Gunnar Gren

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gunnar Gren
Gunnar Gren-1957.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhJohan Gunnar Gren
Tarikh lahir31 Oktober 1920
Tempat lahirGothenburg, Sweden
Tarikh kematian10 November 1991(1991-11-10) (umur 71)
Tempat kematianGothenburg, Sweden
Ketinggian1.75 m (5 ka 9 in)
Posisi permainanPenyerang, pemain tengah menyerang
Kerjaya remaja
Silverkällans IK
BK Strix
Lindholmens BK
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1937–1940Gårda BK54(16)
1941–1949IFK Göteborg168(79)
1949–1953Milan133(38)
1953–1955Fiorentina55(5)
1955–1956Genoa CFC29(2)
1956–1957Örgryte IS4(0)
1963–1964GAIS22(2)
1976IK Oddevold1(0)
Pasukan kebangsaan
1939–1956Sweden B2(0)
1940–1958Sweden57(32)
Pasukan diurus
1952A.C. Milan
1956–1959Örgryte IS
1960IFK Göteborg
1963–1964GAIS
1965–1966IFK Värnamo
1967Redbergslids IK
1968–1969GAIS
1970Skogens IF
1973Fässbergs IF
1976IK Oddevold
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Johan Gunnar Gren (pronounced [ˈɡɵnːar ˈɡreːn]; 31 Oktober 1920 – 10 November 1991) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Sweden. Beliau dikenali secara meluas apabila menjadi pemain untuk kelab IFK Gothenburg dan A.C. Milan. Seorang pemain bola sepak yang kreatif, beliau turut dikenali dengan gaya permainan, visi, kemahiran menghantar bola serta merupakan sebahagian daripada trio "Gre-No-Li" di Milan dan pasukan kebangsaan Sweden. Beliau mampu beraksi sebagai seorang playmaker dan penggempur utama pasukan lawan.[1] Gren telah meraih beberapa pencapaian pasukan termasuklah pingat emas dalam Sukan Olimpik 1948, Guldbollen pada 1946 dan sebahagian daripada pasukan Sweden yang melangkah ke final Piala Dunia. Gren dianggap sebagai salah satu pemain bola sepak Sweden yang terhebat dan berprolifik. Sebuah tugu untuk mengabadikan kehebatan beliau telah didirikan di perkarangan stadium Gamla Ullevi.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Gren telah dilahirkan pada 31 Oktober 1920. Bapanya ialah Johan Olsson manakala ibunya pula ialah Gerda Maria Olsson. Bapanya merupakan seorang tukang kayu. Gren telah dibesarkan di Majorna, Gothenburg.[2] Sejak usia kecil, Gren telah menunjukkan kemahirannya dalam bola sepak. Pada 7 Oktober 1934, Presiden Persatuan Bola Sepak Gothenburg iaitu Carl "Ceve" Linde telah mengadakan acara "juggling". Kemudian, Gren memenangi hadiah sukannya yang pertama. Göteborgs Sport Bladet menulis tentang seorang budak yang berusia 13 tahun menunjukkan kemahirannya dan bagaimana budak tersebut mengalahkan remaja-remaja lain dalam liga. Gren beraksi untuk Bollklubben Strix.[3] Pada usia remajanya, beliau bermain untuk kelab Lindholmens BK, GAIK dan Gårda BK.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Gårda BK[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1937, Gren mula beraksi untuk kelab Gårda BK. Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam Allsvenskan pada 1 Mei 1938 menentang Malmö FF yang berkesudahan terikat seri tanpa jaringan. Sepanjang menjadi pemain Garda, beliau telah beraksi dalam 54 perlawanan dan menjaringkan 16 gol.[4]

IFK Göteborg[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1941, Gren berpindah ke IFK Gothenburg. Kemudian, Gren berjaya memenangi satu kejuaraan domestik pada musim 1941-42 dan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak pada tahun 1947. Beliau memenangi Guldbollen pada tahun 1946.[5]

Perlawanan pertama Gren untuk kelab barunya ialah pada Ogos 1941 ketika menang 6-1 ke atas Gårda BK. Beliau telah beraksi sebanyak 164 perlawanan dan menghasilkan 78 gol.

Milan[sunting | sunting sumber]

Trio mantap "Gre-No-Li" di Milan.

Pada 11 September 1949, Gren tampil dalam penampilan sulungnya untuk Milan menentang Sampdoria yang menyaksikan Milan menang 1-3. Sepanjang kariernya di Milan, beliau ('Gre') mencipta trio mantap "Gre-No-Li" bersama pemain Sweden di Milan yang lain iaitu Gunnar Nordahl ('No') dan Nils Liedholm ('Li'). Beliau juga diberi nama samaran "Il Professore" dalam bahasa Itali yang bermaksud "profesor".[6] Di Milan, beliau telah memenangi kejuaraan Serie A pada musim 1950-51. Beliau seterusnya melakukan 133 penampilan di Serie A dan menjaringkan 38 gol.[7] Gren juga mengurus pasukan Milan pada tahun 1952 sebelum berpindah ke Fiorentina.

