Jajahan Gua Musang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gua Musang)
Gua Musang
Jajahan Gua Musang
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiڬوا موسڠ
 • Cina话望生县
 • Bahasa Parsiغارستان
Bendera Gua Musang
Mohor rasmi Gua Musang
Lokasi Gua Musang di Kelantan
Lokasi Gua Musang di Kelantan
Map
Peta
Jajahan Gua Musang is located in Bumi
Jajahan Gua Musang
Jajahan Gua Musang (Bumi)
Koordinat: 4°53′N 101°58′E / 4.883°N 101.967°E / 4.883; 101.967Koordinat: 4°53′N 101°58′E / 4.883°N 101.967°E / 4.883; 101.967
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Status munisipalitiJanuari 2022 (Ditunda)
PusatGua Musang
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Daerah Gua Musang
Kerajaan
 • Ketua JajahanDato' Haji Norazman Bin Abd. Ghani
 • Yang Dipertua DaerahTuan Haji AB Pattah Bin Hasbullah
Keluasan
 • Jumlah7,979.77 km2 (3,081.01 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah101,894
 • Kepadatan13/km2 (33/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8
Poskod
18300
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanD
Laman sesawangptjgm.kelantan.gov.my
mdgm.kelantan.gov.my

Jajahan Gua Musang atau hanya dikenali sebagai Gua Musang (Jawi: ݢوا موسڠ) merupakan salah satu daripada 11 jajahan negeri Kelantan. Jajahan ini terletak di selatan negeri Kelantan. Jajahan ini dikenali sebagai jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Jajahan ini juga merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan merangkumi separuh keluasan negeri Kelantan.. Sebelum tahun 1976, kawasan ini diletakkan di bawah pusat pentadbiran Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi kawasan Kuala Krai dan Gua Musang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gua Musang mula diisytiharkan sebagai sebuah jajahan kecil pada 1 Julai 1976. Pada 1 September 1977, jajahan kecil ini dinaik taraf menjadi sebuah jajahan penuh sebagai Jajahan Gua Musang.[3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Jajahan Gua Musang terletak di selatan negeri Kelantan dan berkeluasan 7979 kilometer persegi. Jajahan Gua Musang bersempadan dengan jajahan Kuala Krai dan Jeli di utara, jajahan kecil Lojing di barat daya, negeri Pahang di selatan, negeri Terengganu di timur dan negeri Perak di barat laut.

Bentuk muka bumi jajahan Gua Musang hampir keseluruhannya merupakan tanah tinggi yang bergunung-ganang dengan purata ketinggian 448 meter. Titik tertinggi di jajahan ini ialah Gunung Chamah yang puncaknya mencecah ketinggian maksimum 2,171 meter.[4]

Pecahan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Jajahan Gua Musang ditadbir oleh Majlis Daerah Gua Musang dan dibahagikan kepada tiga daerah dan sembilan mukim.

Peta jajahan Gua Musang

Bandar dan pekan[sunting | sunting sumber]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199163,816—    
200074,988+17.5%
201086,189+14.9%
2020101,894+18.2%
Sumber: [5]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Gua Musang ialah seramai 101,894 orang dengan kepadatan penduduk 13 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di jajahan Gua Musang berbangsa Melayu, seramai 79,159 orang.[6][7]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[6]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 79,159
Bumiputera lain 9,439
Cina 4,758
India 834
Lain-lain 337
Bukan warganegara - 7,359
Jumlah 101,886

Agama[sunting | sunting sumber]

Di jajahan Gua Musang, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 87 peratus diikuti agama Buddha sebanyak empat peratus. Penduduk beragama Kristian dan Hindu membentuk hampir satu peratus masyarakat di jajahan ini. Lebih tiga peratus penduduk tidak beragama.[7]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Gua Musang. Terdapat sebanyak 48 buah sekolah di jajahan ini (termasuk Lojing);[8]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 37
Sekolah Jenis Kebangsaan 2
Sekolah Menengah Kebangsaan 8
Sekolah Berasrama Penuh 1

Jajahan Gua Musang juga mempunyai sebuah hospital daerah, 10 klinik kesihatan, sebuah klinik komuniti dan 17 klinik desa di sekitar daerah.[9]

Tempat-tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Gua Musang adalah pintu masuk utara ke Taman Negara, yang terletak di bahagian tenggara jajahan ini. Gua Musang dikelilingi oleh gua-gua dan bukit-bukau batu kapur, yang amat dikenali di kalangan pengembara gua dan pendaki gunung.

Terdapat juga beberapa gua dan lata yang menjadi tarikan pelancong seperti Gua Madu dan Gua di Chiku 2.

Sejak pasca banjir besar 2014, semakin rancak pembangunan dijalankan di Gua Musang. Antara yang menjadi perhatian ialah Masjid Buluh Gua Musang yang mana majoriti binaannya dihasilkan daripada buluh. Masjid tersebut mula dibina sekitar tahun 2018 dan siap sepenuhnya pada penghujung 2019.Secara tidak langsung, masjid ini seolah-olah mengahdap ke arah Masjid Razaleigh (Al-Haram Al-Ghari - الحرم الغاري الشريف)[perlu rujukan] kerana arah kiblatnya yang selari (hakikatnya, ia masih menghadap ke arah kiblat yang sebenar).

Pemandangan Masjid Razaleigh dari Masjid Buluh Gua Musang.

Selain itu, terdapat juga Masjid Razaleigh yang baharu (juga dipanggil sebagai Al-Haram Al-Ghari - الحرم الغاري). Masjid ini merupakan hasil cetusan aneh Ahli Parlimen Gua Musang iaitu Tengku Razaleigh Tengku Hamzah yang dibina di tapak baharu (sebelum ini merupakan tapak balai polis lama) setelah mendapati masjid lama tersebut telah uzur dan sering ditenggelami banjir (lebih-lebih lagi pada banjir besar 2014).Masjid tersebut mengambil senibina Masjidil Haram (walaupun tidak sesempurna masjid asal). Projek pembinaan dimulakan pada 2016 dan dibuka pada Mac 2022 selepas PKP.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  • Bangunan Persekutuan Gua Musang
  • Jabatan Kerja Raya Gua Musang
  • Pejabat RISDA Daerah Gua Musang
  • Tabung Haji
  • Pejabat Pos Gua Musang
  • Pejabat Agama Jajahan Gua Musang
  • Mahkamah Majestret Gua Musang
  • Mahkamah Syariah Gua Musang
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Hospital Gua Musang
  • Klinik Kesihatan Bandar Baru Gua Musang
  • Stesen Bas dan Teksi Bandar Baru Gua Musang
  • Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang
  • Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan
  • Hentian Gua Musang
  • Hentian Rehat Dan Rawat Rantau Manis bersebelahan dengan Shell

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Latar Belakang". 21 October 2015.
  2. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "TINJAUAN UMUM TENTANG DAERAH GUA MUSANG DAN KUALA KRAI" (PDF). Dicapai pada 7 Mac 2024.
  4. ^ "Gua Musang topographic map". topographic-map.com. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  5. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  6. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  7. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  8. ^ "Sekolah di PPD Pasir Putih-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.
  9. ^ "Profil Jajahan Pasir Puteh 2020" (PDF). Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh. 2020. Dicapai pada 22 Disember 2023.