Gunung Anak Noring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gunung Anak Noring
Geografi
Lokasidaerah Dabong, jajahan Kuala Krai, Kelantan, Semenanjung Malaysia
Induk banjaranTitiwangsa

Gunung Anak Noring (1,888.8 meter (6197 kaki) merupakan salah satu puncak yang terletak di daerah Dabong, dalam jajahan Kuala Krai, Kelantan.[1]

Di persekitaran gunung Anak Noring terdapat pelbagai spesies flora dan fauna termasuk spesies yang tidak terdapat di mana-mana dan hanya ada di kawasan Hutan Jelawang sahaja. Antara yang menarik perhatian ialah sejenis buluh yang dikenali sebagai Futomuqlua Pubesen dan tumbuhan bernama Begonia.

Selain itu terdapat juga ratusan jenis orkid pula dapat dilihat di merata tempat kawasan pergunungan yang dilalui. Juga terdapat pelbagai jenis burung enggang seperti burung Enggang Badak dan serangga yang amat menarik.

Selain itu, kawasan hutan berbukit di sekeliling gunung Anak Noring telah dikenal pasti sebagai kawasan badak liar.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]