Gua Niah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Gua Niah
The main entrance to the Niah Caves at sunset..jpg
Pintu masuk utama ke Gua Niah ketika matahari terbenam
Lokasi di Malaysia
Lokasi di Malaysia
Lokasi di Malaysia
Lokasi di Malaysia
Lokasi di Malaysia
Gua Niah (Malaysia)
Koordinat3°48′50″N 113°46′53″E / 3.81389°N 113.78139°E / 3.81389; 113.78139Koordinat: 3°48′50″N 113°46′53″E / 3.81389°N 113.78139°E / 3.81389; 113.78139
Ditemui1950
Bil. pintu masuk1
Gua Niah
Tapak arkeologi di Kain Hitam. Kain Hitam adalah gua kecil tetapi penting dari segi arkeologi yang terletak di selatan kompleks Gua Besar Niah di mana tempat perkuburan kuno dan lukisan gua dapat dilihat.

Gua Niah ialah sebuah gua terletak di pedalaman bandar Miri, Sarawak, Malaysia.

Gua ini merupakan gua yang terbesar dan tertua di Malaysia malah merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Kawasan sekeliling ia turut telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak.

Menurut hasil kajian pakar sains yang diketuai Daren Curnoe, seorang pakar antropologi Australia yang mengkaji penemuan kerangka tulang dan tengkorak manusia purba di Gua Niah yang berusia 40,000 tahun dipercayai dari orang asal Borneo sendiri berdasarkan hasil kajian dengan orang asli Iban

Geografi[sunting | sunting sumber]

Gua Niah terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.

Ia terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miosen sebelum berlakunya pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah mempunyai keluasan 12 hektar dan kawasan di dalamnya dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan pintu di belakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

Taman Negara Gua Niah[sunting | sunting sumber]

Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fosil manusia yang berusia 40 ribu tahun dahulu[1].[2] sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.

Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Alfred Russel Wallace menyelidiki gua-gua tersebut saat ia melakukan ekspedisi ke Kalimantan pada 1855. Ia menulis tentang gua-gua tersebut sebagai tempat potensial untuk menemukan fosil-fosil hominin penting dalam sebuah surat kepada Charles Darwin. Para ahli arkeologi Inggeris mengekskavasi tempat tersebut pada 1869-1870, tetapi gagal untuk mendapatkan penemuan penting dan meninggalkan tempat tersebut.

Kajian Tom Harrison 1958[sunting | sunting sumber]

Kajian oleh Tom Harrison di Gua Niah.

Pada tahun 1958, satu cari gali yang diketuai oleh Tom Harrisson, kurator Muzium Sarawak dan penggemar arkeologi amatur serta isterinya Barbara Harrison; beliau telah membongkar satu tengkorak manusia disebelah barat pintu utama Gua Niah, yang dianggarkan berusia 40,000 tahun.[3] Mereka menemukan Tulang Dalam pada 1958.[4] Tengkorak ini merupakan tengkorak manusia moden (Homo sapiens) yang terawal di Asia Tenggara di mana ia ditemui di aras di mana perkakasan batu telah dijumpai sebelumnya bersama arang yang memberikan tarikh radiokarbon sekitar 40,000 tahun dahulu. Ini merupakan bukti terawal pendudukan manusia di Borneo.

Selain bukti kehadiran manusia Zaman Paleolitik pada tempoh Pleistocene Akhir, para cari gali turut menjumpai bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers, dan kemudiannya tapak pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu.

Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaeolithic (awal Zaman Batu). Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya era Holocene sekitar 10,000 dahulu.

Laluan ke Taman Negara Niah[sunting | sunting sumber]

Laluan serta jarak untuk ke Taman Negara Gua Niah jika dan sekiranya daripada Kota Kuching Ibu Negeri Sarawak Bumi Kenyalang. adalah kira-kira 628 km dan akan mengambil masa sekurang-kurang dalam 11-12 jam. Taman Negara Niah juga boleh dilawati oleh semua pelawat melalui pelbagai jaringan jalanraya yang menghubungkan kawasan ini dengan bandaraya Miri ataupun bandar Bintulu. Jarak daripada bandaraya Miri adalah kira-kira 90 km melalui Lebuhraya Persisiran Pantai memakan masa 1 jam setengah jam ataupun 90 menit perjalanan, dan manakala pula, jika daripada Pusat Bandar Bintulu adalah kira-kira 120 km (2jam).

Taman Negara Niah boleh didatangi dengan menggunakan kenderaan persendirian, teksi ataupun bas ekspres yang pergi dari bandaraya Miri ke Bintulu ataupun dari Bintulu ke Bandaraya Miri dengan berhenti di Simpang Ngu. Dari simpang berkenaan, pelawat boleh menggunakan kenderaan yang disewa yang terdapat di sekitar simpang berkenaan dengan harga yang tertentu. Sila maklumkan pemandu berkenaan supaya menghantar anda ke Pejabat Taman Negara Niah.

Kemudahan di Gua Niah[sunting | sunting sumber]

Taman Negara Niah juga menyediakan kemudahan kediaman kepada pelancong iaitu tapak perkhemahan, hostel dan chalet dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Di sini juga terdapat kafeteria untuk membolehkan pelancong mendapatkan bekalan makanan kerana semua kemudahan di Taman Negara Niah tidak dibenarkan memasak. Namun pelancong dibenarkan membuat barbeque di kawasan luar penginapan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Teknologi Maklumat Ruangan Dalam Arkeologi (Penerbit USM), By Tarmiji Masron, Mokhtar Saidin
  2. ^ Gua Niah, Sarawak
  3. ^ Harrisson, Tom (1957). "The Great Cave of Niah: A Preliminary Report on Bornean Prehistory". Man. 57: 161–166.
  4. ^ Reynolds, Tim; dll. (2015). "Reconstructing Late Pleistocene Climates, Landscapes, and Human Activities in Northern Borneo from Excavations in the Niah Caves". Dalam Kaifu, Yousuke; dll. (penyunting). Emergence and Diversity of Modern Human Behavior in Paleolithic Asia. Texas A&M University Press.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]