Gunung Ayam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Ayam
Titik tertinggi
Ketinggian1,504 m (4,934 ka)
Geografi
Lokasijajahan Kuala Krai, Kelantan, Semenanjung Malaysia
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Ayam terdapat di Hutan Jelawang yang terletak di Gua Musang, Kelantan, Malaysia. Ia memiliki ketinggian pada 1,504 meter (4,934 kaki).[1]

Gunung Ayam (1,504) merupakan salah satu daripada 10 puncak yang terletak di dalam Taman Negeri Gunung Stong. Gunung yang lain adalah Gunung Baha (1,450m), Gunung Kopi (1,240m), Gunung Saji (1,284m), Gunung Chik Tahir (1,430m), Gunung Nyelit (1,345m), Gunung Beirut (1,380m), Gunung Tera (1,555m), Gunung Noring Timur (1,861m) dan Gunung Stong.[2]

Gunung Ayam mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Di persekitaran gunung Ayam terdapat pelbagai spesies flora dan fauna termasuk spesies yang tidak terdapat di mana-mana dan hanya ada di kawasan Hutan Jelawang sahaja. Antara yang menarik perhatian ialah sejenis buluh yang dikenali sebagai Futomuqlua Pubesen dan tumbuhan bernama Begonia.

Selain itu terdapat juga ratusan jenis orkid pula dapat dilihat di merata tempat kawasan pergunungan yang dilalui. Juga terdapat pelbagai jenis burung enggang seperti burung Enggang Badak dan serangga yang amat menarik.

Sementara itu terdapat formasi indah di dalam gua seperti straw, stalagtit, stalagmit, column, flowstone, scalouping, goupool, pillar dan skylight memberi pengalaman paling sukar ditemui oleh pendaki.

Gunung Ayam pernah menjadi lokasi pendakian bertujuan untuk berekreasi oleh Persatuan Kembara Negara (PKN) yang berjaya mendaki sembilan puncak yang semuanya berjaya dilengkapkan oleh 16 pendaki yang terdiri daripada ahli Kelab Kembara dan Sukan Lasak Institut Kejuruteraan Tentera Darat yang berpangkalan di Port Dickson. “Ini merupakan pertama kali diadakan aktiviti pendakian ke semua sembilan puncak yang ada di Taman Negeri Gunung Stong. Kesemua sembilan puncak itu berjaya ditawan dalam tempoh lima hari dan merupakan satu rekod baru dicipta dalam aktiviti pendakian.

Mitos[sunting | sunting sumber]

Buku Detik-detik Sejarah Kelantan menceritakan mengenai Cik Siti Wan Kembang yang telah membawa diri ke Gunung Ayam untuk beribadat menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah dan kisah hidupnya tidak lagi diketahui.[3], [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stefan Loose Reiseführer Malaysia, Brunei und Singapore: mit Reiseatlas
    By Renate Loose, Stefan Loose, Mischa Loose, Moritz Jacobi
  2. ^ "9 puncak ditawan dalam lima hari". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-11-17.
  3. ^ "Kisah raja perempuan Kelantan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-09. Dicapai pada 2017-08-09.
  4. ^ "Merajuk, bawa diri ke Gunung Ayam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-10. Dicapai pada 2017-08-09.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]