Ground Report

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ground Report
Fail:GroundReport logo.png
Maklumat umum
URLgroundreport.com
JenisBlog
Tersedia dalamBahasa Inggeris
Kandungan dan sokongan
KomersialYa
PendaftaranPilihan
Dilancarkan pada2006
Status terkiniDijual kepada Search-Ladder, LLC
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

GroundReport ialah laman web kewartawanan awam yang membolehkan penyumbang menerbitkan laporan berita dan video. Laman ini dimiliki oleh organisasi bukan untung Open News Platform sehingga pertengahan 2017. Memandangkan tapak tersebut tidak menerima derma dan hasil iklan yang mencukupi untuk mengekalkannya, Open News Platform menjual domain dan platform GroundReport.com kepada Search-Ladder, LLC pada 2017. Search-Ladder ialah agensi pemasaran digital. Proses penjualan telah diselesaikan pada Mei 2017.

Permulaan[sunting | sunting sumber]

Wartawan Rachel Sterne mula mengasaskan laman GroundReport.com pada tahun 2006. Dia berhasrat membangunkan laman sebegitu selepas pengalamannya melaporkan berita Darfur sebagai pelatih di PBB . [1] [2] Bagi menggerakkan GroundReport, Sterne memulakan Open News Platform, sebuah organisasi bukan untuk keuntungan yang diperbadankan di New York . Pada tahun 2008, beliau mengemukakan hasrat untuk mengembangkan operasi GroundReport dengan edisi serantau. [3] Seterusnya pada tahun 2009, BusinessWeek menamakan Sterne sebagai salah seorang "Usahawan Sosial Paling Berpotensi di Amerika".

Kandungan[sunting | sunting sumber]

GroundReport menggunakan model editor sukarelawan dan maklum balas komuniti seperti Wikipedia, digabungkan bersama satu sistem penarafan bintang. Penyumbang juga boleh memilih pelbagai lesen Creative Commons. [4] Pada 17 September 2008, penyumbang terpilih telah diberi keupayaan untuk menyemak kandungan dalam mana-mana rencana berita. [5] Kemudiannya, pada Mei 2009, laman GroundReport telah melaksanakan sistem tapisan yang memerlukan semakan dan kelulusan pada setiap penyumbang. [6] Dasar hak cipta GroundReport agak ketat dan mempunyai sistem pemeriksaan teragih. Penyumbang yang memplagiat atau menyiarkan bahan yang melanggar hak cipta telah diharamkan daripada tapak tersebut.

Antara berita yang telah dilaporkan oleh penyumbang-penyumbang GroundReport ialah tentang pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2008, serangan Mumbai 2008, protes pilihan raya presiden Iran 2009, dan laporan gempa bumi Haiti 2010.

Menurut agensi Adweek, GroundReport menerima 29,187 kunjungan unik pada Disember 2010,satu penurunan daripada bilangan 60,802 pelawat unik bulanan awal tahun itu. Wartawan Adweek mengulas: "Walaupun semasa kejadian peristiwa besar, pengaruh yang dibawa GroundReport adalah sangat kecil.

Pada Julai 2015, sukarelawan dari Injustice Anywhere mula membantu dengan penstrukturan serta reka bentuk semula GroundReport.com dan dilancarkan pada 22 September 2015.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "America's Most Promising Social Entrepreneurs". Businessweek. 3 April 2009. Dicapai pada 24 June 2011.
  2. ^ Q&A with Rachel Sterne, GroundReport
  3. ^ CNNMoney: Blogging for Profit
  4. ^ CC citizen journalism site GroundReport re-launches; GroundReport TV launches officially - Creative Commons
  5. ^ "GroundReport".
  6. ^ MediaShift: Citizen Journalism Networks Stepping Up Editorial Standards