AC Fiorentina / Genoa CFC / Örgryte IS[sunting | sunting sumber]

Pada 1953, Gren berpindah ke AC Fiorentina dan melakukan 55 kemunculan dan menjaringkan 5 gol. Kemudian pada tahun 1955, Gren berpindah ke Genoa CFC dan beliau telah beraksi dalam 29 perlawanan dan menjaringkan dua gol.[8] Setelah berkelana ke Itali, Gren kembali semula ke tanah airnya. Pada tahun 1956, Gren kembali ke Gothenburg dan beliau menyertai Örgryte IS sebagai pemain dan pengurus. Gren meninggalkan kelab tersebut pada tahun 1959 dan menyertai kelab GAIS pada 1963.[9]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Gunnar Gren (kanan) ketika perlawanan menentang Jerman Barat pada tahun 1957.

Gren melakukan penampilan sulung untuk pasukan kebangsaan Sweden pada 29 Ogos 1940 ketika pasukannya meraih kemenangan 3-2 ke atas Finland. Pada dekad seterusnya, beliau telah beraksi dalam 40 perlawanan untuk Sweden. Pada era ini, Gren sebahagian daripada pasukan Sweden yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 1948 di London. Beliau telah menyumbat dua gol pada aksi final menentang Yugoslavia di Stadium Wembley.[10]

Gren telah berhenti daripada mewakili pasukan Sweden. Walau bagaimanapun, kejohanan Piala Dunia 1958 yang berlangsung di tanah airnya telah memperlihatkan persiapan pasukan Sweden yang agak lemah. Persatuan Bola Sepak Sweden telah mengubah syarat dengan memanggil Gren yang telah menamatkan kariernya dan beraksi di Divisyen Kedua Sweden. Gren menjadi pemain tertua dalam edisi Piala Dunia kali ini iaitu berusia 37 tahun. Beliau merupakan tonggak penting pasukan yang meraih pingat perak Piala Dunia. Gren tampil dalam lima perlawanan dan menjaringkan satu gol ketika perlawanan separuh akhir menentang Jerman Barat yang berkesudahan Sweden menang 2-1. Gren juga diumumkan ke dalam Bintang Pasukan Pilihan dalam edisi Piala Dunia tersebut.

Perlawanan terakhir Gren untuk Sweden pada 26 Oktober 1958 menentang Denmark yang tamat seri 4-4. Secara keseluruhannya, Gren telah beraksi dalam 57 perlawanan dan menjaringkan 32 gol.

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Semasa di A.C. Milan, Gren telah mengendali pasukan tersebut pada tahun 1952. Gren juga mengendali pasukan Örgryte IS dan GAIS ketika menjadi pemain pengurus. Selepas bersara, Gren telah menjadi pengurus bola sepak beberapa kali. Gren juga menjadi pengarah teknikal untuk Juventus buat tempoh yang sementara pada tahun 1961. Gren seterusnya mengendali pasukan GAIS,[11] IFK Värnamo, Redbergslids IK, Skogens IF, IK Oddevold dan Fässbergs IF.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga
Kmncln Gol
Sweden Gårda 1936–37 1 0
1937–38 22 4
1938–39 22 8
1939–40 9 4
Sweden Göteborg 1940–41 26 10
1941–42 22 9
1942–43 21 11
1943–44 16 8
1944–45 19 14
1945–46 20 18
1946–47 22 8
1947–48 21 1
Itali Milan 1949–50 37 18
1950–51 36 9
1951–52 31 7
1952–53 29 4
Itali Fiorentina 1953–54 33 2
1954–55 23 2
Itali Genoa 1955–56 32 23
Sweden Örgryte 1956–57 ? ?
1957–58 ? ?
1959 ? ?
Sweden GAIS 1963 20 2
1964 2 0
Sweden Oddevold 1976 1 0
Jumlah di Milan 133 38
Jumlah keseluruhan ? ?

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Sweden
Tahun Kmncln Gol
1940 3 1
1941 1 0
1942 4 1
1943 4 1
1945 6 5
1946 4 7
1947 6 3
1948 9 6
1949 3 1
1957 8 4
1958 9 3
Jumlah 57 32

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tugu Gunnar Gren di luar Stadium Gamla Ullevi.

Kelab[sunting | sunting sumber]

Göteborg
Milan[12]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sweden[13]

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="acmilan.com">"A.C. Milan Hall of Fame: Gunnar Gren". A.C. Milan. Dicapai 8 February 2016. 
  2. ^ name="aftonbladet.se">"Aftonbladet sport: Guldbollen". aftonbladet.se. 
  3. ^ name="aftonbladet.se"
  4. ^ Gunnar Gren. gardabk.se
  5. ^ Guldbollen. svenskfotboll.se
  6. ^ Gunnar Gren. IMDb
  7. ^ name="enciclopediadelcalcio.com">Gunnar Gren. enciclopediadelcalcio.com
  8. ^ name="enciclopediadelcalcio.com"
  9. ^ "GAIS – Spelarinformation för Gunnar Gren". GAIS. Diarkibkan daripada asal pada 20 August 2010. 
  10. ^ name=sr>Gunnar Gren. sports-reference.com
  11. ^ "Välkommen till GAIS". gais.se. Diarkibkan daripada asal pada 1 March 2009. 
  12. ^ name="acmilan.com"
  13. ^ name="acmilan.com"
  14. ^ name="acmilan.com"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]