Pergi ke kandungan

Grehaun pemburu Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Grehaun pemburu Rusia
Nama lain
  • Borzoi
  • Anjing pemburu serigala Rusia
Negara asalRusia
Trait
Berat 27–48 kg (60–105 lb)[1]:130
Tinggi Jantan 75–85 cm (30–33 in)[2]
Betina 68–78 cm (27–31 in)[2]
Bulu sederhana panjang, bak sutera dan beralun, pendek
Warna mana-mana warna
Saiz perinduk sehingga 11 ekor[perlu rujukan]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Grehaun pemburu Rusia atau greyhound pemburu Rusia,[a] lebih dikenali sebagai borzoi,[b] atau juga dikenali sebagai anjing pemburu serigala Rusia,[c] ialah satu baka anjing pemburu daripada jenis anjing pemburu penglihatan. Ia dahulunya digunakan untuk pemburuan serigala;[1]:125 sehingga tahun 1936, baka ini dikenali sebagai anjing pemburu serigala Rusia.[1]:130[3]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Dari segi sejarah, anjing pemburu penglihatan Rusia dinamai melalui istilah penerang dan bukan pula nama sebenar. "Bórzyj" ialah bentuk tunggal maskulin bagi kata sifat arkaik bahasa Rusia yang memaksudkan "pantas".[4]:149 "Borzája sobáka" ("anjing pantas") ialah istilah asasi yang digunakan oleh orang Rusia untuk anjing pemburu penglihatan, namun "sobáka" biasanya digugurkan. Nama "psovaja" diterbitkan daripada perkataan "psovina", yang memaksudkan "lapis bulu sutera beralun", seperti "xórtaja" (seperti dalam hortaya borzaya) yang memaksudkan "berbulu pendek". Di Rusia kini, baka yang lazimnya dipanggil borzoi secara rasmi dikenali sebagai "rússkaja psóvaja borzája". Baka anjing pemburu penglihatan lain Rusia merupakan "stepnája borzája" (dari steppe), yang dipanggil "stepnój"; dan "krýmskaja borzája" (dari Krimea), yang dipanggil "krýmskoj".[5]

Borzoi berasal dari Rusia abad keenam belas melalui penyilangan saluki dan anjing pemburu penglihatan Eropah dengan baka-baka berlapis bulu tebal Rusia.[6][7]

Borzoi popular sesama tsar sebelum revolusi 1917. Selama berabad-abad, borzoi tidak dapat dibeli tetapi hanya diberikan sebagai hadiah daripada tsar. Pengiran Besar Nikolay Nikolayevich dari Rusia membiakbakakan banyak borzoi di Perchino, estet persendirian beliau.[8]:10[9]

Russkaya psovaya borzaya diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1956.[10]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Borzoi ialah anjing pemburu penglihatan besar Rusia yang menyerupai sesetengah baka Asia Tengah seperti anjing pemburu Afghan, saluki, dan taigan Kyrgyz. Borzoi terdapat dengan pelbagai warna.[11] Lapis bulu borzoi adalah bak sutera dan rata, kerap beralun atau sedikit keriting. Lapis bulu atas panjang adalah agak rata dengan tahap berlainan bagi keberalunan atau keritingan. Lapis bulu bawah lembut menebal semasa musim sejuk atau dalam iklim sejuk, tetapi digugurkan dalam cuaca panas untuk mengelakkan pemanasan berlebihan. Dari segi tekstur dan taburannya pada tubuh, lapis bulu borzoi adalah unik. Patut ada ropol pada lehernya, serta jumbai pada sukuan belakang dan ekornya.[12][13] Borzoi mempunyai muncung panjang unik, yang berkemungkinan berasal daripada keleluhuran grehaun.

Borzoi ialah baka anjing penyayang dan atletik dengan perangai tenang.[14]

Dari segi kepatuhan, borzoi ialah pelajar memilih yang cepat menjadi bosan dengan kegiatan berulang dan ia dapat menjadi sukar diberi motivasi. Namun begitu, borzoi tentunya mampu mendapat kenikmatan dan berprestasi baik dalam ujian kepatuhan dan ketangkasan kompetitif dengan jenis pelatihan betul.[8]:113[15][16]

Galeri lapis bulu

[sunting | sunting sumber]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati purata jangka hayat sebanyak 12 tahun untuk borzoi, dengan saiz sampel sebanyak 43 ekor anjing, berbanding dengan 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka kacuk.[17]

