Gosok (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gosok
Dihasilkan olehMusic Valley (Malaysia) Sdn. Bhd.
DibintangiTam Spider
Boy Iman
Bob Kuman
Loloq
Bandi Amuk
Amar Crash
Aida Aris
Jalil Hamid
Harun Ahmad
Yusni Jaafar
Hamid Gurkha
Khairil Khamis
Diedarkan olehMusic Valley (Malaysia) Sdn. Bhd.
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Gosok merupakan sebuah filem yang telah diterbitkan pada tahun 2004 yang terkenal dengan lagu soundtrack Aladin dari Kumpulan Spider. Penggambaran filem ini diadakan di kampung asal pelakon utamanya, Tam Spider di Parit Botak, Batu Pahat, Johor.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. Tam Spider sebagai Tam/Abang Rustam
  2. Boy Iman sebagai Iman
  3. Bob Kuman sebagai Bob
  4. Loloq sebagai Loloq
  5. Bandi Amuk sebagai Bandi
  6. Amar Crash sebagai Amar
  7. Aida Aris sebagai Aida
  8. Jalil Hamid sebagai Pak Dollah
  9. Haron Ahmad
  10. Yusni Jaafar
  11. Hamid Gurkha sebagai Pak Hamid
  12. Khairil Khamis sebagai Meon

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Semenjak dari kecil lagi, Tam digelar oleh budak-budak Parit Botak sebagai Tam Gosok. Hal ini kerana Tam sering menggosok periuk yang merupakan kerja yang paling dibenci oleh Tam sendiri akibat disuruh oleh ibunya selepas berniaga di warung. Disaksikan oleh dua orang sahabat karibnya, Iman dan Bob, Tam telah menanam cita-cita tinggi untuk menjadi seorang ahli muzik dan penyanyi. Malangnya, impian Tam tidak mendapat sokongan ibu dan bapanya, Mak Jenab dan Pak Dollah. Namun Tam tidak patah semangat, malahan dia tidak berhenti berusaha sehingga terciptalah lagu Gosok yang diilhamkan sewaktu dia sedang menggosok periuk. Berbekalkan demo tape lagu ciptaannya, Tam dan Iman menuju ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita masing-masing. Akhirnya Iman berjaya menjadi seorang pelakon, tetapi bagaimana pula dengan Tam?