Gugudan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gugudan
181106 구구단(gugudan) 미니앨범 'Act 5 New Action' 쇼케이스.jpg
Gugudan di showcase Act. 5 New Action
Dari kiri ke kanan: Soyee, Sally, Mimi, Sejeong, Hana, Mina, Nayoung dan Haebin.
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2016 (2016)–2020
Syarikat rakaman
Jellyfish Entertainment
Pengkarya berkait
  • I.O.I
  • Gugudan 5959
  • Gugudan SEMINA
  • BonBon Girls 303
Laman sesawang
Laman web rasmi
Bekas ahli
  • Mimi
  • Hana
  • Haebin
  • Nayoung
  • Sejeong
  • Sally
  • Soyee
  • Mina
  • Hyeyeon
Nama Korea
Hangul
Perumian SemakanGugudan
McCune–ReischauerKukutan

Gugudan (Hangul구구단, juga disebut sebagai gu9udan[1] atau gx9) ialah sebuah kumpulan wanita Korea Selatan yang ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Jellyfish Entertainment. Kumpulan ini terdiri daripada sembilan ahli: Mimi, Hana, Haebin, Nayoung, Sejeong, Sally, Soyee, Mina dan Hyeyeon. Pada asalnya kumpulan ini mempunyai sembilan ahli, namun Hyeyeon kemudian mininggalkan kumpulan pada 25 Oktober 2018.

Setelah dua tahun tanpa aktiviti berkumpulan, Gugudan bubar pada 31 Disember 2020.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pra-kemunculan pertama[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Januari 2016, Kim Na-young, Kim Se-jeong dan Kang Mi-na diperkenalkan sebagai pelatih Jellyfish Entertainment di dalam program Mnet, Produce 101 dimana 101 pelatih wanita daripada pelbagai syarikat bertanding untuk membuat kemunculan pertama di dalam kumpulan wanita 11 ahli yang akan mempromosi selama setahun dibawah YMC Entertainment. Selepas menduduki tempat ke-2 dan ke-9 di dalam episod terakhir, Sejeong dan Mina membuat kemunculan pertama sebagai ahli I.O.I pada bulan Mei 2016.

2016: Kemunculan pertama menerusi "Wonderland"[sunting | sunting sumber]

Gugudan di atas pentas, pada 4 September 2016.

Pada 7 Jun, Jellyfish Entertainment mengesahkan bahawa Sejeong dan Mina akan membuat kemunculan pertama di dalam kumpulan wanita syarikat ini pada bulan yang sama.[2] Nayoung juga disahkan sebagai ahli kumpulan ini pada 10 Jun[3] dan pada 13 Jun, syarikat ini mendedahkan bahawa kumpulan ini akan mempunyai 9 ahli.[4] Pada 17 Jun, Jellyfish Entertainment mengumumkan Gugudan sebagai nama kumpulan ini.[5]

Kumpulan ini membuat kemunculan pertama pada 28 Jun 2016 menerusi album mini mini Act. 1 The Little Mermaid bersama "Wonderland" sebagai single utama.[6][7] Gugudan mengambil bahagian dalam projek musim sejuk Jellyfish Entertainment, Jelly Christmas 2016. Lagu "Falling" dikeluarkan secara digital pada 13 Disember 2016.[8][9][10][11][12]

Pada 17 Disember 2016, Gugudan mengumumkan nama kelab rasmi mereka, "Dear Friend" (단짝), melalui saluran aplikasi V mereka, dengan makna bahawa peminat dan Gugudan akan menjadi kawan terbaik.[13]

2017: Act. 2 Narcissus dan Act. 3 Chococo Factory[sunting | sunting sumber]

Pada awal Februari 2017, Jellyfish Entertainment mengumumkan bahawa Gugudan akan membuat kemunculan pertama mereka sejak penampilannya dengan mini album kedua mereka.[14] Album mini, Act. 2 Narcissus dengan singel utama "A Girl Like Me", dikeluarkan pada 27 Februari.[15]

