Grup Kapten

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Insignia lengan/bahu Grup Kapten

Grup Kapten (Group Captain atau Gp Capt dalam RAF, IAF dan PAF, GPCAPT dalam RNZAF dan RAAF; kadang kala G/C dalam semua cabang perkhidmatan) ialah pegawai bertauliah kanan yang berasal daripada Tentera Udara Diraja.[1] Pangkat tersebut juga telah digunakan oleh banyak tentera udara negara-negara yang mempunyai pengaruh sejarah British dan ia kadangkala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris. Ia berkedudukan atas Wing Komander dan berada dibawah Komodor Udara. Nama pangkat tersebut dibaca penuh, dan tidak pernah diringkaskan kepada Kapten".

Ia mempunyai kod pangkat OF-5 NATO, dan ia setaraf dengan Kepten dalam Tentera Laut Diraja atau Kolonel dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Grup Kapten ialah pangkat yang biasanya disandang oleh pegawai memerintah pangkalan udara RAF.

Pangkat setaraf dalam Women's Auxiliary Air Force, Women's Auxiliary Australian Air Force, Women's Royal Air Force (hingga 1968) dan Princess Mary's Royal Air Force Nursing Service (hingga 1980) ialah "pegawai grup". Pangkat sepadan dalam Royal Observer Corps (hingga 1995) ialah "kapten peninjau", yang mempunyai insignia pangkat yang sama.

Grup Kapten yang ternama[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:UK officer ranks