Gua Tambun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Lukisan Gua Tambun terletak di bawasan bukit-bukit batu kapur di Gunung Panjang, dekat dengan bandar raya Ipoh, negeri Perak, Malaysia. Lukisan Gua Tambun dipercayai dibuat pada Zaman Neolitik berusia 3000 tahun. Lukisan termasuk gambar aktiviti perburuan binatang. Motif yang dilukis termasuklah orang Asli purba, rusa, pelanduk, kura-kura dan dugong. Gunung Panjang berdekatan dengan Kem Syed Putra, Tambun, Ipoh.

Lukisan prasejarah di Gua Tambun

Kawasan lukisan gua ini asalnya tidak mendapat jagaan dan perhatian rapi daripada pihak arkeologi. Dikatakan pada 1959, Leftenan R. L. Rawlings dalam rondaan pada zaman darurat telah menjumpai lukisan-lukisan purba ini.