Greyster
Dua ekor greyster ber-bikejoring | |||||||||
| Negara asal | Norway | ||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||
Greyster[a] ialah sejenis anjing kereta luncur salji yang dibiakbakakan untuk perlumbaan anjing kereta luncur salji, terutamanya sukan tanah kering seperti canicross dan bikejoring.[1] Greyster dibiakbakakan secara bersilang daripada grehaun Inggeris dan anjing penuding berbulu pendek Jerman.[2]
Greyster mendapat daya ketahanan dan semangatnya daripada anjing penuding berbulu pendek Jerman dan kelajuannya daripada grehaun.[2][3]
Nama "greyster" ialah kata lakur daripada greyhound ("grehaun") dan pointer ("anjing penuding").[4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Selepas Perang Dunia Kedua, perlumbaan kereta luncur salji anjing gaya skijor dan pulka menjadi semakin popular di Norway dan di negara-negara jiran di Skandinavia.[1] Gaya-gaya perlumbaan ini memerlukan pasukan kecil dan pantas yang terdiri daripada 1–4 ekor anjing yang bertanding di sepanjang jarak pendek berbukit sejauh 15–30 kilometer (10–20 bt). Dengan syarat untuk menggunakan anjing baka tulen daripada Persatuan Perlumbaan Anjing Kereta Luncur Salji Norway, anjing penuding berbulu pendek Jerman secepatnya muncul sebagai baka anjing pilihan.[1] Pada permulaan tahun 1970-an, "anjing penuding kereta luncur salji" telah muncul, iaitu anjing penuding yang dibiakbakakan secara eksklusif untuk penarikan kereta luncur salji dan bukan perburuan.[1] Semasa tahun 1970-an, perlumbaan kereta luncur salji "gaya Nome", yang mengajuk pasukan anjing kereta luncur salji besar yang berlari di sepanjang jarak jauh dan bermalam dalam suhu di bawah sifar yang terlihat dalam perlumbaan gaya Amerika Utara, mula menarik minat di Skandinavia. Pada tahun 1974, perlumbaan kereta luncur salji gaya Nome yang pertama, iaitu Skjelbreia Sweepstakes, dianjurkan dekat dengan Oslo. Untuk gaya perlumbaan ini, para musher Norway mula mengimport husky Alaska; dipopularkan oleh musher seperti Stein Havard Fjelstad dan Roger Leegaard yang mengembara ke Alaska untuk berlumba dalam Iditarod. Walau bagaimanapun, sebagai baka silang prestasi, husky Alaska tidak boleh untuk perlumbaan menurut peraturan di Norway sehingga tahun 1985, iaitu apabila Persatuan Perlumbaan Anjing Kereta Luncur Salji Norway menyingkirkan syarat bahawa anjing kereta luncur salji mesti anjing baka tulen.[1]
Ketetapan baharu ini juga membuka jalan kepada para musher gaya Nordik untuk membiakbakakan anjing berprestasi terbaik mereka tanpa mengira baka, dengan musher yang mengacukkan grehaun dengan anjing penuding berbulu pendek Jerman untuk menghasilkan greyster.[5] Baka-baka silang gaya Nordik ini mendapat kepopularan di serata Eropah dan kemudian di Amerika Utara, terutamanya dengan peningkatan kepopularan mushing tanah kering, seperti bikejoring dan canicross.[1]
Perihal
[sunting | sunting sumber]
Berbanding dengan pembiakbakaan anjing berpenampilan serupa untuk mewujudkan baka baharu dengan penampilan tekal, greyster dibiakbakakan untuk trait kerja spesifik dan kesihatan yang diperlukan untuk berlari dalam lumba pecut singkat berkeamatan tinggi, seperti sistem kardiovaskular kuat, daya ketahanan tinggi, dan fungsi kognisi.[5][4] Anjing asasi yang paling kerap digunakan merupakan anjing penuding berbulu pendek Jerman (dan anjing penuding Inggeris), anjing penuding lain, dan grehaun Inggeris serta kadang-kadang saluki daripada susur galur anjing pecut yang dibiakbakakan dengan ketat yang digunakan untuk perlumbaan.[3][1] Kajian genetik menunjukkan bahawa greyster pada umumnya 75% anjing penuding berbulu pendek Jerman dan 25% grehaun.[4]
Greyster lumba pecut kerap digemari kerana toleransi haba, yang menjadikannya popular dalam acara perlumbaan tanah kering di serata Eropah Tengah, bilamana suhu lebih hangat menjejaskan baka kereta luncur salji lain.[6][5] Greyster pada umumya berlari sejauh 5–8 kilometer (3.1–5.0 bt) pada kelajuan purata 30 kilometer per jam (19 mph), dengan kelajuan maksimum 50 kilometer per jam (31 mph).[4] Ia kerap popular di kenel kecil bilamana sifat ramahnya menjadikannya teman cemerlang.[5] Seperti semua anjing kereta luncur salji, ia memerlukan kegiatan fizikal berat; walau bagaimanapun, greyster kerap terkenal kerana santai dan tenang di dalam rumah.[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g Waaler, Rune; Skjesol, Knut, penyunting (1 Julai 2019). Dog Sledding in Norway: Multidisciplinary Research Perspectives [Dog Sledding di Norway: Perspektif Penyelidikan Berbilang Disiplin] (dalam bahasa Inggeris). Zürich, Switzerland: LIT Verlag. m/s. 33. ISBN 9783643910974. OCLC 1134610904.
- ^ a b Snyder, Paul (30 November 2017). "Want to Run a Fast 5K? Let Your Dog Pull You to Greatness" [Ingin Berlari dalam Larian Pantas 5K? Biarkan Anjing Anda Menarik Anda ke Arah Keagungan] (dalam bahasa Inggeris). Runner's World. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2019. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ a b Landers, Sam (11 Januari 2018). "Skijoring Nordic skiers let dogs pull their weight through winter" [Pemain ski Nordik skijøring biarkan anjing mereka tarik berat mereka melalui musim sejuk] (dalam bahasa Inggeris). The Spokesman-Review. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2019. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ a b c d Frąckowiak, Hieronim Mieczysław; Brylewski, Mateusz; Pęzińska-Kijak, Katarzyna; Zdun, Maciej Damian (30 Jun 2021). "Preliminary biometric characteristics of Greyster dogs" [Ciri biometri awal bagi greyster]. Animal Science and Genetics (dalam bahasa Inggeris). Polskie Towarzystwo Zootechniczne. 17 (2): 17–25. doi:10.5604/01.3001.0015.0614. ISSN 2720-6076. S2CID 237387965 Check
|s2cid=value (bantuan). - ^ a b c d e Benito, Mila; Boutigny, Laure (11 September 2020). "Cardiovascular Clinical Assessment in Greyster Dogs in Bikejöring Training" [Pentaksiran Klinikal Kardiovaskular pada Greyster dalam Latihan Bikejöring]. Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 10 (9): 1635. doi:10.3390/ani10091635. ISSN 2076-2615. PMC 7552292. PMID 32932929. S2CID 221745398.
- ^ Little Wolf, Stephanie. "A Deeper History of the Origins of The Alaskan Husky" [Sejarah Lebih Dalam tentang Asal Usul Husky Alaska] (dalam bahasa Inggeris). Sled Dog Central. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Februari 2019. Dicapai pada 3 Oktober 2025.