan berlian-berlian yang Power Sphera berlian cetak rompak yang tembak menjadi pisang goreng.
  • Tukaran Bebola Ikan: Gopal menukarkan GigiBot cetak rompak menjadi bebola ikan sebagai pembalasannya untuknya menggigitnya dengan gigi palsu.
  • Tembakan Machinegun Makanan: Selepas Fang mengikat BoBoiBoy cetak rompak dengan Seribu Jari Bayang, Gopal menukarkan kesemuanya menjadi roti halia.
  • Tembakan Biskut: Gopal menembak objek-objek logam menjadi biskut dan makanan pencuci mulut supaya BoBoiBoy dapat melewatinya.
  • Tukaran Kuih Cucur Badak: Gopal menukarkan bola gergasi menjadi kuih cucur badak dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy.
Tahap 2
BoBoiBoy The Movie
  • Tukaran Badan Getah: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Gopal boleh menukarkan seluruh tubuhnya menjadi objek lain seperti getah yang digunakannya bagi menahan serangan fizikal daripada musuh.
    • Tandukan Kepala Berlian: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Gopal boleh menukarkan kepalanya menjadi berlian yang keras bagi menyerang musuhnya dengan bantuan badan getah dan sifat elastiknya.

Kuasa Halimunan[sunting | sunting sumber]

Dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 12, Gopal bisa menggunakan kuasa halimunan kerana ada Power Sphera berkategori "Proximity" di sekitar tempat itu tersebut.

  • Pelindung Halimunan: Gopal menggunakan kuasa ini untuk melindunginya daripada gergaji halimunan milik Panto.
  • Kereta Kebal Halimunan: Gopal dan BoBoiBoy memandu kereta kebal halimunan untuk mengalahkan Panto.
    • Tembakan Kereta Kebal Gopal: Gopal menembak peluru besar halimunan untuk menghancurkan robot besar Panto.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Tumbukan Gopal: Selepas Gopal menukarkan BoBoiBoy cetak rompak menjadi roti halia, Gopal menghancurkannya dengan tangan dan kakinya sendiri.
  • Lempangan Lempeng Gopal: Gopal menepuk kedua-dua tangannya dan kemudian menampar BoBoiBoy Petir secara tidak sengaja kerana menyalahkannya sebagai versi cetak rompak BoBoiBoy.
  • Libasan Hidung Panjang Penipu: Selepas hidung Gopal lebih panjang kerana menipu, Gopal melibaskan kabel EmotiBot untuk cabut kabel darinya.
  • Sut Lanun: Gopal memakai pakaian pencuci kapal angkasa lanun untuk menyertai operasi penyamaran Kapten Kaizo di Koloni Lanun Angkasa.

Rupa[sunting | sunting sumber]

Gopal mempunyai badan yang besar, berkulit gelap dan berambut crew cut. Dia mengalas kepalanya dengan pita penuh berwarna merah. Dia memakai baju berwarna hijau gelap berlengan panjang, anak baju kuning yang bertepi merah yang mempunyai lencana dengan huruf 'G' yang berwarna kelabu dan merah di dada kiri dan seluar panjang hijau tua. Kasut yang dipakainya pula berwarna putih.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Gopal memakai baju yang berwarna kuning dan hijau yang berlengan pendek, berseluar panjang berwarna hijau tua dan berkasut but yang berwarna kelabu. Siku kedua-dua tangan Gopal dibaluti dengan kain merah yang digulung. Warna kulit Gopal juga agak cerah berbanding dahulu yang gelap. Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 20, hidungnya menjadi panjang setiap kali dia menipu kerana terkena emoti hidung penipu.

Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Gopal merupakan seorang budak lelaki yang paling hyperaktif berbanding yang lain, khususnya apabila dia mempromosikan gerai Tok Aba's Kokotiam kepada BoBoiBoy dalam Musim 1, Episod 1 dan cuba menyelamatkan penduduk setempat walaupun masih lagi tidak mengetahui jenis kuasanya dalam Musim 1, Episod 2. Walaupun begitu, Gopal juga bersifat degil dan mementingkan diri sendiri. Badannya yang besar tidak menyembunyikan sifatnya yang mudah gentar atau ketakutan berbanding dengan kawan-kawannya, tetapi rasa takut ini berguna untuk Gopal menggunakan kuasanya dan menjadi seorang wira yang berguna.