Sebuah kajian Amerika yang meneliti ekokardiograf daripada borzoi yang sihat secara klinikal mendapati bahawa 53.8% menghidap desir jantung, 30.2% menghidap regurgitasi mitral berkesan atau ringan, 36.1% menghidap regurgitasi trikuspid ringan, dan 14.4% menghidap penyakit jantung.[18]

Borzoi, bersama-sama dengan anjing pemburu penglihatan lain, pulih dengan lebih perlahan daripada anestesia kerana isi padu sebaran lebih rendah dan jisim otot tanpa lemak dan peratusan lemak badan rendah.[19]

Oleh sebab anatominya, borzoi, seperti baka besar lain, mempunyai predisposisi terhadap volvulus pendilatan gastrik (GDV).[20] Sebuah kajian tahun 2020 mengenal pasti perkaitan antara GDV pada borzoi protein motif pengikat RNA 26 (RBM26), walaupun kepentingannya tidak diketahui.[21]

  1. Jawi: ݢريهاءون ڤمبورو روسيا; Rusia: ру́сская псо́вая борза́я, rumi: rússkaja psóvaja borzája
  2. Jawi: بورزوي; daripada Rusia: борзо́й, rumi: borzój Sebutan bahasa Rusia: [bɐrˈzoj]
  3. Jawi: انجيڠ ڤمبورو سريݢالا روسيا; bahasa Inggeris: Russian wolfhound
  1. 1 2 3 Dennis-Bryan, Kim (5 Mac 2020). The Complete Dog Breed Book [Buku Baka Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). London, United Kingdom: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780241412732. OCLC 1147942500.
  2. 1 2 "FCI-Standard N° 193 RUSSKAYA PSOVAYA BORZAYA (Borzoi – Russian Hunting Sighthound)" [Piawaian FCI No. 193 Grehaun Pemburu Rusia (Borzoi)] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Samsonova, Anna. Disunting oleh Eugene Yerusalimsky. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 November 2019. Dicapai pada 25 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  3. Sabaneyev, Leonid Pavlovich (1993). Собаки охотничьи... Борзые и гончие [Anjing Pemburu: Anjing Pemburu Penglihatan dan Anjing Pemburu Bau] (dalam bahasa Rusia). Moscow, Rusia: Terra. m/s. 571. ISBN 9785852551887. OCLC 32470652.
  4. Macdonald, A. M., penyunting (1972). Chambers Twentieh Century Dictionary [Kamus Abad Kedua Puluh Chambers] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Chambers. ISBN 9780550102065.
  5. Sabaneyev, Leonid Pavlovich (2 Mac 2021). Собаки охотничьи. Борзые и гончие [Anjing Pemburu: Anjing Pemburu Penglihatan dan Anjing Pemburu Bau] (dalam bahasa Rusia). Litres. ISBN 9785043330116.
  6. "Borzoi" [Borzoi] (dalam bahasa Inggeris). Royal Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2022. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  7. Martin, Nellie L. (Oktober 2005). Borzoi - The Russian Wolfhound. Its History, Breeding, Exhibiting and Care [Borzoi - Anjing Pemburu Serigala Rusia: Sejarah, Pembiakbakaan, Pameran, dan Penjagaannya] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN 9781846640421.
  8. 1 2 Scott, Desiree (2002). Borzoi [Borzoi] (dalam bahasa Inggeris). Dorking, Surrey, United Kingdom: Interpet Publishing. ISBN 9781903098936. OCLC 50101970.
  9. Kalamaras, George (Mac 2019). "For All the Russian Wolfhounds—the Borzoi—Slaughtered During the Revolution, 1917" [Untuk Semua Anjing Pemburu Serigala Rusia—Borzoi—Dibunuh semasa Revolusi, 1917]. Dalam Riekki, Ronald A.; Scarpino, Andrea (penyunting). Undocumented: Great Lakes Poets Laureate on Social Justice [Tidak Berdokumen: Penyair Diraja Tasik-Tasik Besar mengenai Keadilan Sosial] (dalam bahasa Inggeris). East Lansing, Michigan, Amerika Syarikat: Michigan State University Press. m/s. 156–157. doi:10.14321/j.ctvjsf4hw.90. ISBN 9781609175870. JSTOR 10.14321/j.ctvjsf4hw.90. OCLC 1105718905. S2CID 198844826.
