Gunung Challi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gunung Challi
Titik tertinggi
Ketinggian1,923 m (6,309 ka)
Geografi
LokasiSempadan Pahang-Perak, Semenanjung Malaysia

Gunung Challi atau Gunung Pondok, juga disebut-eja Puncak Charlie merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur, Malaysia dan mempunyai ketinggian 1,923 meter (6,308 kaki). Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Gunung Challi (Pondok) mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Gunung Pondok yang cukup sinonim dengan kawasan Padang Rengas di Kuala Kangsar sentiasa menjadi simbolik atau mercu tanda semula jadi yang memisahkan sempadan antara Kuala Kangsar dengan Larut. Oleh kerana saiznya yang besar dan mudah untuk dilihat dari kawasan datar, ia secara tidak lansung amat berguna pada satu ketika dahulu untuk menjadi petunjuk arah bagi kedua-dua lokasi berkenaan.[1]

Terdapat juga beberapa gua di sini yang menjadi tumpuan segelintir penduduk melakukan kegiatan mencari tahi kelawar di dalam gua selain aktiviti pertapaan untuk meningkatkan ilmu kebatinan dan persilatan. Antara gua yang menjadi tumpuan termasuklah Gua Panca Logam dan Gua Bersanding.

Dakian[sunting | sunting sumber]

Bagi para pendaki, Gunung Challi sudah menjadi suatu kemestian untuk dilawati apabila mereka berada dalam aktiviti dakian jarak jauh seperti program dakian Trans Titiwangsa V1 atau G7, ini kerana para pendaki akan menjadikan Kem Charlie dan Charlie Pondok sebagai tempat mendirikan khemah hinggap sementara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]