Beliau menikmati makanan yang paling banyak, terutama minuman koko Tok Aba di kedai koko atau mana-mana makanan ringan lain. Dia selalu meminta Tok Aba untuk barangan percuma dan telah mengumpulkan tab yang kuat sebagai hasilnya. Gopal juga merupakan seorang oportunis, terutamanya apabila mendapat manfaat daripada dirinya atau membuat wang, ditunjukkan ketika ia menjual gambar-gambar Fang untuk mengatakan peminat budak lelaki itu dan memperoleh keuntungan "baik" darinya. Kali pertama ia menunjukkan bahawa dia mengambil kesempatan untuk mendapatkan sesuatu apabila dia secara automatik melekat pada BoBoiBoy selepas ia mendedahkan bahawa dia adalah cucu Tok Aba, maka dia boleh mendapatkan minuman percuma di kedai Koko.

Semasa dia terkena Cecair Emosi X, dia menjadi orang yang suka menari dan menyanyi kepada seseorang.

Semasa dia terkena Pistol Emosi Y, dia berubah menjadi orang berani, berkeyakinan tinggi, optimis, dan bertindak seperti orang populer dan sukar.

Semasa dia dipengaruhi dari EmotiBot, mukanya dibuat menjadi comel dan berlagak seperti orang comel dan manis, kemudian dia terkena emoti hidung penipu dan membuat hidungnya menjadi lebih panjang.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Kaum Gopal adalah India.
  • Nama penuh Gopal ditunjukkan dalam Musim 2, Episod 3 iaitu "Gopal A.R. Kumar".
  • Menurut Gopal dalam Musim 2, Episod 3, dia sepatutnya masuk kelas 6, tetapi bapanya tersilap memilikinya dalam satu gred yang lebih rendah beberapa tahun yang lalu (bermula dari kelas 1 bukan kelas 2). Sebab itulah dia dan BoBoiBoy adalah rakan sekelas.
  • Gopal adalah watak pertama dalam persembahan untuk mempunyai autograf sejak Musim 2, Episod 8. Yang kedua adalah Kapten Kaizo.
  • Walaupun Gopal adalah yang tertua di kalangan kawan-kawannya, dia masih kurang matang berbanding kawan-kawannya.
  • Dalam Musim 1, Episod 11, ditunjukkan bahawa Gopal adalah salah satu pembenci Azroy daripada siri telenovela Seguni Mawar Merah.
  • Dalam episod Musim 3, Episod 8, Gopal menjadi salah seorang mangsa yang ditipu oleh Baga Ga dan Bagi Gi.
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 18, ia ditunjukkan bahawa Gopal memiliki kebolehan untuk menari secara rawak.
  • Menurut surat peminat BoBoiBoy, genre kegemaran Gopal adalah penyiasatan. Hal ini juga bertepatan dengan Gopal yang meminati siri animasi Detektif Konon dalam Musim 3, Episod 15.
  • Makanan kegemaran Gopal adalah mi wantan manakala minuman kegemarannya adalah sirap.
  • Seperti Fang, dia juga suka makan donat lobak merah.
  • Gopal mendapatkan peringkat ke-7 dalam BoBoiBoy: Watak-Watak Terkuat.
  • Dalam surat peminat di Majalah Komik BoBoiBoy Isu #75, ia menyatakan bahawa Gopal tidak suka kucing di Planet Bumi, apa lagi kucing di planet lain.
  • Dalam surat peminat menyatakan bahawa Gopal tidak mempunyai kakak dan adik seperti BoBoiBoy.
  • Dalam Beringat Ketika Makan, dia boleh menukarkan segala benda-benda di sekitar rumah Tok Aba menjadi makanan.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Video[sunting | sunting sumber]

BoBoiBoy Reborn[sunting | sunting sumber]

Monsta Keren[sunting | sunting sumber]

Monsta[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • (Melayu) Gopal di BoBoiBoy Wikia
  • (Inggeris) Gopal di BoBoiBoy Wikia
  • (Indonesia) Gopal di BoBoiBoy Wikia
  • Gopal di BoBoiBoy Wikia Tagalog