Pada 8 November, kumpulan itu kembali dengan album single, Act. 3 Chococo Factory, yang menampilkan lagu bertajuk, "Chococo".[16] Sebelum pengeluaran lagu itu, mereka mengumumkan bahawa Soyee akan menjalani hiatus untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan bahu yang dia dialami sebelum debutnya.[17]

2018: Act. 4 Cait Sith, Act. 5 New Action, debut Jepun dan Hyeyeon meninggalkan kumpulan[sunting | sunting sumber]

Gugudan pada 11 Mac 2018.

Pada 1 Februari, Gugudan melancarkan album single kedua mereka Act. 4 Cait Sith, dengan single utama "The Boots".[18]

Pada 17 Mei, diumumkan bahawa ahli termuda Hyeyeon akan berehat sementara dari semua aktiviti kumpulan kerana isu kesihatan.[19]

Gugudan secara rasminya memulakan debutnya di Jepun dengan mengeluarkan single 'Stand By' mereka yang pertama di Jepun pada 19 September. Pada 21 September, Gugudan mengadakan showcase debut mereka dan fanmeeting bertajuk Gugudan 1st Showcase & Fanmeeting "Dear Friend" di Jepun di Tokyo Akasaka Blitz.[20][21] Kumpulan ini juga dijadualkan akan mengadakan lawatan pertama mereka di Jepun di Osaka dan Tokyo bermula pada 7 Disember 2018.[22]

Pada 25 Oktober, mereka mengumumkan bahawa Hyeyeon secara rasmi meninggalkan kumpulan itu untuk memberi tumpuan kepada pelajaran dan pemulihan kesihatannya. Walaupun Hyeyeon telah meninggalkan Gugudan, dia masih di bawah Jellyfish Entertainment.[23]

Pada 6 November, Gugudan mengeluarkan Album Mini ketiga mereka. Act. 5 New Action yang mengandungi enam buah lagu, termasuk single utama "Not That Type".[24][25]

2020: Sally mengambil bahagian dalam Produce Camp 2020 dan dibubarkan[sunting | sunting sumber]

Ahli Cina Sally mengambil bahagian dalam rancangan survival Produce 101 versi Cina pada bulan April. Pada episod akhir Sally mendapat tempat keenam dan menjadikannya sebagai ahli kumpulan wanita sementara Bonbon Girls 303.

Pada 30 Disember, Gugudan telah mengumumkan pembubaran mereka. Jadual akhir mereka akan selesai pada 31 Disember 2020.[26] Jellyfish juga mengumumkan bahawa semua ahli akan tinggal bersama syarikat itu.[27]

