Gunung Bunga Buah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gunung Bunga Buah
Titik tertinggi
Ketinggian1,430 m (4,690 ka)
Geografi
LokasiSelangor / Pahang, Semenanjung Malaysia

Gunung Bunga Buah yang terletak di sempadan Selangor Darul Ehsan, Genting Highland, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter [1] (4,690 kaki).Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang. Kebiasaannya gunung ini didaki ketika cuti hujung minggu. Gunung ini boleh didaki dalam masa sehari atau pendaki boleh juga bermalam dipuncak gunung ini. Lokasinya yang berdekatan Lembah Kelang, memudahkan pendaki menuju ke Genting Highland dalam masa yang singkat dan faktor tempat mula pendakian yang bersebelahan Jalan Kuala Lumpur - Genting Highland. Gunung Bunga Buah mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Ianya mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki) dari paras laut tetapi sebenarnya pendakian akan bermula dari Gohtong Jaya, sebuah bandar satelit Genting Highlands, pada ketinggian 900 meter dari dan bukan dari 0 meter. Disebabkan faktor ini, Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan popular bagi pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang ketika cuti hujung minggu kerana boleh didaki dalam masa sehari.

Gunung Bunga Buah ini boleh didaki dari kawasan Genting Highland atau lebih tepat lagi daripada Pekan Gohtong Jaya yang terletak sekitar 40km dari Kuala Lumpur. Ada dua trek yang boleh digunakan untuk menuju ke gunung ini, trek pertama daripada simpang belakang Hotel Seri Malaysia dan trek kedua pula adalah daripada bulatan besar selepas Pondok Polis di jalan ke Genting Highland. Kedua-dua trek ini adalah di dalam tanah persendirian dan secara rasminya pendaki perlu mendapat izin sebelum melalui trek-trek ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan akibat menceroboh.[2]

Sebuah bangkai helikopter Nuri tentera pernah ditemui terhempas di kaki Gunung Bunga Buah.[3]


Tapak Mula[sunting | sunting sumber]

Gunung Bunga Buah didaki dari kawasan Genting Highland. Terdapat dua pintu masuk ke gunung ini. Satu dari simpang belakang Hotel Sri Malaysia dan satu lagi dari bulatan besar selepas Pondok Polis di jalan ke Genting Highland. Kedua-dua tapak mula ini adalah tanah persendirian dan pendaki perlu mendapat izin sebelum melalui tanah persendirian bagi mengelakkan dari dikatakan menceroboh.

Kedua-dua tapak mula ini merupakan laluan berbatu bekas jalan kuari dan bertemu antara keduanya. Sumber air boleh diambil di alur air di tepi jalan kuari bagi yang mendaki dari Bulatan manakala bagi pendaki yang mendaki dari Sri Malaysia boleh mengambil air paip di pondok pengawal apartment di belakang Sri Malaysia.

Simpang Trail[sunting | sunting sumber]

Di tepi laluan kuari terdapat satu trek laluan hutan. Pendaki hanya perlu menyusur sepanjang laluan trek untuk sampai ke puncak gunung. Trek gunung ini mengikut permatang dan mempunyai satu tempat berbatu yang agak menarik sebelum tiba puncak dipanggil Rock Garden. Panorama pusat peranginan Genting Hingland jelas kelihatan di puncak tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]