Guillermo del Toro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Benicio del Toro.
Guillermo del Toro
Guillermo del Toro in 2017.jpg
Del Toro di Festival Filem Sitges pada 2017
Kelahiran Guillermo del Toro Gómez[1]
(1964-10-09) 9 Oktober 1964 (umur 54)
Guadalajara, Jalisco, Mexico
Kediaman Agoura Hills, California, A.S.
Pekerjaan Pengarah filem, penulis skrip, penerbit, penulis novel
Tahun aktif 1985–kini
Pasangan Lorenza Newton (k. 1986; c. 2017)[2][3]
Anak 2
Tandatangan
Guillermo del Toro signature.svg

Guillermo del Toro Gómez (Sebutan Sepanyol: [ɡiˈʝeɾmo ðel ˈtoɾo], [gi-yér-mo dél to-ro]; lahir 9 Oktober 1964) merupakan seorang pengarah filem, penulis skrip, penerbit, dan penulis novel dari Mexico. Dalam kerjaya filemnya, del Toro telah bergilir-gilir antara filem fantasi gelap bahasa Sepanyol, seperti filem-filem seram gotik The Devil's Backbone (2001) dan Pan's Labyrinth (2006), dan filem-filem aksi utama Hollywood seperti filem aksi adiwira Blade II (2002), Hellboy (2004) dan kesinambungannya Hellboy II: The Golden Army (2008), siri animasi Trollhunters (2016) dan filem cereka sains Pacific Rim (2013).

Filem fantasi 2017 beliau, The Shape of Water menerima pujian pengkritik dan memenangi anugerah Singa Emas di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-74 serta Anugerah Akademi dalam kategori-kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik serta Golden Globe, BAFTA, Pilihan Pengkritik, dan Directors Guild of America.

Beliau turut terlibat sebagai seorang penerbit yang produktif; antara filem terbitannya termasuk The Orphanage (2007), Julia's Eyes (2010), Biutiful (2010), Kung Fu Panda 2 (2011), Puss in Boots (2011), Mama (2013), dan Kung Fu Panda 3 (2016).

Karya Del Toro dicirikan oleh sambungan yang kuat antara cerita dongeng dan cerita seram, dengan usaha untuk menanamkan kecantikan visual atau puitis.[4] Beliau tertarik dengan konsep raksasa yang dianggapnya sebagai simbol kekuatan yang hebat.[5]

Beliau dikenali dengan menggunakan tema-tema agama (terutamanya daripada agama Katolik anutan beliau), meraikan ketidaksempurnaan, alam barzakh dan motif lancar, kesan khas praktikal, dominan lampu amber, dan kerjasama yang kerap dengan pelakon Ron Perlman dan Doug Jones.[6][7] Beliau merupakan rakan karib rakan pembikin filem senegaranya, Alfonso Cuarón dan Alejandro G. Iñárritu yang secara kolektif dikenali sebagai "The Three Amigos of Cinema."[8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pengarah Penulis Penerbit Penerbit eksekutif Catatan
1985 Doña Lupe Ya Ya Ya Filem pendek
Doña Herlinda y su Hijo Ya
1987 Geometría Ya Ya Ya Filem pendek
Obdulia Pembantu pengarah pertama
1989 Love Lies (Mentiras piadosas) Artis kesan solekan khas
Goitia, un dios para sí mismo Artis kesan solekan khas
1990 Morir en el golfo Artis kesan solekan khas dan artis lakon layar
1991 Cabeza de Vaca Artis kesan solekan khas
Bandidos Artis kesan solekan khas
1992 Mi querido Tom Mix Artis kesan solekan khas
1993 Cronos Ya Ya Peranan: "Man Walking Dog"
Dollar Mambo Artis kesan solekan khas
1995 Algunas nubes Artis kesan solekan khas
1997 Mimic Ya Ya
1998 Un Embrujo Ya
2000 Bullfighter Watak: "Bullboy #2"
2001 El espinazo del diablo Ya Ya Ya
2002 Asesino en Serio Ya
Blade II Ya
2004 Crónicas Ya
Hellboy Ya Ya Watak: "Guy Dressed as Dragon"
2006 Hellboy: Sword of Storms Penerbit kreatif
Pan's Labyrinth (El laberinto del fauno) Ya Ya Ya
2007 Hellboy: Blood and Iron Penerbit kreatif
The Orphanage (El Orfanato) Ya
Hellboy: Iron Shoes Filem pendek
Penerbit kreatif
Diary of the Dead Watak: Newsreader

(tidak dinamakan)

2008 Insignificant Things (Cosas insignificantes) Ya
Hellboy II: The Golden Army Ya Ya Watak

(tidak dinamakan)

Quantum of Solace Watak: suara tambahan
While She Was Out Ya
Rudo y Cursi Ya
2009 Rabia Ya
Splice Ya
2010 Biutiful Penerbit bersekutu
Julia's Eyes (Los ojos de Julia) Ya
Megamind Penasihat kreatif
2011 Kung Fu Panda 2 Ya
Cowboys & Aliens Penasihat kreatif

(tidak dinamakan)[9]

Don't Be Afraid of the Dark Ya Ya Watak: suara makhluk
Puss in Boots Ya Wataks: "Moustache Man / Comandante"
2012 The Captured Bird Ya Filem pendek
Rise of the Guardians Ya
The Hobbit: An Unexpected Journey Ya
El Santos vs. La Tetona Mendoza Watak: Gamborimbo Ponx
2013 Mama Ya
Pacific Rim Ya Ya Ya
The Hobbit: The Desolation of Smaug Ya
2014 Edge of Tomorrow Special visual consultant
The Book of Life Ya Watak: Land of the Remembered Captain's Wife
The Hobbit: The Battle of the Five Armies Ya
2015 Extraordinary Tales Narrator: The Pit and the Pendulum (voice)
Crimson Peak Ya Ya Ya
2016 Kung Fu Panda 3 Ya
2017 The Shape of Water Ya Ya Ya
2018 Pacific Rim Uprising Ya Dalam pascaproduksi

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2009 The Strain
2010 The Fall
2011 The Night Eternal
2016 Trollhunters

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Guillermo del Toro cumple 48 años en espera de El Hobbit". Informador. October 8, 2012. Dicapai November 26, 2013. 
  2. ^ "Mini Bio". IMDb. Dicapai February 14, 2018. 
  3. ^ Macnab, Geoffrey. "Guillermo del Toro interview: 'I think adversity is good – that is very Catholic of me'". The Independent. Dicapai February 14, 2018. 
  4. ^ Gorber, Jason (January 15, 2013). "Gorber's Epic Guillermo del Toro Interview, Part 2: On Producing and Building a Canon of Work". twitchfilm.com. Diarkibkan daripada asal pada January 18, 2013. Dicapai January 17, 2013. 
  5. ^ Guillermo del Toro (September 22, 2010). "Monsters Are Living, Breathing Metaphors". bigthink.com. Big Think. Dicapai January 17, 2013. 
  6. ^ "Dissection of Darkness" (PDF). lexpiccione.com. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada January 12, 2015. Dicapai January 17, 2013. 
  7. ^ Whitty, Stephen (July 7, 2013). "Guillermo del Toro on Pacific Rim, monsters, Hollywood and other horrors". nj.com. Dicapai July 7, 2013. 
  8. ^ Thompson, Anne (September 24, 2006). "Three amigos change face of Mexican film". Hollywoodreporter.com. 
  9. ^ Ditzian, Eric (July 29, 2012). "'Cowboys & Aliens': Jon Favreau Talks Creating Creatures". Dicapai July 16, 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]