Gua Para Patriark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gua Para Patriak)
Lompat ke: pandu arah, cari
Foto Gua Para Patriark dari dekat

Gua Para Patriark atau Gua Machpelah (bahasa Inggeris: Cave of the Patriarchs atau Cave of Machpelah; Ibrani: מערת המכפלה, Me'arat HaMachpela, Trans. "Gua untuk Dua Makam"; Bahasa Arab: المغارةAl Magharah, "Gua") adalah serangkaian gua bawah tanah yang terletak di dalam sebuah kompleks yang disebut oleh Muslim sebagai Makam Nabi Ibrahim atau Masjid Ibrahim (Bahasa Arab: الحرم الإبراهيمي‎, Mengenai bunyi ini Al-Haram Al-Ibrahimi ). Nama ini juga merujuk kepada tata letak ruangan pemakaman, atau alternatif merujuk kepada pasangan alkitabiah, iaitu: Gua Makam Pasangan.

Gua ini juga adalahh merupakan kompenan keagamaan Yahudi yang terletak di dalam bandar lama Hebron (yakni terletak dibahagian barat daya Tebing Barat, di tengah-tengah Judea purba), dan umumnya dianggap oleh umat Yahudi, Kristian dan Muslim sebagai pusat kerohanian. Dalam tradisi Yahudi, Kristian dan Islam, kawasan berkenaan dianggap sangat sinonim sebagai kawasan pemakaman untuk empat (4) pasangan biblikal iaitu: Nabi Adam a.s. & Hawa; Nabi Ibrahim a.s. & Siti Sarah; Nabi Ishak a.s. & Rabeekah; Nabi Yaakub a.s. & Leah. Berdasarkan kepada sumber Midrash, kawasan ini juga terdapatnya makam Ishu saudara kepada Nabi Yaakub a.s..[1] dan berdasarkan beberapa sumber Islam, gua suci ini turut menyimpan jasad Nabi Yusuf a.s.. Manakala menurut Injil Kristian, Yusuf telah dikebumikan di Shechem (sekarang merupakan bandar Palestin yang digelar Nablus), namun menurut segelintir tradisi Yahudi aggadic memberi idea bahawa Yusuf dikebumikan di Hebron, dan sesetengah pendapat ahli sejarawan Islam bersetuju dengan perkara tersebut.[2] Kitab Apokrifal Yahudi atau kitab Perjanjian Dua Belas Patriak, juga menyatakan tempat ini (gua ini) merupakan makam bagi Nabi Yaakub a.s. dan 12 orang anak lelakinya.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Sefer Ha-yashar has the head buried ‘in that place where the battle had been in Hebron’ (Kiryat Arba, before the cave of Machpelah) Mordecai Manuel Noah (tr.) Book of Jasher, M.M. Noah & A.S. Gould, 1840, chapters 56,50: 57:4, pp.184-5
  2. ^ Shalom Goldman, 'The Wiles of Women/the Wiles of Men: Joseph and Potiphar's Wife in Ancient Near Eastern, Jewish, and Islamic Folklore,SUNY Press, 1995 pp.126-7
  3. ^ http://www.earlychristianwritings.com/text/patriarchs-charles.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Mosques in the Palestinian territories Templat:Religious Sites in the Palestinian Authority Templat:Holy sites in Judaism Koordinat: 31°31′29″N 35°06′39″E / 31.524744°N 35.110726°E / 31.524744; 35.110726