Gunung Berapi Amukta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Berapi Amukta
Mt. Amukta, Jun 1972
Titik tertinggi
Ketinggian1,066 m (3,497 ka)
Tonjolan1,066 m (3,497 ka)
Geografi
LokasiPulau Amukta, Alaska, Amerika Syarikat
Induk banjaranBanjaran Aleut
Peta topoUSGS Amukta C-4
Geologi
Jenis gunungStratovolcano
Letusan terakhir1997

Gunung Berapi Amukta atau nama Inggerisnya (Mount Amukta) merupakan sebuah gunung berapi yang terletak di Alaska, Amerika Syarikat.

Gunung berapi stratovolcano yang tidak terbelah Gunung Berapi Amukta membentuk sebahagian besar dari pulau Amukta yang bulat, seluas 7.7-km (Amuux̂tax̂[1] dalam bahasa Aleut). Ia merupakan terbarat antara rantaian Kepulauan Empat Gunung. Konnya, sekitar 5.8 km dalam ukurlilit basal dan dilitupi dengan kawah puncak seluas 0.4 km, kelihatannya pada imej radar bukaan-sinthetik dibina atas 300+ meter rabung tinggi menyonsong timur-barat. Sambungan pada rabung pada sebelah barat daya dan timur pulau menunjukkan kawah lama sekitar 6 km ukur lilit dan terbuka ke laut disebelah selatan. Tiada mata air panas atau fumaroles dilaporkan di Amukta. Sekora (1973, p. 29) melaporkan kehadiran kon sinder berhampiran timur laut pulau tersebut.

Aktiviti gunung berapi[sunting | sunting sumber]

Lapuran yang dicatat dengan baik mengenai sejarah gunung berapi Amukta adalah jarang; aktiviti dilaporkan pada 1786 hingga 1791, dan sekali lagi pada 1876 (Coats, 1950). Petroff (1884, citing Grewingk, 1850) menyenaraikan aktiviti di Amukhton pada 1770, kemungkinannya oleh gunung berapi yang sama; sama juga, Dall (1870, citing Grewingk, 1850) menggambarkan ketiadaan kativiti di Amukta pada 1770. Pada 13 Februari 1963 letupan berlaku membabitkan kawah pusat dan satu atau lebih lohong sisi; abu dan lahar dihasilkan (Anchorage Times, February 11, 1963; Decker, 1967). Awan rendak tegar melindungi sumber sebenar lahar, tetapi aliran dilihat mengalir dari bahagian barat kon barat daya ke laut di Traders Cove (Bulletin of Volcanic Eruptions, 1963).

Gunung Berapi Amukta yang setinggi 1066 meter (3497 kaki), terletak pada kordinate 52° 30′0″N, 171° 15′8″W.

Peta Pulau Amutka Island.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Catalog of the Historically Active Volcanoes of Alaska

by T.P. Miller, R.G. McGimsey, D.H. Richter, J.R. Riehle, C.J. Nye, M.E. Yount, and J.A. Dumoulin. U.S. GEOLOGICAL SURVEY Open-File Report 98-582, 104 pages, 102 figures. Alaska Volcano Observatory, Alaska, 1998.

  • Petroff, Ivan, 1884, The volcanic region of Alaska: in Population, Industries, and Resources of Alaska, Washington DC, Government Printing Office, p. 93-96.
  • Coats, R. R., 1963, Aleutian Islands and Alaska: Bulletin of Volcanic Eruptions, v. 3, p. 3.
  • Dall, W. H., 1870, Alaska and its resources: Boston, Lee and Shepard, 627 p.
  • Neal, Christina, and McGimsey, R. G., 1997, 1996 volcanic activity in Alaska and Kamchatka: Summary of events and response of the Alaska Volcano Observatory: U.S. Geological Survey Open-File Report OF 97-0433, 34 p.
  • Global Volcanism Program
  • Alaska Volcano Observatory
  1. ^ Bergsland, K. (1994). Aleut Dictionary. Fairbanks: Alaska Native Language Center.