Gua Thien Duong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gua Thien Duong
Gua Thien Duong

Gua Thien Duong (Syurga) merupakan sebuah gua di Vietnam. Terletak di Vietnam Pusat, Phong Nha-Ke Bang, wilayah Quang Binh, 450 km ke selatan Hanoi. Pada tahun 2005, gua ini didakwa sebagai gua terbesar di dunia, ia ditemui oleh sepasukan peneroka gua Inggeris dari British Caving Association. [1][2] Kagum dengan keindahan gua, penjelajah British menamakannya sebagai syurga. Penjelajah British juga turut mendakwa gua ini adalah gua terpanjang di Asia. Sebuah syarikat tempatan iaitu Syarikat Truong Thinh telah membina jalan raya dan kemudahan pelancongan di kawasan ini. Ia dibuka kepada pelancong bermula dari 3 September 2010.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Paradise Cave found to be 31km long, says British explorer". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-04. Dicapai pada 2011-07-06.
  2. ^ "Hang động Thiên Đường phá kỷ lục về độ dài". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2011-07-06.
  3. ^ Thien Duong Cave – Magical mystery tour

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.