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Jung Mi-mi (Hangul: 정미미) lahir pada (1993-01-01) 1 Januari 1993 (umur 30). Beliau merupakan bekas pelatih FNC Entertainment. Beliau mewakili nombor 7.
  • Hana (Hangul: 하나), lahir sebagai Shin Bo-ra (Hangul: 신보라) pada (1993-04-30) 30 April 1993 (umur 29). Beliau merupakan ketua kumpulan ini.[28] Beliau mewakili nombor 1.
  • Han Hae-bin (Hangul: 한해빈) lahir pada (1995-08-16) 16 Ogos 1995 (umur 27). Beliau mewakili nombor 6.
  • Kim Na-young (Hangul: 김나영) lahir pada (1995-11-23) 23 November 1995 (umur 27). Beliau mewakili Jellyfish Entertainment bersama-sama Sejeong dan Mina di dalam program Mnet, Produce 101 dimana beliau menduduki tempat ke-14 di dalam episod terakhir. Beliau mewakili nombor 4.
  • Kim Se-jeong (Hangul: 김세정) lahir pada (1996-08-28) 28 Ogos 1996 (umur 26). Beliau mewakili Jellyfish Entertainment di dalam program Mnet, Produce 101 dimana beliau menduduki tempat ke-2 di dalam episod terakhir dan membuat kemunculan pertama sebagai ahli I.O.I. Sejeong juga merupakan peserta K-pop Star 2.[29][30] Beliau mewakili nombor 3.
  • Sally (Hangul: 샐리), lahir sebagai Liu Xiening (Cina ringkas: 刘些宁; pinyin: Liú Xiēníng, Hangul: 류셰닝) pada (1996-10-23) 23 Oktober 1996 (umur 26) di Guangdong, China. Beliau merupakan satu-satunya ahli bukan Orang Korea di dalam kumpulan ini. Dan beliau juga menyertai rancangan Produce 101 versi cina pada tahun 2020 dimana beliau menduduki tempat ke-6 di dalam episod terakhir dan akan debut sebagai ahli Bonbon Girls 303. [31] Beliau mewakili nombor 8.
  • Soyee (Hangul: 소이), lahir sebagai Jang So-jin (Hangul: 장소진) pada (1996-11-21) 21 November 1996 (umur 26). Beliau merupakan bekas pelatih Plan A Entertainment .Beliau mewakili nombor 2.
  • Kang Mi-na (Hangul: 강미나) lahir pada (1999-12-04) 4 Disember 1999 (umur 23). Beliau mewakili Jellyfish Entertainment di dalam program Mnet, Produce 101 dimana beliau menduduki tempat ke-9 di dalam episod terakhir dan membuat kemunculan pertama sebagai ahli I.O.I. Beliau mewakili nombor 9.
  • Cho Hye-yeon (Hangul: 조혜연) lahir pada (2000-08-05) 5 Ogos 2000 (umur 22). Beliau mewakili nombor 5.

Sub-unit[sunting | sunting sumber]

Gugudan 5959[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai 2017, Jellyfish Entertainment membentuk kumpulan subunit pertama bernama Gugudan 5959 (Hangul구구단 오구오구; dieja sebagai "Ogu-ogu"), yang terdiri daripada ahli termuda Mina dan Hyeyeon.[32][33] Nama "5959" terdiri dari angka yang diwakili mereka di Gugudan: Hyeyeon mewakili nombor 5 dan Mina mewakili nombor 9. 5959 mengeluarkan single pertama mereka, "Ice Chu", pada 10 Ogos 2017.[34][35]

Selepas Hyeyeon meninggalkan kumpulan pada Oktober 2018, subunit tersebut menjadi tidak aktif.

Gugudan SEMINA[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 2018, Jellyfish Entertainment membentuk subunit kedua Gugudan, yang terdiri daripada ahli Sejeong, Mina dan Nayoung, bernama Gugudan SeMiNa (Hangul구구단 세미나).[36][37] Nama "SeMiNa" terdiri daripada suku kata pertama nama ahli. Gugudan SeMiNa membuat debut dengan mengeluarkan album single pertama dengan nama yang sama dengan mereka. Album single itu terdiri daripada dua buah lagu dan dikeluarkan pada 10 Julai 2018.[38][39]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album mini[sunting | sunting sumber]

  • Act. 1 The Little Mermaid (2016)
  • Act. 2 Narcissus (2017)
  • Act. 5 New Action (2018)

Album single[sunting | sunting sumber]

  • Act. 3 Chococo Factory (2017)
  • Act. 4 Cait Sith (2018)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Gugudan Project: Extreme School Trip (MBC Music; 2016)

Konsert dan lawatan[sunting | sunting sumber]

  • Gugudan 1st Showcase & Fanmeeting "Dear Friend" in Japan (2018)[21]
  • Gugudan 1st Japan Tour "PLAY" (2018)[22]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Asia Artist Awards[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Gugudan Popularity Award (Singer)[40] Tercalon
2017 Rising Star Award Menang
Popularity Award (Singer) [41] Tercalon
2018 Tercalon
New Wave Award (Music) Menang

