Gorō Miyazaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Gorō Miyazaki
Gorō Miyazaki.jpg
Miyazaki pada 2017
Kelahiran (1967-01-21) 21 Januari 1967 (umur 54)
PekerjaanPengarah filem, pereka bentuk landskap
Anak1[1]
Ibu bapaHayao Miyazaki (ayah)
Akemi Ōta (ibu)
SaudaraKatsuji Miyazaki (datuk)

Gorō Miyazaki (宮崎 吾朗, Miyazaki Gorō, kelahiran 21 Januari 1967) merupakan pengarah filem dan pereka bentuk landskap Jepun. Dia adalah anak kepada juruanimasi Hayao Miyazaki, yang merupakan salah satu pengasas Studio Ghibli. Digambarkan sebagai "enggan" mengikut jejak langkah ayahnya, Gorō pada mulanya bekerja sebagai pereka bentuk landskap untuk beberapa tahun sebelum menceburi industri perfileman.[2] Dia telah mengarah tiga filem — Tales from Earthsea (2006), From Up on Poppy Hill (2011), dan Earwig and the Witch (2020).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Miyazaki dilahirkan kepada juruanimasi Hayao Miyazaki dan Akemi Ōta di Tokyo. Semasa membesar, Gorō dan adiknya Keisuke menemui lakaran karya ibu bapa mereka.[1] Sebagai pelajar sekolah menengah, Gorō berfikir bahawa dia "tidak akan pernah mencapai tahap yang telah dicapai [oleh ayahnya]." Gorō sebaliknya memutuskan untuk membina minat dalam seni bina landskap. Setelah lulus dari Sekolah Pertanian Universiti Shinshu, Gorō kemudian bekerja sebagai perunding pembinaan dalam merancang dan mereka bentuk taman dan kebun. Pada tahun 1998, Goro terlibat dalam reka bentuk Muzium Ghibli di Mitaka, dan berkhidmat sebagai pengarahnya dari tahun 2001 hingga Jun 2005.[3][4]

Kerjaya animasi[sunting | sunting sumber]

Filem pertama Miyazaki ialah Tales from Earthsea, sebuah adaptasi dari siri buku Earthsea dikarang oleh Ursula K. Le Guin. Ditulis oleh Miyazaki dan Keiko Niwa, filem ini dibintangi oleh Junichi Okada, Bunta Sugawara dan Aoi Teshima . Pada asalnya menyertai projek animasi itu sebagai perunding, Miyazaki diminta untuk melukis papan cerita. Setelah melihat papan ceritanya, penerbit Toshio Suzuki memutuskan Miyazaki patut mengarahkan filem tersebut.

Langkah menjadikan Gorō sebagai pengarah filem itu menyebabkan perbalahan antara Gorō dan ayahnya, yang merasakan bahawa anaknya tidak mempunyai pengalaman untuk mengarahkan filem; kedua-duanya dikatakan tidak bercakap sepanjang perkembangan filem itu.[5] Walaupun begitu, Gorō Miyazaki bertekad untuk menyelesaikan projek tersebut.[6]

Pada 28 Jun 2006, Gorō mengadakan pratonton pertama Tales from Earthsea yang sudah siap, yang dihadiri oleh ayahnya. Hayao dilihat telah "menerima Gorō" dan setelah itu, menyampaikan pesanan kepada anaknya, mengatakan filem itu "... dibuat dengan jujur. Filem itu bagus."[7] Filem itu dilancarkan pada 29 Julai 2006, mendapat ulasan positif, tetapi mendapat ulasan yang bercampur apabila dibandingkan dengan filem Ghibli yang lain, dan menjana pendapatan $68 juta di seluruh dunia.[1] Namun, Miyazaki dianugerahkan Anugerah Bunshun Raspberry Jepun untuk "Pengarah Terburuk", dengan Tales ftom Earthsea menerima anugerah "Filem Terburuk", pada akhir tahun 2006.[8] Pada 2007, filem ini dicalonkan untuk Tahun Ini (kalah kepada The Girl Who Leapt Through Time)[9] dan terpilih dalam bahagian Out of Competition di Festival Filem Venice ke-63.[10]

Pada tahun 2011, Miyazaki mengarahkan From up Poppy Hill, berdasarkan manga Kokurikozaka kara tahun 1980 yang dikarya oleh Chizuru Takahashi dan Tetsurō Sayama.[11] Adaptasi itu ditulis oleh Hayao Miyazaki dan Keiko Niwa dan filem itu dibintangi oleh Masami Nagasawa, Keiko Takeshita, Yuriko Ishida, Jun Fubuki, Takashi Naito, Shunsuke Kazama, Nao Omori dan Teruyuki Kagawa. Miyazaki juga menyuarakan watak guru sejarah dunia dan menulis lirik untuk beberapa lagu yang digunakan dalam filem itu. From up on Poppy Hill dilancarkan pada 16 Julai 2011 di Jepun, mendapat ulasan positif. Filem itu memenangi Anugerah Akademi Jepun untuk Animasi Terbaik Tahun Ini.[12]

