Gunung Aoraki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gunung Cook)
Gunung Aoraki/Gunung Cook
Aoraki / Mount Cook
Pemandangan gunung Aoraki dari
paras tinggi 4,000 meter
Titik tertinggi
Ketinggian3,724 m (12,218 ka)
Tonjolan3,724 m (12,218 ka) 
ke-39
Pengasingan3,140 kilometer (1,950 bt)
SenaraiTitik tertinggi negara
Tonjolan ultra
Koordinat43°35′42″S 170°8′31″E / 43.59500°S 170.14194°E / -43.59500; 170.14194Koordinat: 43°35′42″S 170°8′31″E / 43.59500°S 170.14194°E / -43.59500; 170.14194[1]
Geografi
Gunung Aoraki is located in Bumi
Gunung Aoraki
Gunung Aoraki (Bumi)
Induk banjaranAlp Selatan
Pendakian
Pendakian pertama1894 oleh Tom Fyfe, George Graham, Jack Clarke
Laluan paling mudahPendakian glasier/salji/ais

Gunung Aoraki (nama lama: Gunung Cook, bahasa Inggeris: Mount Cook; nama gandingan rasmi diberikan: Aoraki / Mount Cook[1]) adalah gunung tertinggi di New Zealand dengan ketinggian dicatatkan sebanyak 3724 meter.[2] Ia terletak di kawasan Alp Selatan yang membentang sepanjang wilayah Canterbury di Pulau Selatan.

Gunung ini sebahagian daripada Taman Negara Gunung Aoraki / Cook yang merupakan suatu tarikan pelancongan yang popular,[3] terutamanya dalam kalangan pendaki gunung. Gunung ini terdiri daripada tiga puncak: dari selatan ke utara, Puncak Rendah ( 3,593 m atau 11,788 ka), Puncak Tengah ( 3,717 m atau 12,195 ka ) dan Puncak Tinggi.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Aoraki merupakan nama seseorang dari suku Ngāi Tahu yang merangkumi kawasan Pulau Selatan; Aoraki dipercayai anak dewa langit Rakinui dengan betara Poharua Te Po. Mount Cook diberikan kepada gunung itu pada tahun 1851 oleh seorang kapten Inggeris bernama John Lort Stokes memperingati Kapten James Cook yang meninjau dan mengelilingi kepulauan New Zealand pada tahun 1770, walaupun Cook sendiri tidak pernah menjumpai gunung ini semasa penerokaannya. [4]

Perundingan selari tuntutan dibawa mengikut Perjanjian Waitangi antara suku Ngāi Tahu dan pihak Mahkota pada tahun 1998 memulihkan nama asal gunung ini secara rasminya, nama-nama Māori dan Barat digandingkan bersama dalam tatacara rasmi dilakukan negara tersebut. [5] Sebagai bagian dari penyelesaian, sejumlah nama tempat Pulau Selatan telah diubah untuk memasukkan nama Māori aslinya. Menandakan kepentingan Aoraki / Mount Cook, satu-satunya nama ini di mana nama Māori mendahului bahasa Inggeris. Di bawah penyelesaian itu, Mahkota setuju untuk mengembalikan gelaran ke Aoraki / Gunung Cook kepada Ngāi Tahu, yang kemudian akan secara resmi memberikannya kembali kepada negara. [5] Pemindahan belum berlaku; Ngāi Tahu dapat memutuskan bila ini akan berlaku. [6]

Geologi[sunting | sunting sumber]

Muka bumi dan iklim[sunting | sunting sumber]

Gunung ini terletak pada Sesaran Alp yang merentas Zealandia sepanjang 650 km; kegiatan hasil sesaran ini menambahkan ketinggian gunung ini secara beransur-ansur[7] sebanyak 7 milimeter setahun. Sesaran pusat gunung ini menggelincir setiap 100 hingga 300 tahun; catatan terakhir penyesaran ini berlaku pada tahun 1717.[7]

Curahan hujan tahunan di dataran rendah sekitar gunung khususnya di sebelah barat rata-rata sekitar 5 hingga 10 meter;[8] hujan sangat tinggi ini mewujudkan suatu hutan hujan beriklim sederhana serta salji yang mampu mengisi glasier secara berterusan di kawasan pergununan. Lembah-lembah di sebelah timur pula kurang subur akibat kekurangan tanah dari banyak runtuhan batu yang berlaku serta kesan maraan glasier.

Flora dan fauna[sunting | sunting sumber]

Hanya kulampair dapat ditemui antara batu-batu dan lembah salji yang menutupi kawasan tinggi gunung ini atas paras salji.[9]

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Menurut penceritaan orang Māori setempat, Aoraki dan dua adik beradiknya berlayar mengunjungi Papatūānuku si Ibu Bumi, namun perahu mereka tersangkut di suatu terumbu. Adik-beradik ini naik ke sisi perahu mereka namun, angin selatan yang bertiup membeku mereka menjadi batu: perahu mereka menjadi Pulau Selatan (Te Waka o Aoraki) manakala haluan perahu mereka membentuk Selat Marlborough, Aoraki yang paling tinggi menjadi puncak apitan adik-beradiknya yang menjadi Pergunungan Alp Selatan.[10][11][12] Suku Ngāi Tahu menganggap Aoraki sebagai datuk moyang mereka paling mulia menghubungkan antara alam-alam ghaib dan nyata semula jadi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Aoraki / Mount Cook, Canterbury – NZ Topo Map". NZ Topo Map. Land Information New Zealand. Dicapai pada 9 September 2016.
  2. ^ "Aoraki/Mt Cook shrinks by 30m". Stuff.co.nz. 16 January 2014.
  3. ^ "Aoraki / Mount Cook National Park Management Plan 2004" (PDF). Department of Conservation. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 June 2007. Dicapai pada 9 May 2007.
  4. ^ James Cook (1728–1779). "Captain Cook's Journal During the First Voyage Round the World". m/s. 18 Mac 1770. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2007. Dicapai pada 9 Mei 2007.
  5. ^ a b Graham, Doug (13 Oktober 1998). "Ngāi Tahu Settlement Section 3: Aoraki / Mount Cook". New Zealand Government. Dicapai pada 10 Jun 2012.
  6. ^ Trevett, Claire (18 Mei 2010). "Tuhoe veto followed parks advice". The New Zealand Herald.
  7. ^ a b Campball and Hutching.
  8. ^ "Aoraki / Mount Cook Education Resource" (PDF). Department of Conservation. 2010. m/s. 16. Dicapai pada 13 September 2016.
  9. ^ "Aoraki / Mount Cook Education Resource" (PDF). Department of Conservation. 2010. m/s. 17. Dicapai pada 7 September 2016.
  10. ^ "Aoraki/Mt Cook – History". New Zealand Tourism Guide. 2010. Dicapai pada 13 Julai 2010.
  11. ^ Te Maire Tau (8 Februari 2005). "Aoraki (Mt Cook) in the Southern Alps". Te Ara – The Encyclopedia of New Zealand. Dicapai pada 13 Julai 2010.
  12. ^ "Aoraki / Mount Cook Education Resource" (PDF). Jabatan Pemuliharaan Alam New Zealand. 2010. m/s. 5. Dicapai pada 14 July 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]