Gua Kain Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gua Kain Hitam terletak di Sarawak, Malaysia. Pada 2007, ahli arkeologi Malaysia telah menemui rangka manusia berusia lebih 2000 tahun . Rangka manusia ini bukti kewujudan manusia di gua itu pada zaman Neolitik. Manusia pra sejarah mengkebumikan manusia di dalam gua kerana sangat strategik dan serasi dengan kehidupan mereka.

53 tahun lalu, rangka manusia berusia 40,000 tahun telah ditemui di Gua Niah, Miri, Sarawak.[1]

Hasil penemuan[sunting | sunting sumber]

Rangka itu dalam keadaan hampir lengkap dari kepala hingga ke kaki . Berkedudukan lurus, sangat reput dan kebanyakan tulang sudah pecah. Terdapat 6 rangka iaitu 5 lelaki berusia di antara 24 hingga 45 tahun dan seorang wanita berusia di antara 35 hingga 45 tahun. Ketinggian rangka ialah antara 1.56 m ke 1.6 meter . Kesemua rangka telah dibawa ke USM untuk analisis lanjut.

Semua rangka telah dikonservasi secara teliti dan tulang dikuatkan . Kemudian dibawa keluar pada Jun 2008.

Artifak lain yang ditemui ialah tembikar, manik, sisa makanan . Tapak konservasi itu sedalam 1 meter.

Kumpulan penyelidik[sunting | sunting sumber]

Ahli arkeologi / Prof Madya Stephen Chia merupakan ketua penyelidik dan juga pensyarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia yang terletak di Universiti Sains Malaysia .

Penyelidikan PPAM dijalankan dengan kerjasama penuh daripada Muzium Sarawak sejak 2007. Kos penyelidikan dibiayai oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan geran Universiti Penyelidikan USM.

Turut membantu ialah Pakar Palaeoanthropologi daripada Sappora Medical Unversity, Jepun, Dr Hirofumi Matsumara, seorang pakar manusia prasejarah, bagi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang populasi manusia dan cara hidup masyarakat prasejarah.

Sahib Said selaku Pengarah Jabatan Muzium Sarawak menyatakan bahawa penemuan terbaru ini membukti manusia telah lama wujud di Sarawak. Sarawak bukanlah sebuah bumi tidak berpenghuni sejak 2000 tahun lalu. Pelancong pastinya tertarik untuk datang ke Gua Kain Hitam.

Prof Madya Mokhtar Saidin selaku Pengarah PPAM menjelaskan PPAM turut membantu UKM mengeluarkan 3 rangka manusia pra sejarah berusia 1000- 3000 tahun di Pulau Kalumpang, Kuala Gula, Perak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Penyelidik USM Temui Lapan Rangka Manusia Prasejarah Di Gua Kain Hitam, Sarawak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-09-18.