Gaon Chart Music Awards[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Gugudan New Artist of the Year Tercalon

Golden Disc Awards[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Gugudan New Artist of the Year [42] Tercalon
Popularity Award Tercalon
Asian Choice Popularity Award Tercalon

Mnet Asian Music Awards[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Gugudan Best New Artist (Female Group) Tercalon
Artist of the Year Tercalon

Seoul Music Awards[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Gugudan Bonsang Award Tercalon
New Artist Award Tercalon
Popularity Award Tercalon
Hallyu Special Award Tercalon
2018 Bonsang Award Tercalon
Popularity Award Tercalon
Hallyu Special Award Tercalon

Soribada Best K-Music Awards[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Gugudan Performance Award[43][44] Menang
Popularity Award Tercalon

Anugerah lain[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2016 Rookie Asia M-style Show Cultural Technology - Awesome Style Award Gugudan Menang

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lee, Eun-jeong (2016-06-17). "젤리피쉬 1호 걸그룹은 '구구단'…"올여름 샛별"". Naver. Yonhap News. Dicapai pada 2016-06-19.
  2. ^ Kim, Ji-yeon (2016-06-07). "I.O.I's Kim Sejeong and Kang Mina Confirmed for Jellyfish's First Girl Group". Mwave. enewsWorld. Dicapai pada 2016-06-19.
  3. ^ Lee, Ji-young (2016-06-10). "'Produce 101' Kim Na Young Confirmed for Jellyfish's New Girl Group". Mwave. enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-20. Dicapai pada 2016-06-19.
  4. ^ Kim, Ji-young (2016-06-16). "9 members of Jellyfish's new girl group unveiled". The Korea Herald. Dicapai pada 2016-06-19.
  5. ^ Jeon, Su Mi. "Jellyfish Finally Announces New Girl Group Name". Mwave. CJ E&M enewsWorld. Dicapai pada 2016-06-17.
  6. ^ "Gugudan Welcomes You To Their 'Wonderland' In New Music Video Teaser!". officiallykmusic.com. 2016-06-26.
  7. ^ "Watch: gugudan Welcomes You To Their "Wonderland" In Debut MV". 2016-06-27.
  8. ^ "서인국부터 구구단까지..'젤리 크리스마스' 막강 라인업". Naver. Dicapai pada 2016-12-09.
  9. ^ "서인국·빅스·구구단..젤리 캐롤 '니가 내려와' 발매". Naver. Dicapai pada 2016-12-09.
  10. ^ "Update:Jellyfish Entertainment Announces Lineup For Upcoming "Jelly Christmas" Single". Dicapai pada 2016-12-09.
  11. ^ "Update:Jellyfish Entertainment releases teaser image and lineup for its Christmas album!". Dicapai pada 2016-12-09.
  12. ^ "서인국X빅스, '니가 내려와'로 뭉친 여심 스틸러". Dicapai pada 2016-12-10.
  13. ^ "Gugudan announce their official fan club name!". Dicapai pada 2016-12-17.
  14. ^ "Gugudan confirm February comeback date!". Dicapai pada 2017-01-04.
  15. ^ "'컴백' 구구단, 미니 앨범 '나르시스(Act.2 Narcissus)' 27일 공개". 2017-02-26.
  16. ^ "Gugudan Serves Up Creepy Pop Confection in 'Willy Wonka'-Inspired 'Chococo' Video". Billboard. 8 November 2017. Dicapai pada 10 November 2017.
