Gunung Angsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Angsi
Gunung Angsi, dilihat dari Senawang.
Titik tertinggi
Ketinggian825 m (2,707 ka)
Geografi
LokasiDaerah-daerah Kuala Pilah dan Seremban, Negeri Sembilan
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa
Pendakian
Laluan paling mudahBukit Putus


Dilihat dari Rasah Jaya.


Gerbang mercu tanda berbentuk seperti Istana Lama Seri Menanti di permulaan trek mendaki (trailhead) Gunung Angsi di Bukit Putus.

Gunung Angsi ialah sebuah gunung yang terletak di antara Ulu Bendul, Kuala Pilah dan Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia dan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki).[1] Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan terbuka bagi pendakian.[2] Gunung Angsi terletak di dalam hutan lipur yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan luas kawasan pembangunan ketika itu adalah 6.9 hektar.

Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari puncak Gunung Angsi, pendaki boleh menikmati pemandangan kawasan bandaraya Seremban dan juga gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin. Ia agak mencabar dan pendaki boleh tersesat sekiranya tidak biasa dengan denai hutan,[3] di tambah dengan laluannya yang amat mencabar.[4]

Hutan Hulu Bendul merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok meranti, pokok keruing, damar hitam, dan pokok mersawa.

Sejarah lisan[sunting | sunting sumber]

Gunung ini diceritakan menempatkan seorang ketua suku bernama Dato' Paroi yang mampu menjelma menjadi seekor harimau jadian malah menjadi penghulu kepada semua harimau yang berkeliaran di Negeri Sembilan; gunung ini dikatakan menjadi tempat semua ekor harimau ini bertumpu untuk berguru silat dan mengaji dengannya. Ia pernah menjadi tempat keramat dikunjungi orang Melayu dan Cina setempat memberi hadiah penghormatan kepadanya pada abad ke-19.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aktiviti daki gunung semakin popular
  2. ^ Aktiviti daki gunung semakin popular
  3. ^ "75 pelajar, pensyarah terkandas di Gunung Angsi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-09. Dicapai pada 2017-08-08.
  4. ^ Meninggal dunia ketika daki Gunung Angsi
  5. ^ Zainal Abidin bin Ahmad (1925). "Dato' Paroï, Were-Tiger". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 3 (1 (93)): 74–78. ISSN 2304-7550.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]