Pada 31 Januari 2014, diumumkan bahawa Gorō Miyazaki akan mengarahkan siri televisyen anime pertamanya, Ronja, the Robber's Daughter, adaptasi dari Ronia, the Robber's Daughter karya Astrid Lingren untuk NHK.[13] Siri ini menggunakan animasi komputer, diterbit oleh Polygon Pictures, dan diterbit bersama Studio Ghibli. Siri televisyen itu berlangsung selama satu musim, dari 2014 hingga 2015, dengan jumlah 26 episod.[14][15]

Pada bulan Mei 2020, Toshio Suzuki mengesahkan bahawa filem baru dari Gorō Miyazaki berada dalam pengembangan di Studio Ghibli.[16] Pada 3 Jun 2020, Studio Ghibli mengumumkan bahawa filem itu merupakan sebuah adaptasi dari novel Earwig and the Witch karya Diana Wynne Jones. Filem ini diumumkan sebagai filem Ghibli pertama yang sepenuhnya menggunakan animasi CG 3D dan dijadualkan untuk tayangan perdana televisyen di NHK pada musim sejuk 2020, dengan tajuk Earwig and the Witch (アーヤと魔女, Āya to Majo).[17][18][19][20]

Karya[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Keegan, Rebecca (March 8, 2013). "Goro Miyazaki sets his own path in animation". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-13. Dicapai pada March 9, 2013.
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-01. Dicapai pada 2006-08-27.CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ "{title}". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 2013-10-08.
  4. ^ Thomas, Daniel. "Ghibli Blog - Studio Ghibli, Animation and the Arts: Fatherhood and the Family Crown". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-11. Dicapai pada 2016-04-19.
  5. ^ (dalam bahasa Jepun) See Eiga.com Diarkibkan 2006-06-18 di Wayback Machine, June 6, 2006.
  6. ^ See Nausicaa.net Goro Miyazaki's Blog Translation (Prologue) Diarkibkan 2006-12-15 di Wayback Machine December 13, 2005.
  7. ^ See Nausicaa.net Goro Miyazaki's Blog Diarkibkan 2017-03-25 di WebCite.
  8. ^ "Earthsea Wins "Raspberry Award" - Anime News Network". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-21. Dicapai pada 2007-10-01.
  9. ^ Official website of the award. Archived.
  10. ^ See official website of the festival Diarkibkan 2006-09-29 di Wayback Machine
  11. ^ Kokurikozaka Kara film adaptation
  12. ^ "Ghibli's From up on Poppy Hill wins Japan Academy Prize". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-03. Dicapai pada 2012-03-03.
  13. ^ "Studio Ghibli's first TV show, Ronja, the Robber's Daughter, lacks any real magic". Polygon. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-08. Dicapai pada 2018-04-23.
  14. ^ "Goro Miyazaki to Direct Ronia the Robber's Daughter TV Anime". Anime News Network. January 30, 2014. Dicapai pada January 30, 2020.
  15. ^ "Polygon Pictures to Create Animation Under Goro Miyazaki's Direction, The Animated TV Series Ronia, the Robber's Daughter, Premiering on NHK BS in Autumn 2014". Polygon Pictures. January 31, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-23. Dicapai pada February 14, 2014.
  16. ^ "Studio Ghibli co-founder teases Hayao Miyazaki's next 'big, fantastical' film". Entertainment Weekly. May 13, 2020. Dicapai pada May 13, 2020.
  17. ^ "Ghibli, Goro Miyazaki Make CG Anime of Earwig and the Witch Novel by Howl's Moving Castle's Diana Wynne Jones". Anime News Network. June 3, 2020. Dicapai pada June 3, 2020.
  18. ^ Baseel, Casey (June 5, 2020). "New Studio Ghibli anime coming this winter is first CG feature planned by Hayao Miyazaki". Japan Today. Dicapai pada June 7, 2020.
  19. ^ Egan Loo (2020-06-19). "Ghibli Unveils 1st Visuals From Its 1st CG Feature, Earwig and the Witch". Anime News Network. Dicapai pada 2020-06-26. Earwig and the Witch adapts Diana Wynne Jones' novel of the same name.
  20. ^ 第73回カンヌ映画祭の公式セレクション作品として「アーヤと魔女」が選ばれました (dalam bahasa Japanese). Studio Ghibli. 2020-06-04. Dicapai pada 2020-06-27. スタジオジブリ最新作「アーヤと魔女」(英題: Earwig and the Witch)が選ばれました。CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]