  17. ^ "gugudan's Soyee To Go On Indefinite Hiatus Due To Flare Up Of Old Injury". Soompi. 18 October 2017. Dicapai pada 24 November 2017.
  18. ^ "구구단, 타이틀 '더 부츠' 감상 포인트 3". Naver.
  19. ^ "Gugudan's Hyeyeon taking hiatus due to health issues".
  20. ^ "구구단, 日 단독 쇼케이스 개최… 첫 단독 팬미팅까지". Sports Donga (dalam bahasa Korea). Dicapai pada September 24, 2018.
  21. ^ a b "【REPORT】gugudanが初の来日ショーケースを開催!「ワクワクという日本語が気に入りました」". Kstyle (dalam bahasa japanese). Dicapai pada September 27, 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  22. ^ a b "1st JAPAN TOUR開催決定". Gugudan Japanese Website (dalam bahasa japanese). Dicapai pada September 21, 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ ""건강 문제·학업 집중" 구구단 혜연 탈퇴 공식화[입장 전문]". Ilgan Sports via Naver (dalam bahasa Korean). Dicapai pada October 25, 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  24. ^ https://m.entertain.naver.com/read?oid=076&aid=0003340765
  25. ^ http://cm.seconomy.kr/view.php?ud=201811060808416164d3244b4fed_2#_enliple
  26. ^ Yoon, Gi-baek (December 30, 2020). "구구단, 4년 만에 해체 [공식]". Naver (dalam bahasa Korea). E-Daily. Dicapai pada December 30, 2020.
  27. ^ Jang, Jin-ri (December 30, 2020). "구구단, 데뷔 4년만에 해체…"멤버들 계약 유지한 채 각자도생"[전문]". Naver (dalam bahasa Korea). SPOTV News. Dicapai pada December 30, 2020.
  28. ^ gugudan DEBUT FILM #1 - Welcome to gugudan theatre. 2016-06-19.
  29. ^ "프로듀스101 순위1위 김세정, 3년전 'K팝스타2' 시절 어땠나". Sports Today. 2016-02-13. Dicapai pada 2016-05-01.
  30. ^ Choi, Hee-na (2016-04-10). "반달 눈웃음 그대로인 '김세정' 피팅모델 시절 사진". Insight. Dicapai pada 2016-05-01.
  31. ^ Choi, Na-young. "[단독] 구구단 샐리, 젤리피쉬 최초 외국인 멤버 영입". Naver. OSEN. Dicapai pada 2016-06-23.
  32. ^ "[공식] 구구단 미나x혜연, 8월 첫 유닛 출격..상큼 막내라인" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 19, 2017.
  33. ^ "미나와 혜연, 구구단 오구오구".
  34. ^ "[팝's신곡]"한여름 마스코트" 구구단 오구오구, 상큼 보스 출격".
  35. ^ "'오늘 데뷔' 구구단 오구오구, 기대 포인트 3".
  36. ^ "구구단 세정·미나·나영, NEW 유닛 예고? '프듀' 올A 조합 온다".
  37. ^ "[공식입장] 구구단 세정·미나·나영, 그룹명은 '세미나'…10일 신곡발표".
  38. ^ ""3인 3색 썸머걸"..구구단 세미나, 오늘(10일) 싱글 'SEMINA' 공개".
  39. ^ "[팝's신곡]"예쁜 날 놓칠걸"…'구구단 세미나' 말고 딴 곳 보면 '샘이나'".
  40. ^ "2016 Asia Artist Awards - the Most Popular Artists (Singer)". Diarkibkan daripada yang asal pada September 21, 2017. Dicapai pada 19 October 2016.
  41. ^ "2017 Asia Artist Awards". Asiaartistawards.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 21, 2017. Dicapai pada 2017-09-20.
  42. ^ "31st Golden Disc Nominees - Golden Disc". Diarkibkan daripada yang asal pada December 5, 2016. Dicapai pada January 13, 2017.
  43. ^ "'소리바다' 엑소, 韓최초 5년연속 대상..트와이스는 음원퀸[종합]". Mosen.mt.co.kr. 2017-09-20. Dicapai pada 24 September 2017.
  44. ^ "[소리바다어워즈]엑소·트와이스 대상·워너원 2관왕…K팝 축제 (종합)". Mpop.heraldcorp.com. 20 September 2017. Dicapai pada 24 September 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]