Gua Taat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gua Taat terletak berhampiran dengan Gua Bewah dan Gua Batu Tok Bidan di penjuru Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.[1]

Gua Taat hanya boleh dimasuki semasa musim kemarau iaitu semasa air tasik kering. Ini kerana ia telah ditenggelami air dan hanya sebahagian kecil sahaja daripada gua itu yang kelihatan dari pintu gua. Di dalamnya terdapat stalaktit berbentuk silinder seolah-olah tiang bangunan buatan manusia. Juga kelihatan formasi seakan-akan seekor kuda yang melekat pada dinding gua.

Kajian arkeologi[sunting | sunting sumber]

Tahun 1989, sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia dan Muzium Terengganu menjalankan ekskavasi di dalam Gua Taat. Rumusan kajian itu ialah penempatan masyarakat pra-sejarah yang lebih awal berbanding Gua Bewah. Artifak yang ditemui berasal dari kebudayaan Hoabinh iaitu berusia sekitar 10,000 hingga 3,000 Sebelum Masihi (kira-kira 5,000 hingga 12,000 tahun yang lepas).[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]