  10. "FCI breeds nomenclature: RUSSKAYA PSOVAYA BORZAYA (193)" [Tatanama baka FCI: GREHAUN PEMBURU RUSIA (193)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  11. "Colors and Markings" [Warna dan Tanda] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2012. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  12. "The Borzoi Standard" [Piawaian Borzoi] (dalam bahasa Inggeris). Borzoi Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2012. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  13. Mischiha, O. (2013). "Russian Borzoi" [Borzoi Rusia]. My Friend: The Dog (dalam bahasa Inggeris). Jil. 1. m/s. 10–17.
  14. "Borzoi" [Borzoi] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  15. "BCOA Annual Versatility Award (AVA) Winners" [Pemenang Anugerah Keserbagunaan Tahunan (AVA) BCOA] (dalam bahasa Inggeris). Borzoi Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Februari 2012. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  16. Ventseslavskiy, A. M. (14 Mac 2013). Псовая охота вообще [Perburuan dengan Anjing pada Umumnya] (dalam bahasa Rusia). Directmedia. ISBN 9785446018390.
  17. McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1). Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan). Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  18. Wesselowski, Sonya R.; Sykes, K. Tess; Saunders, Ashley B.; Werre, Stephen R. (2 Januari 2024). "Echocardiographic values and prevalence of cardiac abnormalities in clinically healthy adult Borzoi dogs" [Nilai-nilai ekokardiografi dan prevalens keabnormalan jantung pada borzoi dewasa yang sihat secara klinikal]. American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 85 (3): 1–10. doi:10.2460/ajvr.23.11.0255. ISSN 1943-5681. PMID 38154250 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 266575431 Check |s2cid= value (bantuan).
  19. Kennedy, Martin J.; Smith, Lesley J. (8 Disember 2014). "Canine Breed-Specific Considerations for Anesthesia" [Pertimbangan Anjing Spesifik Baka untuk Anestesia] (dalam bahasa Inggeris). Veterinary Practice News. Dicapai pada 21 Mei 2026.
  20. Praveen Kumar, M.; Sooryadas, S.; Dinesh, P. T.; Jinesh Kumar, N. S.; Remya, V. (September 2024). "GASTRIC DILATATION AND VOLVULUS IN DOGS: A REVIEW OF DIAGNOSIS, PREVENTION, AND TREATMENT STRATEGIES" [PENDILATAN DAN VOLVULUS GASTRIK PADA ANJING: SEMAKAN DIAGNOSIS, PENCEGAHAN, DAN STRATEGI RAWATAN]. Advances in Veterinary and Animal Sciences [Kemajuan dalam Sains Veterinar dan Haiwan] (dalam bahasa Inggeris). 2. Indian Veterinary Association - Kerala. m/s. 415–446. ISBN 9789334044287.
  21. Piras, Ignazio Stefano; Perdigones Borderias, Maria de las Nieves; Zismann, Victoria L.; Briones, Natalia; Facista, Salvatore J.; Rivera, José Luis Cruz; Rozanski, Elizabeth; London, Cheryl A.; Hendricks, William P. D. (5 November 2020). "Identification of Genetic Susceptibility Factors Associated with Canine Gastric Dilatation-Volvulus" [Pengenalpastian Faktor-faktor Kerentanan Genetik yang Dikaitkan dengan Pendilatan-Volvulus Gastrik Anjing]. Genes (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 11 (11): 1313. doi:10.3390/genes11111313. ISSN 2073-4425. PMC 7694454. PMID 33167491. S2CID 261091385 Check |s2cid= value (bantuan).

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Chadwick, Winifred Elizabeth (1952). The Borzoi Handbook [Buku Panduan Borzoi] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Nicholson & Watson. OCLC 8124009. Termasuk terjemahan The Perchino Hunt by His Excellency Dmitri Walzoff (1912).
  • Martin, Nellie L. (Oktober 2005). Borzoi - The Russian Wolfhound. Its History, Breeding, Exhibiting and Care [Borzoi - Anjing Pemburu Serigala Rusia: Sejarah, Pembiakbakaan, Pameran, dan Penjagaannya] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN 9781846640421.
  • McRae, Gail C. (1990). Borzois [Borzoi] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780866226769. OCLC 21244555.
  • Savenkova, V. A. (2003). Русская псовая борзая [Grehaun Pemburu Rusia] (dalam bahasa Rusia). Donetsk: AST. ISBN 9785170169740.