Gunung Berapi Hood

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Berapi Hood
Pemandangan Gunung Hood dari Tasik Mirror
Titik tertinggi
Ketinggian11,249 ka (3,429 m)
Tonjolan7,706 ka (2,349 m)
Geografi
LokasiDaerah-daerah Clackamas dan Hood River, Oregon, Amerika Syarikat
Induk banjaranBanjaran Cascade
Geologi
Jenis gunungStratovolkano
Lengkok/Lingkaran
gunung berapi
Lengkok Gunung Berapi Cascade
Letusan terakhir21 September 1865–Januari 1866

Gunung Berapi Hood (Jawi: ڬونوڠ براڤي هود; bahasa Inggeris: Mount Hood; bahasa Multnomah: Wy'east) merupakan sebuah gunung berapi yang terletak di Oregon, sebuah negeri di rantau Barat Laut Pasifik di Amerika Syarikat, dan merupakan sebahagian daripada Lengkok Gunung Berapi Cascade yang menganjur dari British Columbia, Kanada di utara hingga ke utara California, Amerika Syarikat di selatan, di sepanjang zon benam antara Plat Amerika Utara dengan Plat Juan de Fuca.

Gunung Berapi Hood yang setinggi 11,249 kaki (3,429 m) ini merupakan gunung tertinggi di negeri Oregon, juga merupakan antara gunung yang paling menonjol di Amerika Syarikat.