Gunung Datuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gunung Datok)
Gunung Datuk
Dilihat dari sebelah barat, dengan puncak berbatu gunung tersebut boleh dikenalpasti pada puncak selatan (kanan).
Titik tertinggi
Ketinggian884 m (2,900 ka) Kerajaan tua di sebalik Gunung Datuk
Geografi
Gunung Datuk is located in Bumi
Gunung Datuk
Gunung Datuk (Bumi)
LokasiDaerah-daerah Rembau dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Datuk merupakan sebuah gunung terletak di antara Batang Nyamor, Rembau dan Kuala Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia, berketinggian setinggi 884 meter (2,900.26 kaki).

Bersama dengan Gunung Tampin, gunung ini merupakan salah satu dua gunung di penghujung selatan banjaran Titiwangsa.[1]. Tambahan lagi, kedua-dua gunung tersebut adalah sebahagian daripada laluan Trans-Naning.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dinamakan sempena Datuk Perpatih Nan Sebatang (pengasas Adat Perpatih), gunung ini memainkan peranan yang penting dalam lipatan sejarah Negeri Sembilan. Ini kerana, di gunung ini beliau bermusyawarah bersama pemimpin-pemimpin lain untuk melantik seorang datuk lembaga yang baru pada sekitar tahun 1372. Oleh itu, ia juga terkenal dengan gelaran Gunung Beradat.

Jenis hutan[sunting | sunting sumber]

Gunung Datuk mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]