Gunung Chamah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Chamah
Mulu.JPG
Gunung Chamah
Titik tertinggi
Ketinggian 2,171 m (7,123 ka)
Koordinat 5°13′01″N, 101°35′01″E
Geografi
Lokasi Kelantan

Gunung Chamah merupakan salah satu daripada gunung yang dikenali sebagai G7, iaitu tujuh puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia yang melebihi ketinggian 2,100m (7,000 kaki) a.p.l. Kecuali Gunung Tahan yang terletak di Banjaran Tahan, kesemuanya adalah terletak di Banjaran Titiwangsa. Gunung Chamah adalah gunung keenam tertinggi di Malaysia dan yang tertinggi di Kelantan. Ianya terletak berdekatan dengan sempadan negeri Perak dan merupakan salah satu gunung yang jarang dikunjungi dan terokai. Tidak banyak kajian dijalankan dipergunungan ini. Selain daripada tinjauan awal yang terkini dijalankan oleh WWF-Malaysia, kajian yang paling saintifik setakat ini ke atas kawasan Gunung Chamah ialah ekspedisi yang di kendalikan oleh JPNK dengan kerjasama JPSM dari 24 – 29 July 2011. Ekspedisi saintifik ini disertai oleh ahli-ahli sains dan penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Sains Malaysia dan Universtiti Malaysia Sabah. Objektif ekspedisi tersebut adalah untuk menjalankan pemerhatian umum dan mengutip sampel/spesimen botanikal dan zologikal berkaitan kepelbagaian biologi dipersekitaran Gunung Chamah untuk kajian lanjut.

Gunung Chamah dipilih untuk ekspedisi disebabkan kedudukannya yang strategik diantara pergunungan Taman Negeri Gunung Stong di Kelantan dan Taman Negeri Diraja Belum di Perak. Dari segi kedudukan geografinya, Chamah adalah sebahagian daripada koridor diantara ‘Lower Belum’ di Negeri Perak dan Lembah Nenggiri di Negeri Kelantan; satu kawasan yang masih diliputi hutan dan belum terusik. Tidak banyak yang diketahui berkenaan flora dan fauna gunung bagi kawasan tersebut tetapi secara lazimnya mungkin akan ada spesies endemik dan spesies yang jarang ditemui terdapat di persekitarannya. Kemungkinan terdapat badak Sumatra di kawasan tersebut adalah agak tinggi.

Gunung Chamah merupakan satu kawasan pergunungan yang agak luas tetapi sehingga kini masih belum ada perlindungan khusus bagi kawasan tersebut. Setakat ini ia masih belum diwartakan sebagai HSK, juga tidak diwartakan sebagai Taman Negeri atau Taman Hidupan Liar. Oleh itu adalah sangat mustahak Gunung Chamah dan persekitaran pergunungannya (Rajah 12) di wartakan sebagai HSK terlebih dahulu dan kemudian diwartakan untuk fungsi hutan perlindungan dibawah kelas Taman Negeri di bawah Seksyen 10(1) Enakmen Perhutanan Negara (Pemakian) 1985.

Disebabkan lokasinya, hutan di Gunung Chamah adalah hutan dara, dengan tamadun terdekat terletak 40-50 kilometer dari tempat ini. Penggembaraan berjalan kaki memerlukan pemandu yang berpengalaman. Hubungan tunggal dengan dunia luar ialah perjalanan perahu selama tiga jam melalui Tasik Temenggur.

Tasik Temenggur dibentukkan pada tahun 1970-an ketika kerajaan Malaysia membina sebuah empangan di Sungai Temenggur dan menenggelami sebahagian hutan. Masih terdapat banyak orang asli yang tinggal di hutan ini. Mereka menggunakan Tasik Temenggur yang mengaitkan Grik dengan Pos Kemar sebagai sistem pengangkutan utama mereka.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

[1]

  1. ^ http://jpnk.kelantan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=100:cadangan-5&catid=40:kajian-separuh-penggal&Itemid=293&lang=my